Gunakan carta-carta Forex untuk tindak balas yang lebih pantas ke atas perubahan dinamik harga
Bolehkah anda bayangkan apabila mempelajari statistik mudah di sekolah menengah atau di universiti betapa ia mungkin membantu anda menjadi pedagang Forex yang berjaya suatu hari kelak? Percaya atau tidak, carta-carta Forex adalah salah satu perkakas perdagangan paling berkuasa yang digunakan untuk membandingkan harga semasa dengan harga silam dan menduga pola serta pergerakan harga di masa hadapan. Mari kita lihat apa yang anda benar-benar perlu tahu untuk menggunakan carta Forex dengan paling efisien.
Carta Forex memaparkan dinamika harga pelbagai pasangan matawang berdasarkan data silam. Ia memberikan wawasan dan pola pasaran matawang yang sangat ampuh, membolehkan analisis teknikal dilakukan. Hakikatnya, para peserta pasaran menggunakan data-data carta untuk menentukan sama ada untuk membuka atau menutup posisi. Carta adalah instrumen optimal untuk menganalisa trend dan pola. Untuk pedagang-pedagang yang memahami carta, ia agak mudah untuk menjangkakan ke mana pasaran akan bergerak.