1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Rutin Perdagangan 30 Minit Untuk Orang Sibuk
2024-03-14 • Dikemaskini

Rutin Perdagangan 30 Minit Untuk Orang Sibuk

cover.png

Dalam dunia hari ini yang serba pantas, di mana masa adalah komoditi yang berharga, ramai orang berhasrat untuk menggunakan setiap minit masa mereka dengan cekap. Perdagangan dalam pasaran kewangan tidak terkecuali. Walaupun ramai sering berfikir bahawa perdagangan yang sukses memerlukan komitmen masa yang besar, pendekatan yang betul boleh menjadikan perdagangan selama 30 minit sehari lebih daripada cukup untuk menjana keuntungan. Artikel ini akan menunjukkan kepada anda cara merancang rutin 30 perdagangan anda agar ia sesuai dengan tempoh masa yang singkat ini tanpa menjejaskan keberkesanannya.

Perdagangan 30 Minit Langkah Demi Langkah

1. Bersiap-siap (10 minit)

Sepuluh minit pertama sangat penting untuk hari perdagangan anda. Ini apa yang boleh anda lakukan.

Analisis Pasaran: Semak berita dan laporan yang boleh memberi kesan terhadap pasaran yang anda dagangkan. Gunakan agregator berita dan kalendar ekonomi untuk sentiasa mengikuti maklumat terkini mengenai acara-acara penting yang dijadualkan berlangsung pada hari itu.

Pilih Aset Untuk Didagangkan: Kenal pasti aset yang paling berpotensi berdasarkan analisis awal anda. Utamakan aset yang menunjukkan kemeruapan dan kecairan yang tinggi.

01.png

Kalendar Ekonomi

2. Merancang Urusniaga Anda (10 minit)

Luangkan sepuluh minit seterusnya untuk merangka pelan perdagangan yang mantap.

Titik Masuk Dan Keluar: Gunakan analisis teknikal untuk mengenal pasti aras sokongan dan rintangan penting untuk aset pilihan anda. Luangkan kira-kira separuh daripada masa anda untuk melihat trend jangka panjang pada rangka masa yang lebih tinggi, kemudian teliti pergerakan jangka pendek pada rangka masa yang lebih rendah. Ini membantu anda mengetahui sama ada ia masa yang baik untuk terjun ke dalam pasaran dan membuka urusniaga berdasarkan apa yang sedang berlaku di pasaran.

Saiz Posisi: Tentukan saiz posisi anda terlebih dahulu dengan mempertimbangkan strategi pengurusan modal anda dan tahap risiko yang munasabah untuk setiap urusniaga. Ini mengelakkan anda daripada terpaksa membuat keputusan dengan terburu-buru semasa berdagang dan menghalang anda daripada menanggung lebih banyak kerugian daripada yang sewajarnya. Merancang saiz urusniaga anda awal-awal membolehkan anda kekal fokus pada pasaran tanpa terjebak harus membuat kira-kira pada saat-saat penting.

02.png

Mengenalpasti aras sokongan dan rintangan

3. Pelaksanaan dan pengurusan urusniaga (10 minit)

Sepuluh minit terakhir adalah penting untuk penglibatan secara aktif dan menguruskan posisi anda.

Pelaksanaan Urusniaga: Bertindak selaras dengan pelan perdagangan anda, lakukan pembelian atau penjualan. Gunakan pesanan pasaran (market order) atau pesanan tertangguh (pending order) berdasarkan strategi anda.

Pemantauan Dan Pelarasan: Ikuti perkembangan terkini mengenai keadaan pasaran sepanjang hari. Jika urusniaga tidak berjalan seperti yang anda hasratkan, bersedia untuk menukar pelan anda, walaupun ia bermakna menutup urusniaga lebih awal daripada yang anda inginkan.

03.png

Jenis-jenis pending orders

Nota: Ingat, kadang-kadang lebih baik untuk tidak berdagang langsung. Gunakan 30 minit tersebut setiap hari bukan sahaja untuk berurusniaga tetapi juga untuk meninjau pasaran dan merancang sesi akan datang. Jika tiada titik masuk yang baik, adalah lebih bijak untuk menangguhkan perdagangan dan memberi tumpuan kepada aspek lain dalam hidup anda. Matlamat utama bagi seorang pedagang adalah untuk skor urusniaga yang berkualiti tinggi dan menguntungkan, bukannya mengejar kuantiti urusniaga.

Strategi Perdagangan 30 Minit

Memilih strategi perdagangan ibarat seperti memilih laluan anda sendiri — ia bergantung pada apa yang anda suka dan apa yang sesuai untuk anda. Berikut dicadangkan beberapa strategi yang mungkin membantu untuk orang-orang yang sibuk.

Perdagangan Swing: Sesuai untuk mereka yang mencari peluang dalam trend. Ia memberi ruang untuk analisis mingguan dan melaksanakan perdagangan dengan pengurusan risiko yang mantap, meminimumkan masa yang dihabiskan di pasaran.

Perdagangan Intrahari: Pilih aset dengan kemeruapan harian yang baik untuk urusniaga jangka pendek. Pengurusan risiko yang mahir adalah faktor utama dalam menjimatkan masa bila berdagang.

Perdagangan Algoritma: Pilihan ideal untuk automasi. Berdagang dengan algoritma meminimumkan keperluan untuk penglibatan secara langsung, ia hanya memerlukan penyeliaan, pemeriksaan dan pelarasan tetapan secara berkala.

Strategi ini menjadikan perdagangan lebih mudah untuk orang yang sibuk, membolehkan mereka menjimatkan masa. Selain itu, anda disyorkan untuk mengelak pendekatan scalping kerana ia memerlukan banyak masa dan perhatian, yang mungkin tidak selari dengan objektif perdagangan yang cepat dan cekap.

Manfaat Berdagang Selama 30 Minit Sehari

04.png

Pendekatan perdagangan seperti ini membawakan beberapa faedah yang besar, membolehkan pedagang mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi, meningkatkan disiplin, dan mengurangkan tekanan. Berikut manfaat-manfaat utama pendekatan sedemikian.

Pengoptimuman Masa: Penjimatan masa membolehkan pedagang memperuntukkan lebih banyak masa untuk perkara dan tanggungjawab peribadi, meningkatkan kualiti hidup.

Disiplin: Masa yang terhad membantu pedagang menjadi lebih fokus dan teratur, meningkatkan efisiensi perdagangan.

Mengurangkan Tekanan: Pendekatan ini membantu mengurangkan tekanan dengan mengekang lambakan maklumat dan meminimumkan kesan emosi terhadap proses membuat keputusan.

Gaya Hidup Yang Seimbang: Pedagang boleh mengkamirkan perdagangan ke dalam kehidupan peribadi mereka dengan mudah, membantu menjaga hubungan silaturahim dan mengadakan masa untuk hobi.

Pengurangan Risiko: Pendekatan terfokus yang memilih-milih urusniaga menggalakkan sikap yang lebih kritis terhadap risiko dan pemilihan strategi.

Contoh Rutin Perdagangan Harian

Mewujudkan rutin harian yang berstruktur penting bagi pedagang tidak kira apa jua gaya perdagangan mereka, sama ada mereka terlibat dalam perdagangan intrahari, swing, atau bergantung pada strategi algoritma. Contoh-contoh berikut menggariskan rutin perdagangan 30 minit yang disesuaikan dengan setiap pendekatan, menawarkan gambaran bagaimana pedagang boleh menyesuaikan rutin ini untuk meningkatkan kecekapan perdagangan mereka sehari-hari.

Daripada analisis makroekonomi dan penilaian aset terperinci secara ringkas dan cepat sehinggalah kepada pelarasan algoritma untuk keadaan semasa di pasaran, rutin ini berfungsi sebagai rangka kerja yang berharga bagi pedagang yang mencari konsistensi dan keberkesanan dalam aktiviti perdagangan mereka.

Untuk Pedagang Harian

5 minit: Analisis makroekonomi pantas menggunakan sumber yang telah dipilih awal-awal dan kalendar ekonomi.

15 minit: Analisis terperinci aset pilihan, menentukan titik masuk dan keluar untuk urusniaga.

5 minit: Pelaksanaan pesanan pasaran atau meletakkan pending orders.

5 minit: Merancang untuk hari berikutnya, termasuk pelarasan strategi dan persediaan untuk sesi perdagangan yang akan datang.

Untuk Pedagang Swing

10 minit: Pemilihan aset mingguan berdasarkan analisis pasaran, dengan perhatian khusus pada perubahan trend, berita dan laporan.

10 minit: Menentukan saiz posisi dan titik masuk/keluar untuk urusniaga.

5 minit: Memantau posisi aktif dan menyesuaikan strategi dengan keadaan semasa di pasaran.

5 minit: Menganalisis kesudahan dan melaras pendekatan berdasarkan data yang diperoleh.

Untuk Pedagang Algoritma

10 minit: Memeriksa keberkesanan algoritma dan menganalisis urusniaga daripada sesi sebelumnya.

10 minit: Melaras suai algoritma dengan keadaan semasa pasaran, termasuk pelarasan aset untuk perdagangan.

10 minit: Menguji strategi dan algoritma baharu, meneroka penyelesaian automasi lain untuk meningkatkan kualiti perdagangan.

Contoh-contoh ini menggambarkan bagaimana pedagang dengan pendekatan yang berbeza boleh menyesuaikan rutin perdagangan selama 30 minit agar serasi dengan jadual harian mereka. Kami harap maklumat ini membantu dalam mengoptimumkan rutin perdagangan harian anda.

Soalan Lazim

Adakah carta 30 minit sesuai untuk perdagangan intrahari?

Berdagang selama 30 minit sehari mampu menjadi strategi yang berkesan jika pedagang boleh menganalisis pasaran dengan cepat dan membuat keputusan yang tepat. Pendekatan ini memerlukan pemahaman yang baik tentang trend pasaran dan masa yang tepat, kerana tempoh masa yang singkat mengehadkan bilangan urusniaga yang boleh dibuat dan menjadikan setiap pilihan semakin penting. Walau bagaimanapun, dengan pendekatan dan strategi yang betul, 30 minit sehari boleh mencukupi untuk perdagangan yang berjaya.

Apakah strategi untuk 30 minit pertama hari perdagangan?

Strategi perdagangan bermula dengan membuat persediaan rapi, termasuk menganalisis berita dan memilih aset dengan potensi pergerakan yang tinggi. Pedagang kemudian mengenal pasti instrumen sasaran dan memerhatikan dengan teliti pembentukan trend dan pola yang menunjukkan titik masuk dan keluar yang optimum untuk perdagangan. Pendekatan ini memerlukan tindak balas yang pantas dan kesediaan untuk membuat keputusan segera berdasarkan dinamik pasaran, dengan posisi ditutup dalam masa sehari dengan sasaran keuntungan dan had risiko yang telah ditetapkan.

Apakah kelebihan berdagang 30 minit sehari?

Berdagang hanya selama 30 minit sehari ada kelebihannya. Ia sesuai untuk orang yang kehidupannya sibuk kerana ia memberi ruang untuk berehat dan melegakan tekanan. Selain itu, ia membantu anda menjadi lebih berdisiplin dalam pendekatan perdagangan anda. Masa yang terhad setiap hari menjadikan anda lebih fokus, yang membawa kepada strategi yang lebih baik dan pulangan yang mungkin lebih tinggi. Ia juga mengurangkan urusniaga yang tidak perlu, menjimatkan wang anda. Secara ringkas, meluangkan 30 minit sehari untuk berdagang sesuai dengan rutin anda. Ia membina asas yang kukuh namun fleksibel untuk mindset perdagangan yang sihat dan meningkatkan kecekapan pasaran secara keseluruhan.

Kesimpulan

Artikel ini menunjukkan bahawa kita boleh mencapai kejayaan di pasaran walaupun dengan masa yang terhad. Ia menuntut disiplin, perancangan strategik dan pengurusan masa yang berkesan. Pendekatan ini membolehkan pedagang mencapai keberhasilan yang cemerlang sambil mengekalkan gaya hidup yang seimbang dan meminimumkan tekanan, menjadikan perdagangan mudah diakses dan produktif bagi individu yang sibuk berusaha untuk mencapai kejayaan kewangan.

  • 839

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera