Pilihanraya umum United Kingdom
Pilihanraya umum mengejut United Kingdom akan berlangsung pada 8 Jun, 3 tahun sebelum tarikh penjadualan rasmi. Melalui pilihanraya umum awal, Perdana Menteri Theresa May cuba unutk meraih mandat yang lebih kukuh di saat beliau sedang merundingkan pengeluaran Britain dari EU. Pungutan pendapat menunjukkan Parti Konservatif beliau mendahului selesa berbanding lawannya Parti Buruh.
Jika tiada sebarang kejutan dan Perdana Menteri berjaya mengukuhkan kedudukannya, sterling akan menguat. Pada masa yang sama, peristiwa seperti ini sentiasa dikaitkan dengan ketidaktentuan. Jika May mendapat kurang sokongan dari jangkaan, pound akan terpukul.
Keputusan akan diumumkan pada 9 Jun. Kami menjangkakan pergerakan besar pada regu-regu GBP sebelum dan selepas pilihanraya.