Kisah menginspirasikan pemenang peraduan Dreams Come True
Pasukan FBS ingin memperkenalkan pemenang bulan November bagi pertandingan Dreams Come True - Encik Fanny Setia dari Indonesia! Impian yang beliau kongsikan telah mengusik sanubari pasukan FBS - beliau telah meminta kaki palsu agar boleh memulakan hidup baru.
Pada tahun 2009 dahulu, beliau telah terlibat dalam kemalangan motorsikal yang telah mengorbankan kakinya, dan segalanya mulai berubah. "Saya depresi teruk. Saya tidak boleh menerima kenyataan dan rasa kekurangan", kata En. Setia. Sebelum kemalangan itu, saya berkerja sebagai tukang jahit di bisnes keluarga dan kehidupan berkeluarga saya bahagia bersama isteri dan anak-anak, semua lenyap dalam sekelip mata.
En. Setia tidak mampu mendapatkan kaki palsu kerana ia terlalu mahal baginya, namun beliau mahukan kehidupannya semula, jadi beliau telah menyatakan hasratnya kepada FBS. Kami dengan gembira memutuskan untuk membantu agar impian beliau jadi kenyataan.
Pemenang bulan November kita telah menerima kaki palsu tempahan khas yang padan sempurna dengan beliau – kini, dia telah kembali menjalani kehidupan biasa dan bersedia untuk permulaan baru, kerana beliau tahu – segalanya adalah mungkin jika anda benar-benar mahukannya. Yang anda perlukan adalah harapan dan sedikit sokongan dari mereka yang peduli.
En. Setia kata perdagangan Forex banyak membantu beliau: "Ia satu profésion yang sangat selesa kerana saya boleh berdagang bila-bila dan dari mana-mana yang saya mahu". Jadi, tidak kira betapa sukar situasi di dalam kehidupan anda, kehidupan sentiasa mempunyai jalan untuk anda. Dan FBS sentiasa ada di sisi anda untuk membantu. Gunakan peluang anda!