Naik taraf perpustakaan sekolah untuk pemenang bulan Jun peraduan Dreams Come True FBS
Tn. Sarijo Ama dari Sragen, Indonesia adalah jenis orang yang beridea besar dan mempunyai cita-cita yang besar juga. Beliau seorang Guru Besar yang prihatin tentang cara pelajar-pelajarnya menggunakan maklumat hari ini.
Beliau percaya kanak-kanak adalah pelapis, masa hadapan dan harapan bangsa. Malangnya, mereka lebih menggemari telefon pintar, rangkaian sosial dan permainan video berbanding buku-buku yang beliau percaya adalah sumber ilmu yang muktamad.
Perpustakaan sekolah tidak dapat menarik pelajar-pelajar kerana ia kekurangan buku… sehinggalah Tn. Sarijo Ama menemui peraduan "Dreams Come True" FBS! Beliau telah meminta sebuah perpustakaan baru untuk sekolah beliau untuk menjadikan tempat ini menarik untuk kanak-kanak sekali lagi.
Beberapa hari kemudian, beliau menerima panggilan telefon dari seorang perwakilan FBS Indonesia yang memaklumkan bahawa beliau telah menjadi pemenang peraduan Dreams Come True FBS.
Pemenang kita percaya bahawa kerajaan bukan satu-satunya pihak yang bertanggungjawab untuk pendidikan, dan sektor awam harus menyumbang juga. Pasukan FBS turut berkongsi visi yang sama, dan kami dengan gembira dan bangga membantu beliau menaik taraf perpustakaan tersebut. Kami telah membawakan buku-buku yang ia perlukan, dan tidak lama kemudian tempat ini mula menarik kunjungan tetamu-tetamu muda sekali lagi.
Kebijaksanaan, semangat dan kededikasian pemenang bulan Jun kita sangat-sangat menginspirasikan untuk Pasukan FBS, dan kami sangat terharu dapat memenuhi impian beliau. Tahniah Tuan, dan terima kasih atas apa yang Tuan lakukan untuk komuniti dan belia bangsamu!