1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Adakah Anda Pedagang Yang Mandiri atau Dependen?
2023-10-18 • Dikemaskini

Adakah Anda Pedagang Yang Mandiri atau Dependen?

cover.png

Perdagangan ialah aktiviti yang lumayan untuk mereka yang boleh berfikir dengan pantas dan bebas. Walau bagaimanapun, ramai pedagang, terutamanya pemula, mendapati bahawa sukar untuk mereka memisahkan pengalaman perdagangan mereka daripada pengaruh-pengaruh luar. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui sama ada anda seorang pedagang yang dependen pada ihsan pihak lain atau seorang pedagang yang mandiri, mengapa kemandirian penting dalam perdagangan, dan bagaimana anda boleh berdiri dengan kaki anda sendiri.

Mengapa anda perlu berusaha untuk mandiri

Apabila pedagang baharu memulakan kembara perdagangan mereka, mereka sering dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan daripada ahli komuniti perdagangan yang lain, sama ada membaca pendapat mereka tentang perubahan pasaran niaga hadapan atau memerhatikan tindakan dan strategi perdagangan mereka. Walaupun belajar daripada orang lain pastinya berguna bagi para pemula, ia boleh menjadi penghalang bagi pedagang yang lebih berpengalaman.

Ketika anda meningkatkan kemahiran anda dan mengembangkan pengetahuan anda tentang pasaran kewangan, anda secara beransur-ansur akan dapat menganalisis aksi harga anda sendiri dan membina pelan perdagangan yang memenuhi keperluan anda dengan tepat.

Walau bagaimanapun, apabila itu mula berlaku kepada diri anda, mendengar apa yang diperkatakan oleh pedagang lain mungkin menjejaskan kejayaan anda. Setiap pedagang mempunyai matlamat yang berbeza, jadi syarat yang difikirkan baik oleh seorang pedagang mungkin tidak sebegitu bagi pedagang lain. Selain itu, tidak semua orang boleh menghapuskan sepenuhnya unsur bias daripada perdagangan. Oleh itu, apabila anda membaca analisis atau ramalan orang lain, anda tidak dapat mengetahui sama ada ia berdasarkan fakta sebenar atau sekadar angan-angan orang itu.

Mempercayai pendapat pedagang lain menjadi suatu yang agak berbahaya lantaran dari faktor-faktor ini, terutamanya apabila anda mula membuka urusniaga yang bersaiz lebih besar. Pada ketika itu dalam kerjaya perdagangan anda, anda harus belajar untuk mempercayai diri sendiri dan keputusan perdagangan anda, yang merupakan mindset yang berguna untuk dimiliki dalam jangka panjang.

Ciri-ciri pedagang yang dependen

Pernahkah anda merasa tidak pasti dengan ramalan anda dan mengambil keputusan untuk mempercayai sumber lain, tetapi rupa-rupanya strategi awal anda betul, yang menyebabkan anda rugi kerana anda menyimpang dari pelan perdagangan anda? Atau, mungkin anda mengubah pendekatan anda selepas mendengar nasihat orang lain tetapi tidak berpuas hati dengan hasilnya?

Jika anda biasa dengan situasi-situasi ini, anda mungkin seorang pedagang yang dependen.

Walaupun tidak ada yang salahnya untuk belajar daripada ahli-ahli komuniti perdagangan yang lain, para pedagang perlu membina haluan mereka sendiri jika mereka ingin berjaya dan memperolehi keuntungan yang lebih baik daripada pasaran. Lihat senarai ciri-ciri dan tingkah laku tipikal yang ditunjukkan oleh pedagang yang dependen untuk melihat sama ada anda adalah salah seorang daripada mereka:

  • Kurang keyakinan diri. Jika anda tidak percaya pada diri sendiri atau keputusan perdagangan anda, anda mungkin terlalu bergantung pada maklumat yang diberikan oleh sumber-sumber lain. Ini boleh menjejaskan kerjaya perdagangan anda kerana semua pedagang yang ingin menjadi berjaya mesti terlebih dahulu belajar mempercayai kebolehan mereka dalam membuat keputusan dan gerak hati mereka sebelum memulakan perdagangan dengan bersungguh-sungguh.
  • Cenderung untuk panik. Kebimbangan adalah tindak balas semula jadi badan kita yang membantu kita untuk kekal berwaspada dalam situasi yang berbahaya. Walau bagaimanapun, ia boleh menghalang kemajuan anda dalam perdagangan kerana anda tidak boleh membuat keputusan yang rasional apabila otak anda terlalu banyak berfikir. Dalam situasi ini, anda lebih cenderung untuk menggunakan sebarang penyelesaian, sama ada ia benar-benar masuk akal atau tidak, yang biasanya tidak baik untuk baki akaun anda.
  • Sikap lepas tangan. Manakala terlalu mengambil berat sehingga anda mula panik adalah tidak bagus, dan tidak mengambil berat tentang urusniaga anda pula adalah lebih teruk lagi. Meniru langkah dan strategi orang lain tanpa cuba memahami apa yang hasilnya kelak adalah cara yang pasti untuk rugi. Kerjaya dalam perdagangan memerlukan fokus, dan tanpa menanggapi perdagangan dengan serius, adalah mustahil untuk mencapai kejayaan.
  • Tiada pelan perdagangan. Pelan perdagangan ialah satu set arahan yang disusun oleh pedagang untuk membantu mencapai objektif mereka. Walaupun anda mengambil serius perdagangan, adalah amat sukar untuk mengingati matlamat anda tanpa pelan perdagangan. Oleh sebab itu, membaca pendapat pedagang lain tentang situasi pasaran tertentu mungkin mengelirukan anda dan menyebabkan anda membuat keputusan yang bercanggah dengan matlamat perdagangan anda.

Jika anda mendapati bahawa diri anda ada dalam senarai ini, anda mungkin terlalu dependen kepada pedagang lain, yang boleh menjadi halangan kepada anda untuk maju dalam kerjaya perdagangan anda. Mengetahui kelemahan anda boleh membantu anda mengenal pasti bidang yang perlu anda usahakan untuk menghapuskan pergantungan dan mencapai kejayaan perdagangan.

Ciri-ciri pedagang mandiri

Bagaimana anda membayangkan seorang pedagang yang mandiri? Adakah ia seseorang yang memakai sut mahal setiap hari, mempunyai pejabat yang mewah, dan boleh menjana beberapa ribu dolar dalam sehari? Ia sungguh menarik bagaimana kita secara tidak sedar mengaitkan kebebasan dengan kejayaan, dan terdapat sebab yang kukuh untuk itu.

Pedagang mandiri mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk mengetahui apa yang mereka mahu dan perlu lakukan untuk melakukan perdagangan yang berjaya. Ini tidak bermakna mereka tidak mengikuti berita pasaran atau komuniti perdagangan. Tetapi daripada mengikuti nasihat yang disampaikan tanpa berfikir, mereka menganalisisnya untuk mengumpulkan maklumat tambahan yang boleh membantu mereka memahami situasi pasaran dengan lebih baik. Pedagang yang mandiri tidak mengikuti mentaliti kumpulan; mereka menggunakannya untuk menjana keuntungan sebanyak mungkin daripada setiap perdagangan.

Berikut ialah senarai ciri-ciri dan tingkah laku yang boleh membantu anda memahami cara pedagang yang mandiri bekerja dan sama ada anda sudah menjadi seorang pedagang yang mandiri:

  • Tekun. Pedagang yang mandiri tahu bahawa perdagangan adalah sesuatu yang serius, jadi mereka menghapuskan semua gangguan dan memberi tumpuan sepenuhnya pada perdagangan mereka. Mereka teratur dalam semua tindakan mereka, tahu cara mengawal emosi mereka, dan bila tiba masanya untuk berhenti.
  • Cepat berfikir. Pemikir yang cepat boleh membuat keputusan dengan pantas walaupun dalam situasi yang paling menekan. Mereka tidak diselubungi kebimbangan dan boleh menganalisis pasaran secara rasional tanpa merasa perlu mencari penyelesaian daripada pedagang-pedagang lain.
  • Sentiasa sedia belajar. Pedagang mandiri tidak pernah berhenti belajar dan mengasah kemahiran mereka. Walaupun mereka melakukan kesilapan, mereka meluangkan masa untuk menganalisis kesilapan perdagangan mereka untuk memahami perkara yang perlu mereka lakukan untuk mengelak daripada mengulangi kesilapan tersebut. Mereka menjadi mentor dan pelajar sendiri kerana mereka lebih mengenali diri sendiri berbanding orang lain.
  • Mengikuti pelan perdagangan. Pelan perdagangan amat diperlukan bagi semua pedagang mandiri. Pelan yang dibuat memastikan pedagang fokus pada tugas di tangannya. Walaupun pedagang yang mandiri turut memandang apa yang difikirkan oleh para pedagang lain tentang potensi pergerakan pasaran, pelan perdagangan membantu mereka untuk mengelak daripada membuat keputusan tanpa mengambil kira jika ia sesuai dengan pelan perdagangan mereka yang telah ditetapkan.
  • Yakin. Pedagang mandiri mempunyai banyak pengalaman dan lebih suka menggunakannya daripada mempercayai pedagang-pedagang yang lain dan strategi mereka. Mereka tidak panik; sebaliknya, mereka mempunyai keyakinan penuh terhadap kebolehan perdagangan dan pertimbangan mereka. Mereka lebih suka bertanggungjawab atas sebarang kesilapan yang mungkin mereka lakukan daripada menjadi mangsa nasihat yang salah.

Jika anda tidak fikir bahawa anda belum lagi menjadi seorang pedagang mandiri, anda masih boleh berusaha untuk menjadi seperti itu. Anda tidak perlu menjauhkan diri anda daripada komuniti perdagangan. Malah pedagang mandiri masih merujuk kepada analisis yang dibuat oleh orang lain. Walau bagaimanapun, mereka memahami bahawa setiap pedagang mempunyai matlamat dan pemikiran yang berbeza, yang turut mempengaruhi tafsiran mereka terhadap pasaran dan mungkin tidak sejajar dengan anda. Selain itu, anda tidak boleh berjaya jika anda tidak tahu cara menganalisis pasaran dan merancang perdagangan anda sendiri. Dalam bahagian seterusnya artikel ini, anda akan belajar cara untuk mengurangkan pergantungan anda pada sumber luar.

Are You an Independent or Dependent Trader__1200x675_1.png

Bagaimana untuk menjadi seorang pedagang yang mandiri

Perluaskan lagi ilmu perdagangan anda

Seperti mana-mana kerjaya lain, perdagangan memerlukan peningkatan kemahiran dan pengetahuan yang berterusan. Perluasan ilmu akan membantu anda lebih memahami pasaran kewangan dan menjadi lebih yakin dengan kebolehan dan keputusan anda.

Rangka satu pelan perdagangan

Anda sudah tahu mengapa pelan perdagangan adalah sangat penting, jadi merangka pelan perdagangan anda sendiri boleh menjadi langkah pertama anda ke arah kebebasan sepenuhnya dengan membantu anda kekal untuk berpegang pada matlamat anda.

Menganalisis sumber maklumat lain

Walaupun terdapat bahaya dalam mengikuti nasihat rawak yang anda temui dalam talian, mengkaji berita kewangan dan pendapat pedagang lain boleh membantu anda mengumpul maklumat yang berharga dan lebih memahami sentimen pasaran. Jika dilakukan dengan betul, analisis ini boleh digunakan terhadap pedagang tersebut dan membawa keuntungan tambahan kepada anda.

Hapuskan gangguan

Dengan menghapuskan gangguan, anda memberikan diri anda peluang untuk menganalisis pasaran dengan lebih baik dan segera melihat peluang perdagangan tanpa petunjuk daripada sumber lain.

Belajar untuk mempercayai diri sendiri

Jika anda tidak mempercayai diri sendiri, anda tidak akan dapat memisahkan diri anda daripada orang ramai sepenuhnya. Anda mungkin menghadapi beberapa masalah dalam perjalanan anda menuju kepada kebebasan, tetapi pengalaman ini akan membantu anda lebih memahami diri anda dan perkara yang boleh anda lakukan, sekali gus membolehkan anda untuk mengatasi halangan dan memulakan perjalanan anda menuju ke arah kerjaya perdagangan yang berjaya.

Pedagang mandiri dan dependen: ringkasan

Tidak syak lagi bahawa menjadi sebahagian daripada komuniti perdagangan sangat membantu bagi para pemula. Walau bagaimanapun, komuniti wujud untuk membantu para pedagang untuk belajar dan berkembang, bukan untuk meniru orang lain tanpa berfikir panjang. Itulah sebabnya dapat menjalankan analisis dan membuat perdagangan sendiri tanpa menggunakan komuniti perdagangan adalah kemahiran penting yang boleh membantu anda mengenal pasti nasihat yang tidak baik dan membuat keputusan yang lebih baik.

Menjadi pedagang mandiri boleh membantu anda mengetahui lebih lanjut tentang pasaran, mencapai matlamat anda dan mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama seperti pedagang yang lain. Begitulah cara anak burung belajar terbang — meninggalkan sarang boleh menjadi perkara yang menakutkan dan sukar pada mulanya, tetapi tanpa melakukannya, anda tidak akan dapat melihat ufuk baharu dan mencari laluan anda sendiri di dunia.

  • 691

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera