Mengumumkan pemenang peraduan FBS Star

Mengumumkan pemenang peraduan FBS Star

Peraduan FBS Star sudah tiba ke penghujungnya! Kami telah menerima berdozen-dozen foto menarik dari serata dunia – sekarang kami bersedia untuk mengumumkan pemenang-pemenangnya.

Untuk menyertai pertandingan ini, peserta telah diminta untuk mendaftar di laman web kami, merakamkan foto mereka bergaya dengan T-shirt FBS dan memuatnaik foto tersebut di Personal Area masing-masing. Sealam 3 minggu, para pengunjung telah memberikan undian untuk foto-foto tersebut di laman web kami dan juga di Facebook. Para pemenangnya ditentukan berdasarkan jumlah undian yang terbesar.

Sekarang, masanya tiba untuk mengetahui siapakah pedagang FBS paling fotogenik dan kreatif!

Tempat pertama jatuh kepada Joko Prihatin dari Indonesia – foto beliau nampaknya adalah yang paling kreatif menurut para pengundi dan seterusnya membolot hadiah utama – $500 dan status kegemilangan abadi di kalangan komuniti FBS!

Hadiah kedua - $300 – pergi kepada Samuel Baryudi dari Indonesia. Syabas, dan salam tahniah dari seluruh wargakerja FBS!

Akhirnya, tempat ketiga disandang oleh Jovianus Kaunang dari Indonesia – beliau membawa pulang $200! Tahniah!

Kami telah menerima dan meneliti bilangan foto yang besar, dan memberikan hadiah kepada hanya 3 darinya. Rasa seperti tidak adil pula... Lantas, kami mengadakan kategori tambahan untuk memberikan semua peserta peluang untuk menyerlah dan menjadi masyhur seketika. Para pemenang dalam kategori ini dipilih oleh barisan juri FBS dan setiap seorang mendapat $50!

Sekalung tahniah untuk setiap pemenang dan berbanyak terima kasih kepada semua peserta yang telah berkongsi gambar-gambar menarik mereka! Teruskan bersama kami untuk peraduan-peraduyan dan promosi terbaru. Giatkan lagi berdagang dan berjayalah dengan FBS!

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera