Waktu perdagangan dalam Forex
Dagangan di Forex tidak pernah berhenti
MT4 menunjukkan Eastern European Time (EET) secara lalai (default). Menggunakan zon masa ini sebagai titik rujukan, sesi perdagangan bermula di pelbagai negara pada masa yang berbeza: sesi Eropah bermula pada 09: 00, sesi Amerika – pada 15: 30, dan sesi Pasifik – pada 23: 00.
Kemeruapan setiap pasangan matawang berubah sepanjang hari, manakala pergerakan sebut harga menjadi lebih rancak bila ada berita besar muncul.
Sila waspada dengan perbezaan masa musim panas dan musim sejuk: di masa musim panas, EET 3 jam lebih awal dari Greenwich Mean Time (GMT+3). Di musim sejuk, EET 2 jam lebih awal dari GMT (GMT+2). Peralihan "Daylight Saving Time" berlaku pada hari Ahad terakhir bulan Mac, pada pukul 1:00 GMT, di mana jarum jam ditala maju satu jam ke hadapan. Pengubahan kembali kepada masa musim sejuk berlaku pada hari Ahad terakhir bulan Oktober, pukul 1:00 GMT, di mana jarum jam ditala mundur satu jam ke belakang.
Walaupun bursa saham ditutup, Jabatan Khidmat Bantuan Pelanggan FBS dibuka 24/7. Kami akan menjawab soalan-soalan anda mengenai perdagangan Forex dengan senang hati!