Tujuh Gemilang (Magnificent Seven). Apakah yang menaikkan indeks-indeks US?

Tujuh Gemilang (Magnificent Seven). Apakah yang menaikkan indeks-indeks US?

2023-06-21 • Dikemaskini

Indeks S&P500 telah meningkat untuk empat bulan terakhir tahun semasa. Sepanjang suku tahun yang lalu, indeks telah meningkat 3.85%. Bull hampir berjaya menembusi penanda 4300 poin. Namun terdapat beberapa keraguan tentang kesinambungan pertumbuhan selanjutnya. Apakah yang sedang berlaku?

Kelebaran pasaran

Kelebaran pasaran ialah bilangan saham yang naik berbanding dengan jumlah yang turun. Pertumbuhan indeks itu tidak mencukupi, betul? Ingat tentang sejarah bursa saham Finland, di mana saham Nokia membentuk sebahagian besar indeksnya (lebih daripada 70%). Oleh itu, kenaikan/penurunan Bursa Saham Helsinki sudah cukup untuk mempengaruhi saiz pemodalan Nokia secara besar-besaran dalam satu arah atau yang lain.

Anda boleh ukur kelebaran pasaran dengan bantuan indikator Arms - TRIN.

Chart.png

Ternyata keyakinan bullish luaran di pasaran saham AS menyembunyikan kebenaran yang pahit - indikator Arms TRIN sedang menurun. Ia masih belum mencapai zon terlebih jual (di bawah 0.5) tetapi jika ia mencapai zon ini - pasaran saham tersebut akan dianggap sangat terlebih beli.

Daripada 503 saham yang tergolong dalam indeks tersebut, hanya 236 yang meningkat pada suku yang lalu. Saham-saham yang selebihnya telah merosot.

Pada masa yang sama, kebanyakan saham yang meningkat mempunyai pemberat yang paling tinggi dalam indeks, yang membawa kepada kenaikan yang ketara dalam saham.

Saham Nvidia (meningkat hampir 55% sepanjang suku tahun), Meta (+42.5%), Google (+29.97%), Amazon (+29.08%), Microsoft (+27.47%), Tesla (+23.39%) dan Apple (+16.32%) meningkat paling tinggi sepanjang suku lalu.

Syarikat-syarikat ini telah digelar sebagai Tujuh Gemilang (Magnificent Seven).

Sebab-sebab pertumbuhan tujuh saham tersebut.

Kehebohan AI adalah sebab yang pertama dan mungkin yang paling utama di sebalik lonjakan yang begitu pantas.

Trend AI semasa melibatkan tiga syarikat - Nvidia, Microsoft dan Google.

Sehingga Jun 2023, carian GPT Chat menduduki tempat yang ke-78 dalam Carian Global Google.

Sejauh manakah sumbangan kehebohan ini terhadap pertumbuhan pasaran saham? Ia sukar untuk dianggarkan. Walau bagaimanapun, kami mengandaikan bahawa sehingga kira-kira satu perempat daripada jumlah peningkatan pemodalan syarikat-syarikat di atas, adalah lantaran dari populariti AI.

Laporan perolehan adalah sebab kedua bagi pertumbuhan kukuh pemodalan tujuh syarikat tersebut.

Walaupun, berbanding dengan suku ke-4, perolehan hampir kesemua syarikat menurun, laporan-laporan kesemua tujuh syarikat itu mengatasi jangkaan dan mencetuskan pertumbuhan yang selanjutnya.

Growth (QoQ) (1).jpg

Sebab yang ketiga ialah pengurangan kos yang diumumkan oleh syarikat-syarikat tersebut, yang sepatutnya memberi kesan positif kepada OPEX yang lebih rendah dan pertumbuhan keuntungan bersih syarikat.

Empat daripada tujuh syarikat itu sedang merancang pemberhentian pekerja yang besar: Meta mengurangkan 100,000 orang, Google 12,000, Amazon 18,000 dan Microsoft 10,000.

Seberapa parahkah saham-saham tersebut "terlebih beli"?

Keadaan terlebih beli bagi sekuriti-sekuriti tersebut boleh dinilai menggunakan nisbah P/E klasik. Di sini, bagaimana pun, perlu mengambil kira bahawa saham-saham pertumbuhan, termasuk tujuh saham tersebut, harus mempunyai P/E yang tinggi.

E (1).jpg

Seperti yang anda lihat, Nvidia dan Amazon mempunyai nisbah P/E yang melampau. Tempoh bayaran balik pelaburan dalam perniagaan-perniagaan gergasi ini ialah 200 hingga 300 tahun. Terdapat gelembung yang jelas.

Tesla mempunyai P/E yang tinggi - 4 kali lebih tinggi berbanding median industri.

Syarikat-syarikat lain (Apple, Microsoft, Google dan Meta) mempunyai nisbah P/E yang lebih tinggi berbanding industri, tetapi ia kelihatan biasa.

Apakah yang perlu dilakukan dengan Tujuh Gemilang tersebut?

Posisi yang paling optimum sekarang ialah posisi short pada tujuh gemilang ini, kecuali Tesla, barangkali.

Dari sudut pandangan teknikal semata-mata, saham Tesla masih mempunyai potensi peningkatan walaupun mempunyai P/E yang tinggi.

Adalah penting untuk diingat bahawa posisi short sentiasa agak berisiko, jadi anda perlu berhati-hati apabila membuka posisi sedemikian dan menggunakan renti rugi apabila membuka dagangan.

Kesimpulan

Kenaikan indeks-indeks AS terutamanya adalah tidak wajar dan sebahagiannya berdasarkan kehebohan AI dan keyakinan terhadap pemotongan kadar Fed AS yang selanjutnya.

Malangnya, kehebohan dan keyakinan pada pelonggaran monetari hanya boleh memberi kesan bullish yang sementara pada pasaran.

Berdagang Sekarang

Serupa

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera