Minit Mesyuarat FOMC

Minit Mesyuarat FOMC

Mesyuarat Rizab Persekutuan edisi September memberikan pasaran banyak hal untuk dicerna. Pertama sekali, Fed mengumumkan bahawa ia akan mula menyusutkan kunci kira-kira $4.5 trilionnya mulai Oktober. Bagi peringkat permulaan, penyusutan bulanan akan dibuat sebanyak $10 bilion. Untuk tahun berikutnya, jumlah itu akan dibesarkan lagi kepada $50 bilion sebulan. Tiada sebarang kejutan buat pasaran dari pengumuman ini, para pedagang memang sudah menjangkakan langkah tersebut dan ia sudah diambil kira ke dalam harga. 
Suatu perkara yang lebih menarik, adalah pentunjuk dari Fed tentang rancangannya untuk menaikkan kadar tahun ini – kebarangkalian besarnya pada bulan Disember. Ramai pedagang telah mengabaikan senario sebegitu, mereka fikir kebimbangan tentang kesan taufan Harvey, Irma dan Maria akan menjauhkan Fed dari meningkatkan kos pinjaman. Kejutan hawkish ini adalah untuk kebaikan dolar AS.  
Anggota-anggota FOMC juga mengemaskini unjuran kadar dana persekutuan. Ternyata mereka menjangkakan akan ada 3 kenaikan kadar di tahun 2018. 
Minit mesyuarat September Rizab Persekutuan akan memberikan pedagang lebih info tentang niat bank pusat itu. Penerbitan dokumen ini akan menjadi pencetus pasaran. Ia akan mempengaruhi USD di semua pasangan utama. 

Serupa

CPI CAD & Jualan Runcit

Kanada akan mengumumkan CPI untuk Oktober dan jualan runcit untuk September pada 15:30 waktu MT, 17 November. Angka-angka ini akan memicu gerakan besar pada CAD.

CPI AS

AS akan mengumumkan angka inflasi pengguna untuk Oktober pada 15:30 waktu MT, 15 November. 

CPI UK

Inflasi Britain semasa berada di atas sasaran 2% Bank Inggeris. Pada September indikator ini adalah 3%, aras tertinggi untuk lebih dari 5 tahun. 

Popular

KDNK Cina & Pengeluaran Perindustrian

Penarafan Global S&P baru-baru ini telah menurunkan penarafan kredit kerajaan China. Kesannya, pasaran akan memberi tumpuan khusus kepada penerbitan data utama China – KDNK dan pengeluaran industri. Data ini akan diterbitkan pada 05:00 waktu MT 19 Oktober. 

Mesyuarat ECB

Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT. 

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi