Promo Ramadan telah meraih anugerah!

Promo Ramadan telah meraih anugerah!

Dengan sukacitanya, kami ingin mengumumkan bahawa FBS telah menerima anugerah untuk implementasi program kebajikan Ramadan.

Bersama-sama, kita telah mengumpulkan $62,978, dan ia sungguh menakjubkan! Wang ini telah disalurkan kepada pelbagai organisasi kebajikan untuk membantu orang-orang yang memerlukan. Terutama sekali, kerja-kerja pembaikan jalan dan rumah-rumah orang kampung di Kampung Bunisari.

Setelah sempurnanya dua projek luar biasa dari FBS, Kerajaan Indonesia diwakili oleh Pegawai Daerah Cimenyan, Bandung, telah menganugerahkan FBS dengan dua trofi untuk kempen kebajikan yang mengkagumkan dan telah membantu ribuan rakyat Indonesia. Acara itu telah berlangsung serentak dengan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 2017.

1. Kerja-kerja pembaikan jalan yang rosak

Jalan ini sebelumnya di dalam keadaan yang sangat teruk dengan tanah, tanah liat dan batu bertaburan. Adakalanya sukar untuk berjalan di atasnya, terutamanya di musim hujan. Kami putuskan untuk menggunakan sebahagian dari wang yang dikumpul untuk kebajikan bagi membaiki jalan ini kerana ia akan banyak memudahkan hidup orang kampung. Akhirnya, 2 kilometer jalan telah kami baiki.

2. Pembinaan semula rumah-rumah orang kampung

Kami dapati ada beberapa fakir miskin di kampung itu yang tinggal di rumah yang uzur. Mereka tidak mampu untuk membina rumah yang memenuhi keperluan asas. Keluarga ini tidak akan dapat menikmati kehidupan yang sihat di dalam suasana begitu. Pada mulanya kami telah memilih 4 orang kampung di 4 kampung berlainan untuk dibina semula rumah buluh mereka.

Selain dari dua anugerah ini, Kerajaan Indonesia akan memberi penghormatan kepada FBS dengan satu lagi tanda pengiktirafan berupa batu inskripsi yang diletakkan di jalan yang dibaiki oleh syarikat.

Terima kasih kerana memilih FBS! Ia adalah satu kemuliaan yang besar untuk kami dapat berkerjasama dengan berjuta pedagang dari seluruh dunia setiap hari dan berkongsi kelebihan kami bersama mereka – Program insurans deposit percuma, promosi-promosi bermenfaat, bonus dan perkhidmatan yang boleh dipercayai.

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi