Rebut peluang untuk kenali forex lebih mendalam

Rebut peluang untuk kenali forex lebih mendalam

Dengan senang hati, kami ingin mengumumkan penyertaan kami di Invest Fair 2017 yang bakal berlangsung. Pada 26 & 27 Ogos, dari 10:30AM sehingga 8:00PM di Mid Valley Exhibition Centre, pakar-pakar terbaik FOREX akan mengkongsikan rahsia-rahsia perdagangan mereka.

Anda harus hadir kerana:

  • Masuk percuma – Anda boleh bawa rakan-rakan dan keluarga
  • Bid-for-Goods – Diskaun besar untuk pelbagai produk
  • Spend, Spin and Win – Semua pelawat berpeluang untuk menang hadiah-hadiah jika mereka berbelanja di Invest Fair
  • Hadiah Tunai Harian - Dua hadiah tunai boleh dimenangi menerusi cabutan bertuah di penghujung hari untuk hari pertama dan juga kedua
  • ShareInvestor Award 2017 – Pemenangnya akan diumumkan di penghujung hari kedua

Antara penceramah yang akan hadir:

BENNY LEE

Mr. En. Benny Lee adalah seorang pedagang, jurulatih, pengarang dan penceramah terkenal di dalam sektor pasaran ekuiti dan komoditi untuk lebih 15 tahun. Beliau pernah menganjurkan bengkel analisis teknikal dan perdagangan, seminar dan khidmat latihan untuk pedagang persendirian dan juga institusi. Beliau juga berceramah di persidangan-persidangan tempatan dan antarabangsa terutamanya berkenaan minyak sawit mentah dan getah. Beliau juga pernah menganjurkan bengkel CPE (Pendidikan Berterusan Profesional) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk Asian Banking School, FIMM dan beberapa buah bank pelaburan. Selain dari itu, beliau juga adalah penceramah biasa untuk Majlis Kelapa Sawit Malaysia (MPOC) dan persidangan-persidangan InvestSmart.

CHAN FONG

Chan Fong adalah seorang juruhebah radio dengan pengalaman 26 tahun. Beliau pada waktu ini adalah hos untuk siaran pagi dari Isnin hingga Khamis, dan juga rancangan malam Jumaat. Selain itu, beliau juga berpengalaman 20 tahun dalam bidang pengiklanan dan kini menguruskan agensi beliau sendiri yang bernama 180 Degrees Brandcom Sdn Bhd yang sudah berusia 15 tahun.

DR. THITI THARASUK

PENGASAS

Chart Master Co. Ltd (Thailand)

Seorang pedagang sepenuh masa berjaya dengan pengalaman lebih 10 tahun. Dr. Thiti adalah pengasas "ARTT Interactive Model". Kaedah berdagang ini telah membantu ribuan penuntut yang bergelut untuk mencapai kejayaan dalam berdagang. Ilmu beliau membolehkannya untuk berfikir 3 langkah ke hadapan berbanding pedang-pedagang lain di serata dunia.

RAYMOND CHIN

CEO OF NCBGROUP.COM

CHAIRMAN OF BUSINESS AND FINANCE MCCC.MY

En. Chin adalah Pengerusi Majlis Ekonomi dan Perniagaan untuk Ahli Majlis Nasional Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC). Pada masa ini, beliau menyandang jawatan utama pengurusan dan pertubuhan di beberapa buah syarikat dan organisasi.En. Chin pernah berkerja untuk beberapa syarikat antarabangsa seperti Aztech American Software House, Antah Biwater British Management Company, dan Majlis Komputer Kebangsaan Singapura.Beliau adalah kelulusan Ijazah Sarjana dalam Ekonomi & Analisis, Rekabentuk dan Pengurusan Sistem Maklumat dari London School of Economics and Political Science, United KIngdom.

WONG CHUI LING

PRODUCER TV/RADIO, PENGASAS & PENGARAH URUSAN AW COMMUNICATIONS SDN BHD

Chui Ling adalah orang berpengalaman dalam dunia hiburan Malaysia dan suara beliau yang sering mengisi siaran radio setiap pagi dikenali ramai. Producer TV/Radio, juruacara, juruhebah siaran Morning Boss di Melody FM, emcee majlis, penceramah dan juga jurulatih kemahiran insani, wanita berbakat ini juga menguruskan agensi media dan produksi beliau sendiri, AW Communications.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera