Top 3 pola untuk pedagang mahir

Top 3 pola untuk pedagang mahir

2020-10-14 • Dikemaskini

Menerusi pengalaman, pedagang mengetahui lebih mendalam tentang aras-aras rintangan dan sokongan, trend dan pembetulan, serta pelbagai indikator teknikal. Dengan setiap bulan yang berlalu di mana pedagang aktif berdagang, lebih mudah untuk mereka mengecam pola carta dan candlestick. Namun, ada lagi beberapa perkara yang lebih rumit yang perlu dikuasai untuk terus maju ke hadapan. Mari kita tinjau, apakah ia.   

1. Gelombang Wolfe (Wolfe Waves)

Adakalanya harga membentuk struktur yang lebih dari sekadar baji (wedge) atau pola pengukuhan yang ringkas. Aksi harga seperti ini mencerminkan pertarungan di antara pembeli dan pejual: ada masa-masanya di mana salah satu pihak menang namun ada juga masa di mana kuasa kedua-duanya hampir setara.

Satu contoh pola Gelombang Wolfe

patterns1.png

Cari bentuk harga yang tampak seperti sebuah baji (wedge). Beri perhatian kepada fasa-fasa pola ini. Anda harus awas bila harga sudah membentuk empat titik yang pertama – dalam perkataan lain, julat yang semakin menyempit. Selepas dari itu, ada tiga senario yang mungkin:

  • Harga membolosi garisan 1-3 dan seterusnya terus bergerak dalam arah penembusan.
  • Harga mengundurkan diri dari garisan 1-3
  • Harga naik sedikit dari garisan 1-3 dan kemudian mengundur.

Senario ketiga memperlihatkan apa yang kita sebut sebagai ‘Gelombang Wolfe’. Sekiranya titik 3 dan 4 masing-masing berada di atas titik 1 dan 2, maka bersedialah untuk pembentukan pola gelombang Wolfe yang bearish. Penting untuk pastikan bahawa gelombang 1-2 dan 2-3 adalah sama (simetri). Perkakas Fibonacci juga banyak membantu mengesahkan pola ini: titik 3 biasanya terletak di sambungan (extension) 127.2% atau 161.8% gelombang 1-2.

Beri perhatian khusus kepada titik 5. Newbie lazim tersalah anggap, menyangkanya sebagai penembusan (breakout), dan ia memang sedikit sukar. Titik 5 biasanya terletak di sambungan 127.2% atau 161.8% gelombang 3-4. Tambahan lagi, ada kawasan tertentu di carta di antara garisan 1-2 dan garisan yang selari dengan 2-4 dan dilukis dari titik 3. Jika harga mengundur ke bawah di dalam kawasan "sweet zone" ini, ia adalah signal untuk jual. Jika tidak, maka pola Gelombang Wolfe bearish gagal disahkan.

Ambilan Untung dan Renti Rugi

Yang bagusnya dengan pola ini, ia memberikan pedagang sasaran yang jelas.

TP1: garisan sokongan 2-4.

TP2: Lukiskan satu garisan menerusi titik 1 dan 4: sasaran kedua, titik 6, harus berada di garisan itu.. Pergerakan di antara titik 5 dan 6 akan jauh dan panjang, justeru ia akan membolehkan pedagang untuk mendapat cukup pip keuntungan.

Anda boleh letakkan Renti Rugi di atas titik 5.

Kesimpulan

Sekiranya anda terlihat pola candlestick penyongsangan trend di ‘sweet zone’, tepuk tangan dengan gembira dan pertimbangkan untuk berdagang dengan sasaran yang besar (titik 6). Sekiranya harganya melepasi ‘sweet zone’, ini adalah pola lain, jadi pertimbangkan untuk berdagang dalam arah penembusan.

Tidaklah begitu rumit, bukan? Perkara yang paling utama yang anda harus lakukan adalah melatih mata anda: anda perlu melakukan analisis secara visual untuk mengecam gelombang Wolfe di carta harga.

2. Gartley

Pola Gartley salah satu pola dari kumpulan yang dinamakan pola harmonik. Pola-pola ini (Crab, Butterfly, Bat, dan Shark) seakan-akan serupa antara satu sama lain. Perbezaan di antara mereka terletak pada nisbah atau perkadaran saiz swing harga. Untuk logik dan pengecaman pola-pola tersebut, mulakan dengan menguasai Gartley, kefahaman yang selebihnya akan datang sendiri dengan mudah.

Perkara yang paling sukar dengan pola Gartley adalah betapa ia kelihatan seperti pasaran sudah berada di kemuncak, namun sebenarnya akan ada peningkatan harga yang akan menyusul. Perhatikan betapa pada semua pola harmonik yang bullish, puncak kedua lebih rendah dari yang pertama. Tambahan lagi, struktur pola bullish menyerupai huruf M, sementara pola bearish sama seperti huruf W.

Apabila anda sudah mampu mengecam bentuk sebegini di carta, perkara pertama yang akan terlintas di fikiran anda seharusnya: "situasi tidak semudah seperti yang terlihat". Ambil tindakan: gunakan perkakas pengunduran Fibonacci untuk semak posisi titik-titik penting

  • Titik B terletak di pengunduran 61.8% XA. Ini syarat yang paling penting.
  • Titik C boleh terletak di 38.2%-88.6% pengunduran (retracement) AB.
  • Titik D boleh ditemui di pengunduran 127.2%-161.8% AB, atau di 78.6% pengunduran XA.

patterns2.png 

Contoh pola Gartley yang bullish

Ambilan Untung dan Renti Rugi

TP1: 61.8% CD.

TP2: sebesar saiz XA, diunjurkan dari D.

Renti Rugi boleh diletakkan di bawah X untuk Gartley bullish (di atas X untuk Gartley bearish), atau pilih lokasi lain berdasarkan peraturan pengurusan risiko anda.

Satu masalah yang wujud tentang pola harmonik adalah betapa di dalam kehidupan sebenar ini, pola yang anda temui di carta seringkali tidak ngam dengan nisbah-nisbah yang disebutkan di atas dengan sempurna. Justeru, lebih besar perbezaan di antara pola Gartley yang dinyatakan berbanding pola yang ada di carta anda, lebih tinggi risiko berlaku kesilapan, dan anda harus masukkan perkara ini dalam pertimbangan anda.

Kesimpulan

Lihat pasaran dengan cara baru. Walaupun anda memutuskan untuk tidak menggunakan pola Gartley untuk isyarat masuk, anda masih perlu mengetahui bentuknya agar dapat mengelak dari membuat kesilapan menanggapinya sebagai puncak atau dasar pasaran. Anda pasti terkejut mengetahui seberapa kerap pola ini muncul di carta.

3. Pola Three Drives

Ini satu lagi pola yang agak sukar. Pedagang yang masih baru mungkin terkeliru dan menganggapnya sebagai pasaran yang sedang mantap dan berada dalam trend. Namun pedagang yang berpengalaman dan pakar seharusnya boleh mengelak dari melakukan kesilapan yang sebegini.

Pola seperti ini berlaku dalam trend yang ketara. Dengan kata lain, pasaran yang sudah mengikuti suatu arah untuk sekian lama. Kemudian, anda perasan bahawa swing harga mulai kelihatan sangat seiras dari segi ukuran dan bentuknya. Ini seharusnya membuatkan anda berfikir: awas dan waspada, trend berkemungkinan besar akan berubah arah!

Seperti di dua pola yang terdahulu, anda akan temui beberapa nisbah Fibonacci dalam pola ini.

  • Titik A berada di pengunduran 61.8% drive 1.
  • Titik B berada di pengunduran 61.8% drive 2.
  • Drive 2 berada di sambungan (extension) 127.2% -161.8% A.
  • Drive 3 berada di sambungan 127.2% -161.8% B.

patterns3.png

Contoh pola Three Drives yang bearish

Jangan bimbang, anda tidak perlu menghafal nisbah ini. Pengunduran 61.8% sangat lazim dan anda mungkin akan ingat sendiri rupanya secara visualnya.

  • Anda boleh dagangkan drive 3. Masuk ke pasaran apabila anda yakin bahawa pasaran telah membentuk titik B (beli untuk Three Drives yang bearish dan jual untuk Three Drives yang bullish). Ambilan Untung harus berada di sekitar sambungan 127.2% -161.8% bagi B.
  • Anda boleh berdagang apabila keseluruhan pola sudah selesai terbentuk. Masuk ke pasaran di sambungan 127,2% -161,8% B (jual untuk Three Drives yang bearish dan beli untuk Three Drives yang bullish). Ambilan Untung boleh diletakkan di pengunduran Fibonacci 61,8% bagi keseluruhan pola.

Kesimpulan

Kadang kala trend berakhir dengan pola Double Top atau Head and Shoulders, tetapi adakalanya trend tamat dengan tiga swing yang serupa. Adalah penting untuk awas dengan pola ini pada setiap masa. Tambahan pula, ia memberikan peluang yang bagus untuk membuka urusniaga baru.

LOG MASUK 

Serupa

Strategi perdagangan Shooting Star
Strategi perdagangan Shooting Star

Di dalam artikel ini, kita akan membincangkan apakah itu pola shooting star, bagaimana cara untuk mengecamnya, dan bagaimana anda boleh menggunakannya dalam perdagangan anda. Jom kita mulakan!

Huraian sistem aksi harga

Berapa banyak perkakas yang anda gunakan dalam perdagangan? Bagaimana jika kami beritahu anda bahawa ada sistem perdagangan yang berkesan, yang tidak memerlukan apa-apa melainkan pola candlestick?

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera