Pesta Pedagang: Sorotan Edisi Selamat Hari Ulangtahun

Pesta Pedagang: Sorotan Edisi Selamat Hari Ulangtahun

Pada 11 Febuari 2018, FBS telah mengadakan Pesta Pedagang tergempak di dalam sejarah serentak meraikan hari ulangtahun syarikat yang ke-9. Acara ini telah diadakan di Surabaya, Indonesia, dan para pesertanya pasti akan mengingati hari ini selama bertahun-tahun. Kehadiran majlis penuh - lebih 250 orang tetamu telah menikmat sebuah malam penuh dengan kegembiraan, hadiah-hadiah, pertunjukan dan suasana ceria. Mari kita lihat lebih dekat momen-momen terbaik pesta ulangtahun FBS ini.

Keseronokan bermula sejak di ambang pintu lagi: para peserta telah menerima cenderahati berjenama FBS dan tiket-tiket cabutan bertuah, dan ini berterusan di gerai lukisan silhouette, pojok selfie, diselangi dengan tarian tradisional, minuman dan jalinan silaturrahim.

Parti ini dimulakan dengan hidangan mewah, tarian moden dan pertunjukan tarian tradisi Jawa, serta ucapan alu-aluan dari hos MC Daniel Mananta. CEO FBS telah menyampaikan ucapan pembuka majlis, dan ia menjadi satu kekaguman malam itu – tanpa disangka beliau telah menyampaikannya di dalam Bahasa Indonesia. Ini kemudiannya diteruskan oleh Pn. Yulia Ivanova yang juga telah mengalu-alukan para tetamu di dalam Bahasa Indonesia beliau yang amat fasih – di sinilah keseronokan yang sebenar telah bermula.

Sepanjang perjalanan pesta tersebut malam itu, kami telah memberikan hadiah kepada ramai jemputan, termasuk gajet terbaik buatan Apple dan Samsung. Para tetamu telah ketawa tidak henti-henti dek penangan jenaka Cak Lontong (semua orang tahu betapa beliau hebat menyeleweng kata-kata menjadi lucu), menyanyi bersama Marcel Siahaan, menari dan berselfie bersama diva Indonesia Kris Dayanti, bermain permainan lucu dan tentu sekali meraikan ulangtahun ke-9 FBS dengan kek harijadi yang menawan!

Majlis diteruskan di mana di layar ditayangkan sebuah video kisah pemenang peraduan Dreams Come True, en. Fanny Setia dari Malang, Indonesia. Fanny Setia telah dijemput naik ke pentas dan En. Dennis telah menyampaikan sebuah hadiah kepada beliau.

Terima kasih, Indonesia. Ia malam yang sangat bermakna!

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera