•  >
  •  >
  • Pedagang Forex? Hebat bunyinya
04.02.2019

Pedagang Forex? Hebat bunyinya

pic1.jpg

Menjadi sebahagian dari sesuatu yang istimewa bermakna anda juga istimewa, kata orang. Dalam hal Forex, ia tentu sekali benar. Orang ramai menyertainya untuk keuntungan dan kejayaan kewangan. Namun mereka dapat lebih dari itu – mereka sebahagian dari komuniti yang serius dan membanggakan. Ia seperti menjadi sebahagian dari sebuah kelab istimewa: dengan sejarah, fakta-fakta mengkagumkan, lawak jenaka dan statistik yang tersendiri. Baca tentang kelab yang anda anggotai ini – kelab Forex!

pic2.jpg

Sejak bilakah Forex diwujudkan?

Mari kita mulakan dengan sedikit maklumat rasmi. Aktiviti pengurupan matawang sudah pun wujud sejak dari zaman dahulu kala lagi: barangan ditukar dengan barangan yang lain. Namun, pasaran Forex seperti yang kita kenal hari ini bermula sejak tahun 1971.

Itu bermakna pedagangan Forex adalah sebuah bisnes yang secara relatifnya masih mudah, tapi lihatlah bagaimana ia kini meletup-letup! Saksikan sendiri: pada tahun 2017 ada 9.6 juta pedagang di seluruh dunia – dan pada tahun 2018 angka ini meningkat menjadi 13.9 juta! Ia lebih besar dari populasi Republik Czech.

Berapa banyak wang yang didagangkan di Forex setiap hari?

Sebagai sebuah 'negara' yang berpopulasi agak signifikan, Forex mempunyai pusing ganti harian wang yang agak mengkagumkan. Di dalam masa 39 tahun, amaun wang yang didagangkan di Forex sehari-hari meningkat sebanyak 102,000%! Jadi, dari 5 juta dolar sehari, pasaran ini telah berkembang menjadi 5.1 trilion dolar sehari – mengkagumkan, bukan?

Pusingan harian wang di Forex, di dalam billion USD

pic3.jpg

Mengapa anda harus menjadi seorang pedagang?

Anda lihat ramai orang berdagang di Forex – tapi apakah sebab di sebalik peningkatan popularitinya? Semua orang tahu bahawa perdagangan melibatkan risiko, tetapi orang terus memilih pasaran ini sebagai sumber pendapatan mereka, sama ada sebagai pendapatan tambahan atau pendapatan utama. Mengapa?

Sebab yang paling jelas sekali adalah kebebasan – ia bukan sahaja tentang memperoleh wang yang mencukupi. ia tentang keupayaan untuk menjana pendapatan tidak mengira apa pun situasinya: seorang pedagang itu tidak terikat dan bebas. Pedagang tidak mempunyai boss, tidak perlu berulang-alik ke tempat kerja, tidak diselia, tidak akan dipecat, pedagang berkerja hanya untuk diri mereka sendiri. Pedagang tidak perlu berkerja 8 jam sehari seperti pekerja pejabat, membebaskan lebih banyak masa untuk digunakan bersama keluarga, hobi dan aktiviti lain selain dari berkerja.

Perdagangan memberikan orang ramai fleksibiliti yang mereka cari selama ini – baik dari segi kehidupan sehari-hari mahu pun dari segi kewangan. Tidak ada syarat kelayakan untuk calon-calon yang berminat: tidak kira berapa pun usia anda, bermula dengan berapa jua modal yang anda mahu, dan tidak ada pengalaman dalam bidang kewangan yang diperlukan. Forex terbuka untuk sesiapa sahaja yang mahu belajar dan beroleh.

pic4.jpg

Berapa banyak yang boleh anda perolehi?

Forex adalah suatu tempat di mana anda boleh memperoleh pendapatan dengan kemampuan intelek anda, dan otak anda adalah benda pertama yang anda perlu latih. Adakah Forex itu murah kosnya? Tidak semestinya, lebih jauh anda maju dalam karier ini, lebih banyak yang anda akan laburkan. Namun adakah ia lebih murah berbanding, misalnya, membuka perniagaan anda sendiri? Pasti sekali.

Seperti yang telah kami sebutkan, keuntungan pedagang tidak bergantung kepada sesiapa melainkan pedagang itu sendiri. Ada ratusan contoh di mana orang masuk ke pasaran sehelai sepinggang dan berakhir menjadi billionaire – dan apakah yang boleh menyuntik semangat dengan lebih baik dari kisah kejayaan yang menarik?

Peter Lynch hanyalah seorang budak kedi golf bila dia mendengar tentang saham, Forex dan pasaran. Saham pertama beliau memerlukan beliau melabur $7, tetapi di dalam hanya beberapa tahun, keuntungan dari $7 itu cukup untuk membiayai pengajian MBA beliau. Sewaktu beliau berkerja di Magellan Fund, Lynch berjaya meningkatkan keberuntungannya dari $18 juta kepada $14 bilion dalam masa 13 tahun sahaja!

Michael Marcus telah bermula dengan modal awal yang lebih besar. Langkah pertama beliau pada 1972 telah menggunakan keseluruhan wang simpanan beliau – $7000, tetapi dalam masa yang sekejap ia meningkat menjadi $12,000. Pada hujung 1973, beliau telah mengumpul $64,000. Secara keseluruhannya, dalam masa kurang 20 tahun, Michael Marcus telah[menukakan $30,000 menjadi $80 juta.

Richard Dennis telah membuat $200 juta dari $400 dalam masa kurang dari 10 tahun. Beliau bermula sebagai budak utusan di lantai perdagangan, tetapi ia memerlukan hanya beberapa tahun untuk beliau masuk ke dalam komuniti pasaran sebagai pedagang. Beliau meminjam $1600 dari keluarga beliau dan selepas membelanjakan $1200 untuk tempat beliau di MidAmerica Commodity Exchange, beliau hanya ada baki sebanyak $400 untuk dijadikan modal berdagang.

pic5.jpg

Benar atau Salah?

Jom baca – kami sudah sediakan beberapa fakta menarik tentang komuniti Forex. Anda boleh teka yang mana satu adalah benar?

  • 708

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera