Mesyuarat RBA akan menentukan haluan AUD/USD

Mesyuarat RBA akan menentukan haluan AUD/USD

Dasar kewangan Bank Rizab Australia (RBA) adalah pemacu penting dollar Australia. RBA akan mengumumkan keputusan mereka pada mesyuarat bulan Ogos pada 07:30 waktu MT, 1 haribulan Ogos ini.

Pada mesyuarat sebelum ini, bank pusat Australia membiarkan kadar faedah tanda aras tidak berubah pada 1.5%, tetapi memberikan petunjuk bahawa kadar rasmi sepatutnya 2 peratus lebih tinggi untuk mengawal inflasi dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang munasabah, walaupun tiada sebarang komen yang membayangkan bila kadar akan dinaikkan ke paras ini. Pendedahan dari RBA ini membuatkan AUD/USD naik ke paras tertinggi sejak permulaan 2015. Masalahnya di situ, nilai Aussie yang tinggi itu mempunyai kesan yang sama seperti kenaikan kadar sebenar dan kesannya ia mungkin menghalang Bank Rizab Australia dari menaikkan kadar.

Mesyuarat RBA pada bulan Ogos adalah sangat penting. Pastinya ia akan menyebabkan pergerakan yang kuat di AUD/USD dan malah menyebabkan trend baru untuk pasangan ini. Jika bank pusat Australia terus memberi isyarat tentang kepentingan kadar faedah yang lebih tinggi, AUD akan menaik. Bagaimana pun, jika RBA memberikan amaran bahawa kadar dolar Australia sudah terlalu tinggi, akan terjadi penjualan besar-besaran di AUD/USD.

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi