-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
Platform perdagangan
Gunakan platform perdagangan yang paling memudahkan, praktikal, dan andal!
Raih keuntungan dengan alatan terkini yang membantu anda berdagang dengan efisien, dan rancang strategi anda dengan bantuan pelbagai pola analisis. Versi mudah alih produk ini memberikan anda pengalaman berdagang di hujung jari anda. Anda maju sebagai seorang pedagang di mana jua, pada bila-bila masa.
MetaTrader 5
Menampilkan semua praktis terbaik versi pendahulunya, MetaTrader5 adalah perisian yang lebih serba boleh. Ia menawarkan pilihan perkakas analisis yang lebih meluas, menyokong perdagangan saham dan komoditi selain dari matawang, dan rangka masa tambahan.
Fitur MetaTrader 5
-
Keupayaan untuk menambah fungsi dengan mencipta indikator teknikal, robot perdagangan, dan aplikasi utiliti
-
Perkakas analisis teknikal: 90 indikator dan perkakas carta
-
Perdagangan satu klik dan berita yang dimasukkan
-
6 jenis pesanan tertangguh
-
Kalendar ekonomi
-
Posisi lindung nilai
-
21 rangka masa
-
Sokongan perkhidmatan VPS