
Pada hari selasa, Euro akan mengeluarkan Indeks sentimen ekonomi yang dijangka meningkat ke paras 60 selepas sebelum ini berada pada paras 55.0. Seterusnya pada hari rabu, Australia akan keluarkan data perubahan keyakinan pengguna yang sekarang ini berada pada paras 4.1% dan indeks keyakinan pengguna yang sekarang berada pada paras 114. GBP dan Canada pula akan keluarkan data inflasi tahunan mereka yang masing-masing berada pada tahap jangkaan 0.5% dan 1%.