Laporan Majlis Penyampaian Hadiah "Drive Lexus From FBS"

Laporan Majlis Penyampaian Hadiah "Drive Lexus From FBS"

Pada 23 November, Pasukan FBS telah mengadakan majlis penyampaian hadiah “Drive Lexus From FBS”, dan ia sungguh asyik sekali!

Majlis ini telah berlangsung di Mesir - tanahair pemenang promosi, Encik Atef Abu Elhamayed Abdellah. Beliau adalah insan bertuah yang telah memenangi Lexus RX 200t dalam cabutan bertuah FBS.

Namun, oleh kerana Lexus tidak mempunyai pengedar di Mesir, kami telah menggantikannya dengan alternatif yang sama hebatnya – sebuah Toyota Fortuner 2018 baru! Encik Atef Abu Elhamayed Abdellah telah memilihnya sebagai gantian bagi kategori harga dan kualiti yang setanding, dan terus jatuh cinta dengannya.

Pemenang ini telah hadir bersama keluarganya, dan mereka pasti mengingati hari ini di tahun-tahun akan datang. Beliau disantuni dan disorak oleh pengurusan tertinggi FBS yang telah hadir khusus untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang kita. Selain itu, beliau telah menerima kunci dan dokumen kereta baru beliau, sekalung ucapan tahniah dari perwakilan FBS Mesir dan telah menikmati riuh rendah majlis dan swafoto beramai-ramai.

Encik Atef Abu Elhamayed Abdellah sangat berterima kasih untuk hadiah sebesar ini. beliau tidak pernah menjangkakan kemenangan ini, tetapi mesin cabutan FBS telah memilih beliau dari ratusan peserta, dan harapnya kereta baru ini akan meluaskan jangkauan beliau dan memberikan inspirasi kepada beliau untuk sentiasa pergi lebih jauh.

Tahniah! Teruskan bersama kami – ada lebih banyak acara menarik dari FBS tidak lama lagi!

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera