S&P: magisnya kitaran

S&P: magisnya kitaran

2023-01-26 • Dikemaskini

Tangga alam semulajadi

Dunia ini berfungsi secara kitaran. Masa berfungsi secara kitaran. Planet kita juga berfungsi secara kitaran. Cuaca, biosfera, pembangunan manusia, ketegangan politik, perang, kopi yang anda minum setiap hari – semuanya berada dalam kitaran. Tapi jangan silap: alam tidak sukakan replika. Dengan "kitaran", kami tidak maksudkan pengulangan perkara yang sama lagi dan lagi – tanpa mengambil kira konteks. Yang kami maksudkan, sebenarnya, adalah betapa setiap sesuatu itu berkembang secara berperingkat. Termasuk pasaran saham. Bagaimana anda boleh gunakannya dalam perdagangan anda? Ketahui cara-cara untuk mengenal pasti berlakunya peralihan ke peringkat seterusnya, tetapkan taruhan anda, dan menang.

Pemulihan secara berperingkat.

Sekilas pandang, tidak kelihatan adanya kitaran atau peringkat-peringkat pada pemulihan S&P.. Hanya uptrend yang lurus dan linear, yang diherotkan oleh kemeruapan, seperti pancaran gelombang radio yang lemah. Itu salah satu cara untuk melihat perkara ini. Lihat dengan lebih dekat.

13.png

Setelah meneliti carta dengan lebih jauh, anda akan melihat bahawa jalan pemulihan S&P boleh dikatakan agak binari, seperti jujukan 0-1-0-1-0-1. Selepas kenaikan yang jelas, terdapat satu fasa penguncupan yang ketara untuk harga-harga rendah yang lebih tinggi (lower highs) dan aras sokongan yang kuat. Sudah ada tiga seksyen seperti itu, dan nampaknya kita seperti sedang memasuki bahagian yang keempat. Sekiranya itu benar, maka kita akan melihat kemeruapan yang semakin kuat di mana akan ada satu harga tinggi yang lebih rendah daripada harga tinggi sebelumnya, harga yang secara umumnya bergerak mendatar melintasi aras sokongan, dan kemudian diikuti dengan satu lagi kenaikan.

14.png

Keraguan yang munasabah

Tetapi adakah kita pasti bahawa kita akan melihat tempoh kemeruapan dan harga tinggi yang lebih rendah sebegini sebelum S&P naik semula? Tidak. Kita sedang dalam proses mengesahkannya sekarang, dan ia akan memakan masa. Itulah sebabnya mengapa kitaran di sini tidak dimengertikan sebagai tempoh-tempoh masa yang identikal bila carta mengulangi pembentukannya, dengan agihan seragam sepanjang garis masa. Sebaliknya, kita mempunyai pola dualiti kembang-kuncup yang jelas, yang terungkap dalam S&P seiring dengan berjalannya waktu. Kuncinya di sini adalah: kita tidak mengambil masa sebagai asas untuk mengenal pasti di seksyen mana kita berada. Masa tidak relevan. Sebaliknya, kita mengenal pastinya dengan membandingkan logik pergerakan suatu tempoh dengan logik pergerakan di tempoh sebelumnya. "Tetapi mungkin itu hanya berlaku di fasa pemulihan!". Ya, mungkin saja - mari kita semak hipotesis dualiti kita dengan pandangan yang lebih strategik ke atas carta S&P.

Memahami kenaikan

Tiga tahun kebelakangan ini kita menyaksikan lanskap yang hampir sama pada S&P: aliran menaik yang stabil secara keseluruhannya, dengan dengan penurunan dan kenaikan yang silih berganti. Kami dapati ianya menarik bila di tempoh kelima, di mana krisis melanda, secara logiknya carta akan mengalami penurunan walau apa pun berlaku - ia "memang sudah sampai masanya" kerana kenaikan yang mendahuluinya sudah cukup lama dan cukup tinggi. Dari sudut pandang ini, krisis memangkin kadar penurunan sehingga ia terjadi dengan lebih mendadak dan meruncing tetapi ia tidak memaksanya ke atas carta – ia memang akan dan harus terjadi walau apa pun. "Tetapi jika waktu dan selang masa setiap tempoh berbeza, bagaimana kita tahu apa yang akan terjadi pada waktu bila?". Itu satu soalan yang wajar. Pertama, walaupun selang masa (time span) penurunan dan kenaikan berbeza-beza, panjang dan kelancarannya tidak jauh dari nilai purata. Ini bererti, satu kenaikan memerlukan dua bulan, satu lagi memerlukan dua, satu lagi enam, satu lagi mungkin bahkan setahun, namun akan ada tempoh purata di mana S&P biasanya mengikuti aliran uptrend yang lancar sebelum bertemu dengan kemeruapan dan penguncupan. Dalam carta di bawah, kita melihat bahawa anak panah pertama di bawah uptrend adalah selama hampir setahun – dari Februari 2017 hingga akhir tahun 2017. Tetapi itu hanya satu daripada beberapa tempoh yang seperti tiu, dan satu-satunya yang sepanjang itu. Yang selebihnya, tempoh masanya saling tidak jauh berbeza.

Nilai praktikal

Bagaimana anda boleh menggunakannya: di rangka masa pencerapan anda (observed time frame), ukur semua panjang waktu bagi tempoh-tempoh kenaikan, kira purata berwajaran untuknya (weighted average), dan ingat angka tersebut. Lebih banyak uptrend semasa melencong dari angka purata ini, lebih tinggi kebarangkalian ia akan berakhir tidak lama lagi.

15.png

Kembali ke sekolah menengah

Di carta harian di bawah, terlihat tempoh-tempoh pertumbuhan dan penurunan yang silih berganti pada S&P. Malah, secara visual pun, anda boleh lihat tempoh 1, 2, 4, dan 5 lebih kurang sama dari segi selang masanya. Manakala tempoh 3 dan 6 jelas sekali janggal dari yang lain: tempoh 3 terlalu pendek, dan tempoh 6 terlalu panjang. Bagaimana cara mengira purata bergerak bergerak berwajaran berdasarkan pemerhatian-pemerhatian ini?

Mari kita permudahkan dan anggap bahawa tempoh 1, 2, 4, dan 5 memiliki selang masa yang sama. Berapakah nilainya? Secara purata 15 bar. Jadi 4 tempoh selama 15 bar. Kemudian kita ada satu tempoh janggal yang pendek selama 3 bar, dan satu tempoh janggal yang panjang yang berlangsung selama 48 bar. Kira-kiranya: 4*15 + 1*3 + 1*48 / (4+1+1) = 18.5. Kita boleh bundarkannya menjadi 18. Jadi purata berpemberat selang masa bagi tempoh kenaikan di S&P di carta kita adalah 18 bar.

Menggunakannya

Bagaimana boleh kita gunakan pengetahuan ini? Selepas kejatuhan ketika ini, akan ada satu lagi tempoh kenaikan. Anda boleh jangkakan ia akan berlaku selama 18 bar, lebih kurang. Jika ia lebih dari tempoh tersebut – anda boleh jangkakan bahawa satu penurunan baru akan tiba tidak lama lagi. Dan bersedia.

16.png

                                                                                                  LOG MASUK

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera