Rakan Perdagangan Rasmi FC Barcelona

Rakan Perdagangan Rasmi FC Barcelona

Semua anggota Pasukan FBS sedang bersorak-sorai dengan lagu-lagu bolasepak di setiap penjuru pejabat untuk meraikan rakan kerjasama rasmi kami yang baru – FC Barcelona. Ya, anda tidak tersilap baca dan kami juga tidak tersilap menulis. Hari ini kami ingin umumkan bahawa FBS adalah rakan perdagangan rasmi bagi kelab bolasepak yang termasyhur. 

Kerjasama ini telah dirasmikan di stadium Camp Nou di mana para pegawai dari kedua-dua pihak telah berjabat tangan dan menyatakan harapan mereka tentang matlamat mereka di masa depan. Juliano Belletti, seorang Lagenda Barca sejati, telah menghadiri majlis tersebut. Beliau terkenal sebagai pemain yang menyumbatkan gol kemenangan Barca di perlawanan akhir Champions League tahun 2006.

Kerjasama ini adalah tonggak sejarah dan inspirasi besar buat kami dan, kami berharap, untuk sekalian pelanggan kami juga. Kedua-dua 'kelab' ini berkongsi pendekatan, komitmen terhadap pelanggan, keandalan, dan cita-cita besar. Bagai pinang dibelah dua! 

Tidak syak lagi, peristiwa ini akan mencetus peningkatan besar yang baru untuk FBS. Namun kami akan tetap setia di sisi anda.

Disatukan oleh satu matlamat – berdagang untuk kegemilangan!

Ketahui lebih lanjut tentang kerjasama ini 

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera