03.12.2018

5 Perkara Yang Hanya Pedagang Saja Yang Faham

pic_blue.png

Bila anda mula berdagang Forex, hidup anda tidak akan sama lagi. Selepas sekian waktu, orang akan berhenti mengerti apa yang anda bualkan dengan rakan-rakan pedagang anda. Satu hari, hanya rakan-rakan Forex anda sahaja yang memahami lawak anda dan dapat merasakan derita anda. Berikut adalah 5 perkara yang hanya para pedagang sahaja yang mengerti.

08.10.2018

Bagaimana alternatif kepada Forex Factory yang ditawarkan oleh FBS boleh memberikan anda pengalaman berdagang yang lebih baik

forex_factory.png

Sumber popular untuk para pedagang Forex ini tidak perlu diperkenalkan lagi, namun bagi anda yang baru sahaja mendekati sektor pelaburan ini, Forex Factory adalah salah satu sumber maklumat terbesar tentang Forex yang ada di internet. Ia memberikan para pedagang berita-berita ekonomi. carta-carta pasaran, kalendar dan tentu sekali, sebuah forum.

Mengapakah ia sangat menarik untuk para pedagang? Pertama sekali, ia percuma. Forex Factory menampung operasinya hanya dengan iklan dan endorsmen broker-broker Forex. Mereka membincangkannya secara terbuka dan anda boleh mengetahui semua maklumat berkenaan, termasuklah caj pengiklanan mereka di seksyen kit media di laman web mereka. Sebab yang kedua adalah kandungan ilmu yang terkandung padanya amatlah besar. Selama 14 tahun mereka telah mengumpulkan strategi-strategi Forex, panduan-panduan, berita dan diskusi tentang hampir segala-galanya yang berkaitan dengan Forex.

17.08.2018

Seorang gadis muda memutuskan untuk berdagang Forex dengan FBS

chick_866x450.jpg

Hello, semua! Ann kembali lagi dan sudah bersedia untuk kongsikan pengalaman berdagang menggunakan indikator termudah, "Moving Average" (Purata Bergerak). Di dalam artikel ini, saya akan menceritakan setiap langkah yang saya lakukan dan total keuntungan yang saya raih.

Seperti yang anda masih ingat, saya telah menerima Bonus $50 dan membuat $113 bagi 2 hari pertama saya berdagang. Tidak mampu hendak saya lafazkan dengan kata-kata betapa bangganya perasaan saya ketika itu. Malah jika dibandingkan dengan saat bila mana saya berjaya mencari wang sendiri buat kali pertama ketika di sekolah menengah, saya tidaklah bangga seperti baru-baru ini! Klik di sini untuk membaca bahagian pertama kisah saya.

20.07.2018

DUNIA FOREX DAN SI GADIS. LEVEL 1

FBS telah melakukan suatu eksperimen yang menarik: kami tertanya-tanya apakah yang akan terjadi sekiranya seorang gadis yang tidak pernah berdagang walau seminit pun dalam hidupnya cuba membuat wang di Forex? 

Cik Ann telah bersetuju untuk menyertai eksperimen ini dan telah meraih $113 dengan Bonus $140. Kata orang, orang baru memang bertuah. Mari kita lihat Cik Ann mencabar pasaran global sebagai seorang newbie. Bacalah kisah menarik ini yang ditulis sendiri oleh beliau!

Hello! Nama saya Ann, saya seorang gadis berusia 34 tahun yang telah memutuskan untuk mengambil bahagian dalam sesuatu yang boleh dikatakan seperti satu eksperimen. Mampukah seorang gadis seperti saya menghasilkan wang dengan Forex atau adakah saya masih ketinggalan jauh di belakang otai-otai?

25.06.2018

Perdagangan emas kini topik yang sedang hangat. Mengapa?

"Kehendak terhadap emas bukanlah kerana emas itu sendiri. Ia adalah wadah ke arah kebebasan dan manfaat" Ralph Waldo Emerson

Sejak zaman-berzaman, manusia memuja dan mendambakan emas kerana kilauan dan kemulurannya. Manusia mula menggunakan emas dalam jual-beli di Timur Tengah sejak 2500 tahun dahulu. Kini, ia diiktiraf sebagai bentuk wang yang tertua. Emas juga dianggap sebagai aset yang sangat selamat. Logam ini terus laku selama lebih dua ribu tahun meskipun terjadi perperangan, malapetaka dan perubahan global.

sh_1.jpg

Carta bulanan harga emas (XAU/USD, MN).

07.06.2018

Kes perdagangan yang anih: Pedagang FBS bertahan sewaktu bank-bank global tumbang

Sesuatu yang bersejarah telah berlaku di dunia perdagangan baru-baru ini.

Kes ini sungguh menakjubkan sehingga melayakkannya mendapat ruang di blog kami. Terimalah sebuah kisah di mana satu pesanan dagangan yang dibuka di saat yang paling buruk yang mungkin. Ia berlaku di tengah-tengah peristiwa yang menggoncang bank-bank pusat dan melenyapkan banyak broker Forex. Pasaran lumpuh, ramai orang yang muflis tetapi lelaki yang membuka pesanan dengan FBS di hari tersebut berjaya untuk tidak mencatat kerugian.

Bagaimana ini boleh berlaku? Ada kisah di sebaliknya.

Para pedagang berpengalaman mungkin masih ingat kegawatan pasaran EUR/CHF pada Januari 2015. Bagi mereka yang tidak mengalaminya sendiri, berikut adalah gambaran kejadiannya yang tepat:

chart wth.jpg

14.05.2018

Pasaran yang sesuai bagi orang baru: Forex vs. Saham

Jika anda sedang berada di ambang permulaan karier perdagangan atau pelaburan, anda harus tahu bahawa inilah keputusan terbaik yang anda pernah lakukan. Anda hampir dengan saat di mana wang anda akan membuat lebih banyak wang untuk anda. Namun, sebelum angin perubahan mula meniup layar bahtera anda, anda perlu memutuskan ke arah mana pelayaran harus dituju. Dalam lain perkataan, anda harus memilih pasaran kewangan yang lebih sesuai dengan personaliti dan pendekatan pelaburan anda.

Forex saham

14.05.2018

Cara terpantas membuat duit: perdagangan Minyak Mentah

Apakah yang pertama sekali hadir di minda anda bila anda mendengarkan atau membaca tentang kekayaan yang melimpah ruah? Hanya beberapa kurun lepas, ia tentu sekali emas atau barang kemas, tetapi semuanya telah berubah dengan dramatik. Hari ini, kekayaan yang melampau lebih terkait dengan minyak. Kepentingan minyak mentah sukar diremehkan kerana ia dianggap sumber tenaga dan instrumen perdagangan yang sangat signifikan di seluruh dunia. Pastinya tidak berlebihan jika dikatakan bahawa minyak mentah bukan sahaja salah satu komoditi paling meruwap di pasaran global, tetapi juga yang paling sering didagangkan.

petroleum_2.jpg

Harga minyak kekal menjadi faktor ekonomi global yang kritikal, yang bermakna perdagangannya dipengaruhi oleh kepentingan politik dan komersil. Ini adalah kerana minyak mentah masih lagi sumber tenaga dunia yang utama.

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera