Perangkap bull yang keji

Perangkap bull yang keji

Perangkap bull (Inggeris: Bull Trap) memang menjengkelkan kerana ia menyebabkan kerugian kewangan yang besar sehingga peserta pasaran papa kedana. perangkap bull terjadi bila harga mula menuju ke atas, tetapi kemudiannya dengan tidak semena-mena ia mengundur dan terus jatuh. Pergerakan harga yang berpatah arah ini menjadi satu perangkap dan sering menjurus kepada jualan besar-besaran. Anda berpotensi berhadapan dengan perangkap-perangkap sebegini di dalam zon rintangan utama.

Jadi mari kita rungkai, cara-cara meramal terjadinya perangkap sebegini; bagaimana untuk mengecamnya di peringkat terawal pembentukannya. Begini caranya. Bayangkan ada satu uptrend; kemudian, anda perasan harga berlari menuju ke garisan rintangan dan membolosinya; ia tidak berhenti setakat di situ sahaja dan terus bergerak lebih tinggi. Kemudian, beberapa candlestick selepas itu, larian harga mulai memperlahan, dan harga kemudiannya mulai jatuh. Para peserta pasaran yang telah membuka posisi-posisi long (bulls) bila mereka terlihat penembusan aras rintangan kini berasa gemuruh kerana renti rugi (stop losses) mereka terpicu satu demi satu. Jadi mereka sudah terperangkap.

Pola perangkap bull yang lazim

Sebatang candlestick bull menembusi dan tutup di atas aras rintangan, tetapi 2 bar berikutnya adalah bearish. Candlestick kedua di pola ini berbentuk candlestick bearish pin bar

Bulls traps1.png

Satu lagi versi pola perangkap bull. Sebatang kandil perangkap bull menembusi garisan rintangan dan pergi lebih tinggi kemudian tutup di bawah aras rintangan, membentuk kandil bearish.

Bulls traps 2.png

Mencari pola carta perangkap bull, dan juga zon rintangan utama adakalanya sukar, terutamanya untuk pedagang novis. Ada masanya anda boleh diperdaya oleh pasaran. Bila anda fikir anda telah menemui perangkap bull, ia akhirnya ternyata memang breakout tulen yang terus menuju ke atas. Jadi untuk mencari aras rintangan yang kuat anda harus beralih ke rangka masa mingguan atau harian (sebarang rangka masa yang lebih tinggi) dan lihat pada carta. Apakah ada puncak yang sebenarnya tertonjol keluar dari saluran dagangan (trading channel)? Jika ada, ini aras rintangan anda (jangan malas untuk lakukan sendiri perkara ini untuk mengesahkan aras rintangan anda).

Sekarang anda sudah mengetahui bagaimana hendak mengesan perangkap bull, kami mahu mencadangkan beberapa strategi perdagangan

"Ramuan utama"

Pasangan matawang - apa sahaja

Rangka masa - carta sejam disyorkan, namun anda boleh gunakan harian dan H4 juga.

Prasyarat - pelajari bagaimana hendak mengenal pola pengunduran bearish, pengalaman berdagang pelbagai rangka masa

Perkakas teknikal - tidak diperlukan

Bull traps 3.png

"Peraturan permainan"

1. Bila anda lihat harga maju bergerak menuju aras rintangan, anda harus tunggu dan lihat apa yang terjadi bila ia mencapainya;

2. Selepas harga mencapai zon rintangan, dan formasi pola perangkap bull telah bermula, anda boleh letakkan pesanan Sell Stop sekurang-kurangnya 2 pip di bawah harga terendah kandil yang menembusi zon rintangan;

3. Kemudian, pasang Renti Rugi sekurang-kurangnya 2 pip di atas harga tertinggi kandil ini;

4. Ambilan untung harus dipasang pada aras harga swing bawah sebelumnya.

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera