FBS Grand Event Malaysia

FBS Grand Event Malaysia

Pasukan FBS tidak sabar hendak melaporkan acara mengasyikkan yang berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 26 Ogos lalu. Ia Gala Dinner kedua yang FBS anjurkan untuk pelanggan-pelanggan Malaysia, kali ini ia lebih menyeronokkan!

Seperti sudah menjadi tradisi, parti dimulakan di lobi di mana kami telah menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk menghiburkan para tetamu sewaktu pendaftaran. Tetamu pertama malam tersebut telah mendaftar dan memasukkan nama mereka untuk Cabutan Bertuah yang membawa hadiah 14 gajet-gajet canggih eksklusif.

Pasukan jurufoto dan juruvideo telah merakamkan saat-saat berharga yang kami kongsikan bersama anda di dalam warkah ini. Untuk menjadikan malam tersebut lebih bermakna, kami telah menjemput seorang artis untuk melakarkan karikatur para tetamu.

Persembahan-persembahan malam itu sangat menghiburkan! Diva terkenal dan ratu joget Malaysia, Stacy, telah memulakan persembahan. "Mark and Pinky" pula sangat kreatif, membuatkan semua hadirin asyik dan kagum. Impersonator kita pula tidak kurang hebatnya, para hadirin sangat sukakan persembahan tarian Michael Jackson versi Asia. Douglas Lim telah menggegarkan dewan dengan dekahan gelak tawa hadirin tanpa henti. Bintang utama malam tersebut, Faizal Tahir mengakhiri sessi hiburan dengan lagu-lagu beliau yang paling popular dan terkenal. Persembahan live tersebut sangat meriah, semua orang ikut menyanyi dan bergambar bersama para selebriti.

CEO FBS mengalu-alukan semua hadirin ke Grand Event dengan ucaptama beliau di dalam Bahasa Melayu dan telah menyampaikan kepada 14 orang tetamu bertuah hadiah-hadiah mewah - iPhone terkini, Samsung Galaxy, iPad, MacBook dan hadiah utama - iMac. Sewaktu majlis tersebut, para rakaniaga dan pedagang bersenggol bahu dan berbincang tentang seminar-seminar, servis pengurup tempatan, akademi latihan, kempen-kempen promosi, expert advisor dan pelbagai lagi! Kami malah turut berpeluang mendengar ucapan dari seorang rakaniaga dari Mesir.

Nikmati laporan berfoto kami tentang kemeriahan Grand Event dan kita jumpa nanti di parti seterusnya!

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi