Korelasi Pasaran: Petua & Wawasan

Korelasi Pasaran: Petua & Wawasan

2023-01-26 • Dikemaskini

Mengapa korelasi pasaran penting?

Korelasi ialah kaedah statistik yang mengukur seberapa mirip pergerakan aset-aset yang berlainan. Ia boleh digunakan untuk sekuriti individu, seperti saham, atau korelasi pasaran secara umum, seperti antara kelas-kelas aset atau pasaran luas (broad markets).

Korelasi diukur menggunakan skala dari -1 hingga +1. Nilai +1 bermaksud aset-aset yang dibandingkan berkorelasi secara positif dan mirip dengan sempurna, manakala -1 bermakna korelasi adalah negatif dan mirip dengan sempurna.

Korelasi positif bermakna aset bergerak dalam arah yang sama. Korelasi negatif sebaliknya bermakna aset-aset bergerak dalam arah yang bertentangan.

Korelasi sering digunakan di dalam pengurusan portfolio untuk mengukur tahap kerencaman atau kepelbagaian (diversification) antara aset. Tetapi hari ini, kita akan membincangkan cara-cara untuk menerapkan korelasi ke dalam strategi perdagangan anda.

Jenis-jenis korelasi yang paling popular

Komoditi – matawang (USD/CAD & XBR/USD)

Harga minyak mempengaruhi nilai matawang negara-negara pengeluar.

Sebagai contoh, Kanada, salah satu ekonomi terbesar di dunia, mempunyai rizab minyak yang besar. Selain itu, ia mengeksport kebanyakan minyaknya ke Amerika Syarikat.

Industri minyak Kanada sangat besar sehingga ia memberikan kesan ke atas KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar), politik, dan semua kekayaan Kanada. Di samping itu, sebahagian besar penduduknya bekerja dalam perusahaan perlombongan dan penapisan, jadi kuasa ekonomi negara itu bergantung kepada industri minyak.

Pasangan utama untuk CAD dalam Forex ialah USD/CAD. Akibatnya, korelasi langsung antara minyak dan dolar Kanada mempunyai kesan yang bertentangan pada pasangan USD/CAD. Justeru, harga minyak yang lebih tinggi membawa kepada penurunan USD/CAD. Kemerosotan harga minyak membawa kepada kenaikan USD/CAD.

Korelasi antara CAD/USD dan XBR/USD

CADXBR.png

Mari kita lihat beberapa korelasi lain di antara komoditi dan pasangan matawang.

Emas naik, USD turun. Krisis ekonomi membuatkan pelabur menukar dolar mereka kepada emas.

Emas naik, AUD/USD naik. Australia ialah pengeluar emas ketiga terbesar di dunia, jadi nilai dolar Australia terkait dengan permintaan emas.

Emas naik, NZD/USD naik. New Zealand juga mengeluarkan banyak emas.

Emas naik, USD/CAD turun. Kanada adalah pembekal emas ke-5 terbesar di dunia. Oleh itu, USD/CAD bergerak turun jika harga emas naik.

Emas naik, EUR/USD naik. Emas dan euro dianggap sebagai anti dolar. Oleh itu, kenaikan harga emas selalunya membawa kepada kenaikan kadar EUR/USD.

Minyak naik, USD/RUB turun. Rusia antara pengeluar minyak yang terbesar di dunia. Jika minyak menjadi lebih mahal, pasangan itu turun.

 

Aset-aset berisiko (US500 & Bitcoin)

Terdapat dua jenis aset yang utama – aset berisiko dan aset perlindungan. Pelabur memilih antara dua jenis ini berdasarkan situasi ekonomi global. Jika ia tidak stabil, mereka lebih gemar melindung nilai modal mereka dengan menukarkannya ke bentuk USD, JPY atau logam.

Sebaliknya, pelabur lebih suka memindahkan modal mereka menjadi aset-aset yang berisiko tinggi seperti saham atau kripto jika ekonomi global berkembang. Atas sebab itu, aset-aset berisiko mempunyai korelasi yang tinggi antara satu sama lain, dan ini boleh anda gunakan dalam strategi perdagangan anda.

Sebagai contoh, indeks S&P500 (US500) sangat terkorelasi dengan Bitcoin. Satu-satunya masa bila mana korelasi antara kedua-dua aset ini merosot sehingga kurang dari sifar adalah selepas China melarang perdagangan dan perlombongan matawang kripto. Pedagang boleh menggunakan ciri ini untuk meramalkan gerakan US500 yang seterusnya dengan mencerap carta Bitcoin dan sebaliknya.

US500 dan korelasi Bitcoin

spxbtc.png

Pasaran saham & matawang nasional

Jika pasaran saham sesebuah negara menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding pasaran negara lain, modal dari negara kedua akan mengalir ke negara pertama. Fakta ini akan memberikan kesan yang segera ke atas kedua-dua matawang nasional. Aliran masuk pelaburan mengukuhkan kadar tukaran matawang asing.

Walau bagaimanapun, ada dua pengecualian: pasaran saham AS dan Jepun. Pelabur biasanya menganggap USD dan JPY sebagai aset perlindungan dan melabur di dalamnya semasa situasi di pasaran dunia tidak stabil. Oleh itu, ketika ekonomi sedang makmur dan stabil, pelabur memilih untuk menjual USD dan JPY mereka dan memindahkan modal mereka ke dalam aset-aset berisiko tinggi. Sebaliknya, semua orang melupuskan aset berisiko mereka dan kembali ke aset perlindungan bila kebimbangan semakin meningkat atau selepas kemunculan 'The Black Swan'.

Sebagai contoh, mari kita lihat kemelesetan Mac 2020. Seperti yang anda dapat lihat, apabila indeks US500 jatuh, indeks dolar AS telah mencapai paras yang tertinggi sejak 2018. Ia berlaku kerana pelabur memindahkan semua wang mereka daripada saham dan kripto ke dalam bentuk dolar AS.

dxy.png

Bagaimana cara menggunakan korelasi dalam perdagangan?

  1. Seorang pedagang harus mempelbagaikan strategi perdagangan yang melibatkan instrumen-instrumen yang mempunyai korelasi yang rendah (bersamaan dengan sifar). Jika seorang pedagang membuka beberapa urusniaga dengan instrumen-instrumen yang berkorelasi tinggi, kesilapan mungkin mengakibatkan kos yang terlalu tinggi.
  2. Pedagang boleh mencari signal dan pola pada carta satu instrumen untuk meramalkan pergerakan pada instrumen lain yang terkorelasi secara positif atau negatif dengan tinggi. Sebagai contoh, seorang pedagang ingin membuka urusniaga pasangan matawang USD/CAD. Beliau boleh menganalisis carta XBR/USD. Selain itu, pedagang boleh mencari sebarang berita fundamental tentang minyak, yang akan membantu menentukan trend masa hadapan USD/CAD.
  3. Mungkin terdapat kelambanan (lag) pada pergerakan antara aset-aset yang terkorelasi positif atau negatif yang tinggi. Sebagai contoh, Bitcoin kadangkala bergerak lebih dahulu dari US500. Seorang peniaga boleh memanfaatkan kelambanan ini dan membuka urusniaga yang paling menguntungkan.

MULA BERDAGANG

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera