Hari ini, internet penuh dengan kisah jatuh dan bangun, kejayaan dan kekecewaan di dalam pasaran Forex. Kita boleh menemui berdozen-dozen kisah sebegini yang memuaskan setiap selera. Namun anda sukar menemukan kisah hebat pelopor perdagangan komoditi yang sangat kaya dan genius, Richard Dennis.
Kisah Dennis adalah kisah lagenda perdagangan yang masih mampu membakar semangat pedagang baru hari ini. Lelaki ini pada usia 23 tahun, dilaporkan telah meminjam $1,600 dan menukarkannya menjadi $200 juta di dalam 10 tahun dengan berdagang komoditi. Pada usia beliau 26 tahun, dia sudah pun menjadi seorang pedagang jutawan.
“Prince of the Pit” ini dilahirkan di South Side, Chicago pada tahun 1949, di dalam sebuah keluarga Irish katolik yang agak miskin, di mana bapanya berkerja hanya sebagai pencuci tandas. Dennis menjadi utusan pesanan di lantai perdagangan Chicago Mercantile Exchange pada usia 17 tahun. Beberapa tahun selepas itu, beliau mula berdagang untuk akaun beliau sendiri di Mid America Commodity Exchange, sebuah lantai perdagangan aras permulaan di mana kontrak "mini" didagangkan. Untuk mengatasi peraturan yang memerlukan pedagang berusia sekurang-kurangnya 20 tahun, beliau berkerja sebagai utusan beliau sendiri, dan mengupa bapanya, yang berdagang bagi pihaknya di pit. Begitulah caranya beliau mendapat gelarannya.