NFP dan data pasaran buruh selebihnya untuk AS
Hari Jumaat pertama setiap bulan adalah hari di mana Jabatan Buruh AS mengumumkan perangkaan terkini untuk Daftar Gaji Bukan Perladangan (NFP), kadar pengangguran dan pendapatan per jam purata. Penerbitan ini pada 15:30 waktu MT pada 4 Ogos akan menarik perhatian para pedagang Forex dari serata dunia. Dolar Amerika dijangka akan bergerak dengan kuat di dalam semua pasangannya, terutama sekali EUR/USD dan USD/JPY.
Angka-angka ini sangat penting kerana ia mempunyai impak langsung ke atas dasar Rizab Persekutuan, bank pusat AS. Pasaran akan memberi tumpuan kepada NFP dan purata pendapatan: jika angkanya mengatasi jangkaan, USD akan menguat. Di dalam masa yang sama jika ianya mengecewakan, matawang AS akan menerima tekanan negatif yang diperbaharui.
Ingat bahawa kebarangkalian adalah tinggi akan berlaku kemeruwapan di hari Jumaat NFP. Pertimbangkan faktor ini bila mendagangkan USD!