Pola Gelombang Wolfe (Wolfe Waves)

Pola Gelombang Wolfe (Wolfe Waves)

Sudah tiba masanya untuk naik taraf ilmu anda tentang pasaran lebih tinggi lagi dengan mempelajari tentang cara-cara mengenal pasti pola Gelombang Wolfe (Wolfe Waves). Ini adalah pola carta tahap lanjutan untuk para pedagang berpengalaman.

Idea bahawa pasaran bergerak di dalam satu siri gelombang telah diasaskan oleh Ralph Nelson Elliott. Bill Wolfe kemudian mencadangkan pendapat beliau berkenaan gelombang di dalam analisis teknikal. Harga di dalam pola gelombang Wolfe berayun seperti bandul (pendulum) yang cuba mencari keseimbangan (equilibrium). Wolfe telah menemui satu pola penyongsangan (reversal pattern), jadi selepas berdagang di dalam saluran (channel) di gelombang 4, harga melakukan penembusan (keluar dari saluran) di gelombang kelima.

Anda pasti suka mendengarkan bahawa pola gelombang Wolfe boleh ditemui di mana-mana rangka masa dan di carta sebarang instrumen kewangan.

Peraturan yang mentakrifkan pola ini sangat ketat. Mari kita kaji pola gelombang Wolfe yang bullish dahulu.

bullish w.gif

Di bawah adalah parameter-parameter tonggaknya:

Gelombang 1-2 adalah asas pola ini dan ia adalah bullish. Titik 2 harus lebih tinggi dari Titik 1, sementara Titik 3 harus berada di bawah Titik 1. Gelombang 3-4 harus terus berada di dalam saluran yang dibentuk oleh gelombang 1-2. Gelombang 1-2 dan 2-3 harus sama panjang (simetrik). Titik 3 biasanya berada di sambungan (extensions) 127.2% atau 161.8% gelombang 1-2. Titik 4 harus berada di bawah Titik 2 dan di atas Titik 3. Titik 5 adalah harga terendah selepas gelombang 3-4. Ia terletak berdekatan dengan garisan yang dilukis merentasi Titik 1 dan Titik 3. Titik 5 biasanya pada sambungan 127.2% atau 161.8% gelombang 3-4. Titik 6 berada di garisan yang dilukis dari Titik 1 ke Titik 4. Gelombang 5-6 adalah gelombang terpanjang di pola. Titik 1, 4 dan 6 berada di satu garisan.

Cara berdagang

Idea berdagang dengan pola gelombang Wolfe adalah untuk membeli pada titik 5. Ambilan Untung (Tp, Take Profit) harus terletak di Titik 6.

Titik 5 boleh berada pada atau di bawah garisan 1-3. Di dalam kes sebegini, lukiskan satu garisan tambahan merentasi titik 2 dan 4 dan gerakkan garisan ini selari (parallel) dengan titik 3. Ruang antara garisan 1-3 dan unjuran (projection) garisan 2-4 dari titik 3 dipanggil sebagai "sweet zone". Ini adalah kawasan di mana anda harus cari peluang beli. Jika garisan 2-4 selari dengan garisan 1-3, maka tidak ada "sweet zone". Jika sudut antara garisan 1-3 dan unjuran (projection) garisan 2-4 adalah terlalu besar, maka telah berlaku kesilapan dan ia bukanlah pola gelombang Wolfe. Lihat contoh pola gelombang Wolfe bullish di MetaTrader:

 d.png

Sekarang mari kita kaji pola gelombang Wolfe yang bearish pula.

bwarish w.gif

Berikut adalah parameter-parameter tonggaknya:

Gelombang 1-2 adalah asas kepada pola dan ia adalah bearish. Titik 2 harus lebih rendah dari Titik 1, manakala Titik 3 harus berada di atas Titik 1. Gelombang 3-4 harus terus berada di dalam saluran yang dibentuk oleh Gelombang 1-2. Gelombang 1-2 dan 2-3 harus sama (simetrik). Titik 3 biasanya berada di sambungan 127.2% atau 161.8% Gelombang 1-2. Titik 4 harus berada di atas Titik 2 dan di bawah Titik 3. Titik 5 adalah harga tertinggi selepas Gelombang 3-4. Ia terletak berhampiran dengan garisan yang dilukis merentas Titik 1 dan 3. Titik 5 biasanya di sambungan 127.2% atau 161.8% Gelombang 3-4. Titik 6 terletak di garisan yang dilukis dari Titik 1 ke Titik 4. Gelombang 5-6 adalah gelombang terpanjang pola ini. Titik 1, 4, dan 6 terletak di satu garisan.

Seolah-olah seperti cermin kepada pola Gelombang Wolfe bullish, idea di sebalik perdagangan dengan pola Gelombang Wolfe bearish adalah untuk menjual pada titik 5 (di dalam "sweet zone" untuk menjual yang dibentuk dengan membuat garisan selari dengan garisan 2-4 dari Titik 3). Ambilan Untung harus dipasang di Titik 6. Berikut adalah rupa perdagangan cara ini di carta sebenar:

wolfe 3.png

Kesimpulan

Untuk mencari pola Gelombang Wolfe di carta, cari 3 titik yang terletak di satu garisan. Periksa Titik 2 dan 4 di sekitarnya dan lihat sama ada ia semua memenuhi ciri-ciri pola bullish atau bearish.

Kami mengesyorkan berdagang dengan pola Gelombang Wolfe untuk mereka yang sudah mempunyai pengalaman berdagang Forex kerana tidak mudah untuk mengenal pasti setup-setup ini di carta. Namun, sebaik ia sudah dikenal pasti, pola ini menghasilkan signal yang berkebarangkalian sangat tinggi untuk berjaya, jadi jika anda mahir dengannya, anda akan beroleh dagangan yang super mantap sekali.

Berita terkini

NZ: Jangkaan inflasi jatuh yang merisaukan RBNZ

Penurunan jangkaan inflasi New Zealand agak membimbangkan RBNZ dan akibatnya, mereka kini menjangkakan pemotongan OCR esok…

Australia: Peningkatan kecil dalam keadaan dan keyakinan perniagaan

Keadaan perniagaan Australia mencatatkan peningkatan yang kecil pada bulan Oktober, mencecah paras tertinggi 3 bulan +3…

Keputusan kadar oleh RBNZ: risiko penurunan untuk kiwi

Bank RIzab New Zealand akan mengumumkan penyata dasar monetari dan kadar faedah mereka pada 3:00 MT, 13 November.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera