1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Cara Menetapkan Dan Mencapai Matlamat Perdagangan Yang Realistik
2023-10-16 • Dikemaskini

Cara Menetapkan Dan Mencapai Matlamat Perdagangan Yang Realistik

cover.png

Pasaran Forex ialah pasaran kewangan paling cair di dunia, jadi ramai pedagang memilih untuk mencuba nasib mereka melalui perdagangan Forex dengan harapan untuk berjaya. Walau bagaimanapun, biasanya mereka yang baru berkecimpung dalam perdagangan Forex (dan perdagangan secara keseluruhan) gagal menetapkan matlamat yang realistik untuk diri mereka sendiri.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui mengapa penting untuk mewujudkan matlamat yang munasabah dalam perdagangan, bagaimana pengalaman perdagangan anda boleh mempengaruhi matlamat masa depan anda, dan perkara yang perlu anda pertimbangkan untuk menetapkan matlamat yang realistik dan boleh dicapai.

Mengapa matlamat perdagangan Forex penting

Walaupun perdagangan Forex semakin popular saban hari, ramai orang yang salah faham bagaimana ia berfungsi. Salah tanggapan yang paling biasa ialah perdagangan adalah mudah. Sesetengah pedagang juga menganggap perdagangan seperti perjudian, dan mereka fikir mereka boleh memperoleh wang dengan membeli dan menjual aset secara membuta-tuli tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu.

Sebenarnya, perdagangan lebih kompleks daripada itu. Ia memerlukan kemahiran analitikal yang mendalam, pemahaman tentang cara pasaran kewangan beroperasi, disiplin yang kukuh, ketelitian, dan kesediaan untuk seseorang itu sentiasa memperbaiki diri secara berterusan. Jadi, jika anda ingin berjaya dalam perdagangan Forex dan membuat keuntungan yang besar, anda mesti faham bahawa jalan untuk mencapainya tidaklah lurus.

Ia seperti tangga yang berliku-liku. Ketika anda memulakan pendakian anda, impian muktamad anda adalah untuk tiba ke puncak. Walau pun anda mencuba dengan gigih, anda tidak akan boleh melompat melangkaui terlalu banyak anak tangga sekaligus dari tempat anda bermula. Sebaliknya, anda akan berasa letih dengan usaha keras anda dan akhirnya mungkin menyerah kalah; dan yang paling teruk, anda mungkin mencederakan diri sendiri. Apa yang perlu anda lakukan ialah bergerak selangkah demi selangkah. Anda mungkin akan mengambil masa yang agak lama, tetapi sekurang-kurangnya anda sedar apa yang anda lakukan dan akan sampai juga ke destinasi anda pada akhirnya.

Langkah-langkah ini merupakan matlamat atau pencapaian perdagangan anda yang akan membantu anda meningkatkan kemahiran perdagangan anda, membawa anda lebih dekat kepada impian anda untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya. Dengan menetapkan matlamat ini, ia membolehkan anda mengorak langkah menuju kejayaan, kekal konsisten dengan kemajuan perdagangan anda dan mengelakkan diri daripada membuat kesilapan yang mungkin menyebabkan kejatuhan anda.

Matlamat perdagangan untuk pedagang Forex amatur dan berpengalaman

Pedagang Forex yang baru sahaja bermula dalam perdagangan mungkin lebih sukar untuk menentukan matlamat perdagangan mereka kerana masih banyak perihal perdagangan yang mereka perlu pelajari. Dan inilah perkara yang harus dilakukan oleh pedagang Forex amatur sebelum beralih kepada matlamat yang lebih besar. Pelajari asas perdagangan dan cara menggunakan pelbagai alatan, menjejaki perolehan dan kerugian mereka, strategi pengurusan risiko yang akan digunakan dan kemahiran berharga lain yang boleh membantu mereka menelusuri liku-liku pasaran kewangan dengan lebih baik.

Bagi pedagang profesional pula, mereka sudah boleh memberikan tumpuan mereka kepada sudut kewangan kerana mereka telah mempunyai pengalaman. Bagi mereka, adalah penting untuk menetapkan sasaran keuntungan yang realistik, fokus pada perkembangan dan mempelbagaikan portfolio dan merangka pelan perdagangan yang menghuraikan cara untuk mencapai matlamat tersebut.

Sekarang anda sudah tahu perkara yang anda perlu difokuskan berdasarkan tahap kemahiran dan latar belakang perdagangan anda, jadi mari kita lihat bagaimana anda boleh mencapai matlamat ini.

What Are Realistic Goals for a Forex Trader_1200x675_1.png

Cara untuk mencapai matlamat perdagangan anda

Mempelajari asas perdagangan

Sebelum anda mula berdagang, anda perlu meluangkan masa untuk mengkaji asas-asas bagaimana pasaran kewangan berfungsi dan apakah sebenarnya perdagangan Forex. Walaupun umum mengetahui bahawa perdagangan Forex melibatkan pembelian dan penjualan pasangan matawang, mekanisme pembelian dan penjualan yang berlaku dan cara untuk melihat peluang yang menguntungkan memerlukan pembelajaran yang teliti. Memahami perkara ini adalah perlu bagi meningkatkan prestasi anda sebagai pedagang dalam jangka masa panjang, dan inilah apa yang anda harus lakukan untuk mencapai impian anda untuk berjaya.

Syukurlah, mempelajari asas perdagangan tidaklah begitu sukar. Terdapat pelbagai sumber pembelajaran yang disesuaikan dan diterangkan secara jelas dalam talian untuk pedagang Forex amatur. FBS juga menawarkan kursus untuk pedagang dengan tahap kecekapan berbeza yang dihasilkan oleh penganalisis kewangan dan bertujuan untuk memperkenalkan pedagang kepada dunia perdagangan. Dengan menggunakan sumber tersebut, anda akan dapat mempelajari semua perkara yang anda perlu tahu dengan pantas sebelum memulakan perdagangan, manakala latihan pula akan membantu anda memajukan kemahiran anda ke peringkat seterusnya.

Menggunakan alat perdagangan

Bertahun-tahun lalu, pedagang mengira potensi perubahan harga secara manual dengan menggunakan formula matematik yang kompleks. Kini, ia boleh dilakukan dengan pelbagai alat dan indikator perdagangan yang akan mengira dan mengukur parameter harga yang berbeza, seperti momentum, volum dagangan, tahap sokongan dan rintangan, dsb.

Mempelajari cara menggunakan alatan tersebut adalah penting untuk kejayaan anda sebagai pedagang kerana ia membantu anda menentukan titik masuk dan keluar yang berpotensi. Dan jika anda tahu bila harga dijangka boleh berubah, anda boleh merancang tindakan anda dan bertindak balas dengan lebih cepat apabila ia berlaku.

Menjejaki keberhasilan (wins and losses)

Menjejaki seberapa banyak posisi anda menjadi atau rugi bukan sahaja penting untuk rekod kewangan anda tetapi juga membantu anda memahami kadar kejayaan anda pada satu-satu masa dengan lebih baik dan mempelajari cara untuk meningkatkan perdagangan anda. Menganalisis perdagangan terdahulu ialah cara yang terbaik untuk mencari titik kelemahan anda dan belajar untuk membetulkannya.

Selain itu, jika anda membandingkan kadar keberhasilan semasa anda dengan rekod anda yang terdahulu, anda boleh melihat sejauh mana anda telah berkembang dalam tempoh itu. Ini boleh merangsang keyakinan tambahan kepada anda dan mendorong anda untuk terus meningkatkan kemahiran perdagangan untuk mencapai matlamat utama anda.

Membina strategi pengurusan risiko

Tanpa pengurusan risiko yang betul, agak mustahil untuk anda menjadi pedagang yang berjaya. Walaupun ia sukar untuk diterima, kadang-kadang kerugian dalam perdagangan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi anda boleh mengurangkan kerugian ini dengan menerapkan strategi pengurusan risiko.

Cara paling mudah untuk mengelakkan kerugian yang berlebihan adalah dengan memperdagangkan sejumlah wang yang anda boleh terima jika berlaku kerugian, contohnya mungkin hanya 30% daripada modal anda. Walau bagaimanapun, terdapat banyak alatan, contohnya pesanan renti rugi, yang akan menutup posisi anda yang sedang aktif secara automatik untuk mengurangkan potensi kerugian anda. Malah strategi pengurusan risiko yang paling ringkas juga berupaya untuk menyelamatkan ratusan atau ribuan ringgit, jadi anda mungkin menanggung akibat buruk jika anda tidak menggunakannya.

Menetapkan sasaran keuntungan yang realistik

Semestinya, kebanyakan orang beralih kepada perdagangan kerana mereka ingin mendapatkan lebih banyak wang. Walau bagaimanapun, jika anda menetapkan sasaran keuntungan anda dengan terlalu tinggi, anda mungkin perlukan masa yang lama untuk mencapainya dan terlepas peluang yang lebih baik. Adalah lebih baik jika anda menetapkan sasaran keuntungan yang lebih rendah dan membuat keuntungan yang lebih kecil tetapi stabil berbanding anda kerugian wang kerana menunggu kucing bertanduk.

Rangka satu pelan perdagangan

Pelan perdagangan ialah satu set peraturan yang dirangka oleh pedagang untuk diri mereka sendiri supaya mereka kekal fokus pada matlamat mereka. Pelan perdagangan mengandungi maklumat tentang matlamat keuntungan pedagang, modal, strategi, volum dan masa perdagangan, alat pengurusan risiko, dsb.

Secara asasnya, pelan perdagangan menggariskan semua matlamat yang pedagang ingin capai dan membantu mereka mengelakkan diri daripada hilang fokus. Dengan adanya pelan perdagangan, lebih mudah pedagang menjejaki keuntungan dan kerugian mereka, menganalisis perdagangan lepas dan mengelakkan perangkap dan kesilapan biasa dalam perdagangan.

Mempelbagaikan portfolio anda

Pempelbagaian atau perencaman (diversification) adalah komponen yang penting dalam pengurusan risiko. Ia melibatkan pembelian pelbagai jenis aset untuk mengurangkan potensi kerugian sekiranya salah satu daripada aset tersebut susut nilai. Dalam perdagangan Forex, pempelbagaian mungkin melibatkan perdagangan pasangan matawang berkorelasi rendah atau negatif. Namun, adalah penting untuk anda ingat bahawa pempelbagaian hanya membantu mengurangkan potensi risiko tetapi tidak menghapuskan risiko tersebut dengan sepenuhnya.

Capai kejayaan dengan matlamat perdagangan Forex yang realistik

Matlamat yang realistik memainkan peranan yang penting dalam perdagangan Forex. Ia membantu pedagang untuk kekal bersemangat dan mengelakkan mereka daripada membuat kesilapan dalam perjalanan mereka menuju kejayaan. Matlamat juga membolehkan pedagang menilai peluang mereka dan mengurangkan potensi risiko. Sekarang setelah anda mengetahui matlamat yang boleh membantu anda meningkatkan kemahiran anda, anda boleh menumpukan perhatian untuk merealisasikannya dan berkembang sebagai seorang pedagang, inilah yang anda perlukan untuk menukar perdagangan menjadi kerjaya yang berjaya.

  • 1134

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera