Kenali para juara pertandingan iPartner 7 FBS.

Kenali para juara pertandingan iPartner 7 FBS.

Kami persembahkan kisah pertarungan menarik perebutan takhta juara.

Inilah ketiga-tiga pemenangnya, yang telah memberikan segalanya dan akhirnya memenangi hadiah-hadiah hebat dari FBS. Ikuti wawancara pendek dan dapatkan ilham untuk mengemulasi kejayaan mereka!

 

Tempat pertama jatuh kepada Tn. Setthaphong Onphuvieng dari Thailand, syabas!

Pada permulaan pertandingan Tn. Setthaphong telah menjadi rakan kongsi FBS untuk hanya 2 bulan sahaja, tetapi bakat kepimpinan beliau banyak membantu beliau menjadi juara. Beliau berterima kasih kepada FBS bagi pihak kumpulan Khon Kaen Forex dan berbangga dengan pencapaiannya. Jika Tn Setthaphong memenangi lawatan ke Saint Petersburg, beliau hendak menziarahi ibu pejabat FBS dan berkongsi pengalaman di peringkat antarabangsa. Hadiah utama beliau - iMac Retina 4K.

 

Pemenang tempat kedua, Pn. Kanokwan Sriniang dan beliau juga dari Thailand.

Ini kali pertama Pn. Kanokwan menyertai pertandingan kami dan beliau yakin dalam pertandingan iPartner seterusnya beliau pasti akan membolot tempat pertama. Di Saint Petersburg beliau mahu menziarahi ibu pejabat FBS dan dengan besar hati mengalu-alukan pemenang tempat pertama. Hadiah beliau adalah MacBook Air 13 inci.

 

Tempat ketiga dimenangi oleh Tn. Safri Syamsudin dari Indonesia.

Tn. Safri memutuskan untuk ambil bahagian dalam iPartner 7 kerana beliau tahu FBS adalah syarikat yang boleh diletakkan harapan dan dipercayai, dan beliau telah berkerjasama dengan FBS selama 5 tahun. Andainya beliau memenangi lawatan ke Saint Petersburg, beliau ingin menziarahi Masjid Biru yang termasyhur serta Gereja Savior on Blood. Beliau membawa pulang iPhone 7 Plus Gold.

 

Kami ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua peserta di pusingan iPartner seterusnya dan akan menonton pertempuran merebut kejuaraan dengan penuh debaran.

 

 

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi