1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Bunga kompaun dalam trading: cara menggunakannya untuk mengembangkan deposit anda
2024-03-26 • Dikemaskini

Bunga kompaun dalam trading: cara menggunakannya untuk mengembangkan deposit anda

MDP-2213 cover.png

Pendahuluan

Orang sering menganggap trading seperti acara pecut. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan perkara dalam kehidupan, trading sebenarnya lebih seperti maraton di mana kemenangan bergantung pada kesabaran, strategi, dan keupayaan untuk bertahan lama.

Sesetengah orang berurusniaga dengan huru-hara dan cuba untuk “mengalahkan pasaran.” Mereka adakalanya boleh mendapat puluhan ribu dalam satu hari. Pada masa yang sama, orang lain bekerja keras untuk menilai setiap urusniaga dan membina modal mereka secara beransur-ansur. Perbezaan antara dua pendekatan ini membezakan trader yang berjaya daripada “penjudi.”

Walaupun seseorang trader itu bekerja berdasarkan strateginya, seorang penjudi cuba untuk membawa pulang “semua wang yang ada di dunia” tetapi pada kebanyakan masa beliau rugi dan tidak mempunyai apa-apa lagi.

Artikel ini akan membincangkan strategi trading yang akan membantu anda memenangi maraton ini dan mengubah pemahaman keseluruhan anda tentang trading di pasaran kewangan.

Apakah itu bunga kompaun dalam trading

Ramai trader dan pelabur hebat telah menjadi kaya dengan bunga kompaun (compounding interest). Konsep ini melibatkan kegiatan melaburkan semula keuntungan daripada urusniaga sebelumnya untuk meningkatkan volum urusniaga pada masa depan. Tidak seperti bunga biasa, di mana keuntungan hanya dikira menggunakan modal asal, bunga kompaun mengira pendapatan atas modal serta keuntungan terkumpul (atau kerugian terkumpul). Oleh itu, setiap transaksi melibatkan satu bahagian tertentu daripada margin yang ada, yang, dari segi kewangan, meningkat seiring pertumbuhan akaun dan menurun apabila baki menurun.

Sekarang, mari kita pertimbangkan situasi dunia sebenar di mana seorang pedagang menggunakan deposit $500, nisbah risiko melawan ganjaran 1:2, kerugian maksimum pada satu-satu urusniaga adalah 3% daripada baki, dan kadar kemenjadian (win rate) adalah 50%.

Dengan strategi ini, pedagang kami menerima 6% daripada pelaburan mereka untuk setiap urusniaga yang menjadi dan rugi 3% untuk setiap perdagangan yang tidak menjadi. Asimetri antara saiz urusniaga yang menjadi dan yang tidak menjadi adalah penting: yang menjadi adalah dua kali lebih besar daripada yang tidak menjadi.

Jadi, bagaimana bunga kompaun berfungsi secara praktis?

Berikut adalah formula yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk memudahkan pengiraan:

E=D×((1+Pwin)×(1−Lloss))N×WinRate

  • E – baki akhir;
  • D – deposit awal;
  • Pwin – peratusan keuntungan bagi setiap urusniaga yang menjadi;
  • Lloss – peratusan kerugian bagi setiap urusniaga yang tidak menjadi;
  • N – bilangan urusniaga;
  • WinRate – peratusan urusniaga yang menjadi daripada semua urusniaga (disebutkan dalam bentuk pekali, contohnya, 0.5 untuk 50%).

Jika satu urusniaga pedagang ternyata menjadi, deposit $500 beliau meningkat sebanyak 6% atau $30, menjadikan jumlah keseluruhan kini $530. Sebaliknya, jika urusniaga itu tidak menjadi, deposit akan susut sebanyak 3%, iaitu $15, menjadikan baki kini $485.

Kita dapat melihat keajaiban bunga kompaun berfungsi dengan lebih jelas jika kita mempertimbangkan beberapa urusniaga. Dengan setiap urusniaga yang menjadi, modal meningkat sebanyak 6%. Di sini, adalah penting untuk impak kerugian dikurangkan oleh peratusan kerugian yang lebih rendah dan peningkatan modal daripada urusniaga terdahulu yang menjadi.

MDP-2279.png

Dengan menggunakan formula di atas, kita boleh mengira dengan mudah bagaimana deposit akan berkembang menggunakan parameter yang kami telah nyatakan.

E=500×((1+0.06)×(1−0.03))200×0.5

E=8067.33

Formula ini sangat mudah, jadi sesiapa sahaja boleh menggunakannya untuk membina strategi perdagangan mereka. Jika anda melaksanakan strategi sedemikian, anda akan segera melihat bagaimana deposit anda berkembang dan bagaimana anda akan semakin dekat dengan matlamat utama anda.

Benar, setahun mempunyai 250 hari perdagangan secara purata, tetapi kerana tiada siapa yang berdagang setiap hari, anda akan mempunyai kira-kira 200 hari. Kami telah mengira kemajuan menggunakan formula di atas dan mendapati bahawa pada hari perdagangan ke-200, baki akan menjadi $8067.33, jauh lebih tinggi daripada deposit awal sebanyak $500. Ini bermakna deposit akan meningkat sebanyak 1513% dalam satu tahun perdagangan!

Anda boleh melihat peluang bunga kompaun terbuka dalam trading, walaupun dengan kadar kemenjadian yang sederhana sebanyak 50%. Jika kita mempertimbangkan trading yang lebih cekap, hasilnya akan lebih baik. Mari kita andaikan bahawa kadar kemenjadian kita ialah 60%. Selepas satu tahun yang sama dengan 200 hari perdagangan, baki akan mencapai $14,069. Ini bermakna deposit boleh meningkat sebanyak 2713% dalam setahun!

Bagaimana jika kita terus trade selama lebih daripada setahun? Jika kita berpegang pada kadar kemenjadian 50% dan menggunakan amaun $8067.33 sebagai deposit awal kita, baki selepas 200 hari perdagangan akan mencapai $130,163.

Kesan pengkompaunan lebih mengagumkan dengan masa yang lebih panjang. Walaupun dengan kadar kemenjadian 50% yang sederhana, jika seorang trader itu cukup berdisiplin untuk meraih 6% daripada urusniaga yang menjadi dan rugi hanya 3% daripada urusniaga yang rugi, modal mereka akan terus berkembang. Adalah penting untuk diperhatikan bahawa strategi ini memerlukan konsistensi dalam menerapkan pelan perdagangan dan pengurusan risiko.

Justeru, kita mempunyai satu lagi bukti bahawa trading memberikan hasil yang lebih baik apabila ia berdasarkan strategi yang kukuh.

Namun begitu, sungguhpun terdapat potensi yang besar, pedagang juga perlu berhati-hati dengan risiko. Satu siri kerugian boleh menghapuskan modal dengan cepat jika trader mengabaikan had kerugian 3% yang dirancang. Disini disiplin dan strategi trading yang teruji adalah penting.

Kesimpulan

Ringkasnya, strategi dan kesabaran yang jelas membantu anda berjaya dalam trading. Dan bunga kompaun adalah alat yang berkuasa untuk pedagang yang ingin meningkatkan pendapatan mereka dari masa ke masa dan menganggap perdagangan sebagai satu bentuk pelaburan. Jika seseorang menguruskan risiko dengan teliti dan berpegang pada strategi dengan lebih banyak urusniaga yang menjadi daripada yang tidak, walaupun jumlah deposit tidak besar ia boleh meningkat dengan ketara.

Jika trader sanggup bertatih, mengorak langkah-langkah kecil namun bijak setiap hari, dan tidak cuba untuk mengaut semua wang yang ada di dunia dalam tempoh yang singkat, adalah mungkin untuk mencapai hasil yang sangat baik dan mencapai keuntungan yang mengagumkan. Seperti yang pernah dikatakan oleh Warren Buffett, “Pasaran saham adalah alat untuk memindahkan wang daripada yang tidak sabar kepada yang sabar.”

Soalan Lazim

Bagaimana anda memanfaatkan bunga kompaun?

Sebahagian besar orang mengeluarkan semua keuntungan yang mereka perolehi, jadi mereka menilai keuntungan mereka untuk satu tempoh yang singkat sahaja. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk melaburkan semula keuntungan anda, anda akhirnya akan dapat meningkatkan volum posisi-posisi anda. Dengan strategi bijak di mana kerugian diimbal balik oleh keuntungan, anda akan meraih lebih banyak seiring perjalanan masa.

Adakah pengkompaunan berkesan di pasaran saham?

Ya, pasaran saham juga menawarkan peluang untuk memanfaatkan bunga kompaun dan menjana lebih banyak pendapatan dari masa ke masa. Benar, saham dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi tetapi pulangannya berpotensi menjadi lebih besar. Jika anda melaksanakan strategi pelaburan yang bijak dan menggunakan strategi bunga kompaun di pasaran saham, anda boleh mendapat pulangan tahunan sebanyak 10% atau bahkan 15%.

Apakah yang ajaibnya dengan pengkompaunan?

Bunga kompaun membuatkan wang anda bekerja untuk anda dan bukannya anda yang bekerja untuk wang. Pengkompaunan membantu anda membina kekayaan anda walaupun tanpa pelaburan awal yang mengagumkan. Ini adalah sesuatu yang diimpikan oleh ramai orang tetapi mereka mensia-siakan peluang yang tersaji.

Apakah contoh pengkompaunan di pasaran saham?

Apabila anda melabur dalam saham, anda mendapat dividen. Biasanya orang mengeluarkan dividen mereka. Tetapi jika anda memilih untuk melaburkan semula dividen itu dalam saham yang telah terbukti berkesan dengan baik untuk anda, anda boleh meningkatkan kesannya dan menjana lebih banyak pendapatan dari masa ke masa.

  • 732

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera