Jadilah seorang pedagang Forex yang berjaya menerusi Forex Factory.

Jadilah seorang pedagang Forex yang berjaya menerusi Forex Factory.

Sama ada anda pelabur baru atau seorang pedagang Forex profesional, salah satu peluang terbaik untuk mendapatkan pulangan maksimum adalah dengan berdagang menggunakan Forex Factory, laman web ke-2,962 paling popular di dunia di dalam bahasa Inggeris yang menawarkan risikan pasaran eksklusif. 

Dilancarkan pada tahun 2004, laman Forex Factory ternyata adalah satu sumber yang sangat berguna untuk semua kategori pedagang. Di sini anda boleh melihat pelbagai forum perdagangan, statistik dagangan, semua berita yang boleh memberikan impak kepada pasaran, seksyen kalendar, penjelasan tentang situasi semasa pasaran Forex (keupayaan dan potensi kegagalan) dan senarai panjang broker yang boleh diandalkan bersama dengan hasil dagangannya. 

Forum adalah salah satu penawarannya yang terbaik dan produk paling menonjol dari Forex Factory kerana ia salah satu Forum maya yang paling sibuk di dalam dunia kewangan hari ini. Para pedagang dari seluruh pelusuk dunia boleh ditemui berinteraksi di situ berkongsi idea, mengajar, belajar, berdebat, dan bertukar-tukar pengalaman. Anda akan terkejut dengan kepelbagaian topik-topik dan perbincangan mendalam yang membuatkan Forum ini platform yang sangat sesuai untuk mengembangkan ilmu Forex anda. 

Kalendar Forex Factory memang tidak syak lagi antara kalendar ekonomi yang terbaik dan paling menyeluruh pernah ada. Produk ini sungguh inovatif, ia mengubah tanggapan ramai terhadap kalendah kewangan. Perkakas ini menampilkan rating impak, zon waktu yang boleh dilaras, tampilan terperinci, saringan, pautan kepada sumber-sumber acara, penerbitan data secara langsung, carta ekonomi dan pelbagai lagi fitur unik dan unsur berguna yang membantu para pengguna untuk membuat dagangan yagn menguntungkan. 

Berita Forex Factory memainkan peranan penting dalam mengubah cara berita Forex dipersembahkan kepada para pedagang dan peraih pasaran kewangan. Produk Berita di situ memperkenalkan konsep berita Forex yang benar-benar baru kerana struktur perkhabaran dibina untuk menerima sebarang kisah yang diposting ke laman web dari pelbagai sumber termasuk semua ahli. Bagaimana pun, kawalan ketat oleh pasukan editorial Forex Factory yang berpengalaman luas memastikan berita palsu atau berita yang dilaporkan secara palsu tidak akan sampai kepada para pembaca. 

Ada tiga unsur inovatif utama produk "Market": Scanner, Chart dan Sessions. Semua tiga unsur ini dikuasakan oleh Market Data Application (MDA) milik Forex Factory, sebuah infrastruktur kompleks yang dibina khusus untuk mensepadukan data dari pelbagai broker dalam masa nyata. Ini memastikan para pedagang mendapat harga masa nyata terbaik terhampir dengan angka sebenar. MDA juga dikenali sebagai True Pricer kerana ia boleh dijadikan rujukan harga dari pelbagai operator berasingan dan ini menawarkan harga yang lebih terpusat untuk urusniaga pasaran kewangan. 

Fitur terpenting Forex Factory seterusnya adalah Trade Explorer. Ia adalah sebuah antaramuka web yang membolehkan para pedagang untuk menganalisa prestasi perdagangan Forex dan membuatkan proses perdagangan menjadi mudah. Ia membolehkan dagangan dibuat dan dianalisa dengan cara yang bijak dan menasihatkan dagangan yang boleh dibuat di masa hadapan atau malah di waktu sekarang. Tambahan lagi, Trader Explorer adalah automatik dari segi penyelarasan dengan akaun perbrokeran yang disambungkan kepadanya. 

Terbukti jelas sekali, kelebihan menggunakan Forex Factory adlaah kadar harga masa nyata yang ditawarkannya. Produk "Trades" menunjukkan dagangan masa nyata yang dibuat oleh ahli-ahli yang memilih supaya data mereka boleh dilihat umum, dan "Leaderboard" menunjukkan siapakah antara mereka yang membuat pulangan terbaik pada bulan tersebut. Di dalam urusniaga pasaran Forex, peluang begini sangatlah berguna. 

Akhir sekali, produk Brokers dicipta untuk membantu pemula baru meluncuri pasaran Forex dan mengakses broker-broker tanpa masalah besar. Panduan tersebut adalah pendekatan inovatif yang membolehkan pedagang pergi ke belakang broker, menggabungkan informasi terkini, maklumat yang luas dan spread masa nyata. Dari semua empat ciri tersebut, produk ini adalah satu panduan muktamad yang menjelaskan setiap perincian dan cabaran yang dihadapi oleh broker-broker pasaran Forex. 

Forex Factory terus menambah fitur baru bergantung kepada perubahan dinamik perdagangan dan memberikan peluang unuk untuk mempelajari amalan terbaik dari guru perdagangan seperti BillyRayVal dan IronMan yang telah berdagang dengan jayanya di Pasaran Forex untuk 10 tahun dan dengan murah hati berkongsi pengalaman mereka. Blog mereka memperincikan strategi menguntungkan yang dipanggil "No Brainer Trades". Strategi ini memberikan kadar peratusan kemenangan yang sangat tinggi, tidak menggunakan indikator, dan mudah untuk dipelajari serta diamalkan. Teknik ini hanya menggunakan sokongan dan rintangan (support and resistance) bersama beberapa kaedah lain membolehkan pedagang menunggang trend sepenuhnya, inilah apa yang dibuat oleh pemain-pemain besar, maka munasabah jika kita mengikutinya juga. 

Zon sokongan dan rintangan bertahan kerana tidak seperti kaedah lain, sesiapa yang berdagang di mana-mana rangka masa boleh melihat carta dan nampak di mana harga telah bertindak balas banyak kali di masa lalu, atau apa yang akan menjadi "no brainer' tidak lama nanti, Sebarang aras harga tertakluk kepada breakout akibat tindak balas terhadap berita Forex, atau pelbagai pengaruh lain, adalah pentung untuk sentiasa mengukur suasana semasa pasaran dan membuat pertimbangan yang baik sama ada aras tersebut akan bertahan atau bobos. Strategi ini terbukti memberikan keuntungan dari +20 sehingga ratusan pip, jadi kadar kejayaan adalah sangat tinggi. 

Ambil masa anda dan selami persekitaran di Forex Factory dengan tekad yang profesional dan penuh produktiviti untuk menjadi pemain serius di pasaran kewangan. 

Popular

Selebriti-selebriti Yang Pernah Jadi Pedagang

Bila seseorang membayangkan susuk pedagang Forex tipikal, jarang sekali seorang selebriti Hollywood hadir di minda. Bagaimana pun, sejarah membuktikan sebaliknya - teruskan membaca untuk mengetahui selebriti manakah yang pandai berdagang sendiri.

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi