Pelajaran 20. Margin, Leveraj, Margin Call, Stop Out

Seberapa banyak wang perlu ada di dalam akaun anda untuk terus berdagang? Secara logiknya, anda perlukan wang untuk mengekalkan posisi supaya terus aktif.

Seberapa banyak wang perlu ada di dalam akaun anda untuk terus berdagang? Secara logiknya, anda perlukan wang untuk mengekalkan posisi supaya terus aktif.

Jumlah yang diperlukan ini dipanggil margin. Broker forex menentukan margin yang diperlukan oleh pelanggan.

Biasanya margin bersamaan 1-2% dari saiz position. Konsep ini berkait rapat dengan istilah 'leveraj'.

Bila anda berdagang menggunakan margin, anda memanfaatkan leveraj: anda mendapat kemudahan untuk membuka posisi dengan dana yang lebih besar dari yang ada di dalam akaun anda.

Pergerakan yang kecil ini boleh mengakibatkan keuntungan atau kerugian yang lebih besar berbanding posisi tanpa leveraj.

Mari kita lihat bagaimana ia berfungsi melalui contoh. Katakan anda ada $1,000 sebagai baki mahu berdagang $10,000.

Dalam kes ini, margin 1% bermaksud $100 akan diasingkan dari akaun anda. Ini adalah "margin digunakan" (margin used) anda.

Di dalam terminal, di tetingkap "Trade" (Dagangan) anda dapat melihat lajur "Balance" (Baki), "Equity" (Ekuiti) dan "Usable Margin" (Margin Boleh Guna).

Margin yang boleh anda gunakan sentiasa bersamaan dengan "Equity" ditolak "Used Margin".

Baki 99% lagi ditentukan oleh broker. Margin ini diperlukan sebagai jaminan sekiranya pasaran menentang posisi anda.

Broker biasanya mentakrifkan aras panggilan margin ('margin call').

Sebagai contoh, jika ianya adalah 20%, anda akan mendapat panggilan margin jika ekuiti akaun anda jatuh kepada 20% dari jumlah margin (dalam contoh ini, 20% dari $100 adalah $20).

Di dalam kes seperti ini, anda akan menerima amaran dari broker mengatakan anda perlu menutup dagangan anda, atau deposit modal tambahan untuk memenuhi syarat margin minimum

Sebagai tambahan, anda perlu awas kerana broker akan terpaksa menutup posisi anda pada harga pasaran semasa jika nisbah deposit kepada kerugian anda mencapai apa yang dipanggil aras "stop out".

Jika stop out adalah pada aras 10%, ia akan berlaku bila ekuiti jatuh menjadi $10 (10% dari margin). Adakalanya, margin call dan stop out adalah sama

dan posisi ditutup tanpa amaran jika ekuiti jatuh kepada kurang dari 100% nilai margin minimum yang diperlukan untuk berdagang.

Margin diperlukan, aras panggilan margin dan aras stop out ditentukan oleh broker bagi setiap jenis akaun dan ditunjukkan di laman web mereka.

Sebagai pedagang, anda harus melakukan yang terbaik untuk mengelak dari menyentuh aras panggilan margin dan aras stop out.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera