Bank Rizab New Zealand bermesyuarat lagi
Mesyuarat Bank Rizab New Zealand (RBNZ) pada 10 Ogos adalah satu lagi agenda Forex yang tidak boleh diabaikan, terutamanya jika anda gemar berdagang sewaktu sessi Asia. RBNZ akan mengumumkan keputusan kadar faedahnya pada 00:00 waktu MT dan sejam kemudian akan diadakan sidang akhbar menjelaskan keputusan ini.
Bank pusat New Zealand tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah jangka pendek kerana inflasi yang telah reda: harga pengguna kekal tidak berubah di suku kedua. Di mesyuarat terakhir di bulan Mei, RBNZ mengekalkan kadar faedahnya pada 1.75% dan tidak menunjukkan niat untuk menaikkan kadar di bulan-bulan mendatang.
Jika pendirian RBNZ disahkan sebegitu, maka dolar New Zealand lebih cenderung untuk melemah dan memberikan peluang yang agak baik untuk para pedagang yang aktif.