Soalan yang lazim ditanya
-
Bagaimana cara untuk mengeluarkan wang dari akaun saya?
- Buka Pengeluarandi dalam seksyen Kewangan di Laman Peribadi anda.
- Pilih kaedah pembayaran yang anda dan klik butang Pengeluaran.
- Pilih akaun FBS yang anda mahu keluarkan dananya dan isikan semua butiran yang diperlukan di ruangan yang terpapar.
- Taipkan amaun wang yang anda mahu keluarkan.
- Klik pada butang "Sahkan pengeluaran".
Sila maklum bahawa akaun anda mestilah sudah disahkan untuk boleh membuat pengeluaran.
-
Berapa lama masa yang diperlukan untuk memproses pengeluaran saya?
Jabatan Kewangan FBS memproses semua permohonan pengeluaran secara "yang dahulu didahulukan" (first come first serve). Sebaik selepas permohonan pengeluaran anda diluluskan, kami akan hantarkan dana tersebut kepada anda. Bagaimana pun, total masa yang diperlukan untuk memindahkan dana ke akaun anda akan bergantung kepada kaedah pengeluaran yang digunakan:
- pindahan telegrafik bank: 7-10 hari berkerja
- kad debit atau kredit: 3-4 hari berkerja
- e-wallet: sehingga 30 minit
Sila pastikan amaun minimum untuk pengeluaran menerusi pindahan telegrafik adalah $50. Untuk semua sistem pembayaran lain, amaun minimumnya adalah $1.
-
Bolehkah saya keluarkan Trade 100 Bonus?
Trade 100 Bonus adalah cara yang amat baik sekali untuk memulakan karier perdagangan anda. Anda tidak boleh keluarkan bonus itu sendiri, tetapi anda boleh keluarkan keuntungan yang diraih hasil berdagang menggunakannya jika anda memenuhi semua syarat-syarat yang diperlukan:
- Berdagang sekurang-kurangnya 30 hari.
- Memperolehi lebih banyak pip dari pesanan yang menguntungkan berbanding yang rugi.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 5 lot yang sudah didagangkan sepanjang 30 hari aktif berdagang.
- Penuhi syarat-syarat di atas di dalam masa 50 hari dari saat anda menerima bonus.
-
Adakah FBS broker yang sah?
FBS sebuah broker yang sah dan dikawal selia oleh International Financial Services Commission, dengan lesen IFSC/000102/124, yang menjadikannya andal dan layak dipercayai. FBS sudah menawarkan perkhidmatannya selama lebih 11 tahun dan kini mempunyai lebih 16 juta orang pedagang aktif.