1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Pendapatan Pasif Daripada Perdagangan Forex
2024-02-27 • Dikemaskini

Pendapatan Pasif Daripada Perdagangan Forex

Back.png

Perdagangan Forex masih lagi salah satu alat yang paling popular untuk pendapatan pasif, dan trend ini akan berterusan untuk satu tempoh yang lama.

Artikel ini akan membincangkan konsep perdagangan untuk pendapatan pasif, mengulas pelbagai pilihan untuk menjana pendapatan pasif daripada Forex, tips untuk pengurusan risiko, dan banyak lagi.

Bacalah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang Forex sebagai sumber pendapatan pasif dan terapkan pengetahuan ini dengan berdagang di FBS.

Mengapa perdagangan Forex bagus untuk menjana pendapatan pasif

Terdapat beberapa sebab mengapa perdagangan Forex adalah pilihan yang sangat baik bagi mereka yang ingin mencipta aliran pendapatan yang stabil tanpa perlu melibatkan diri dalam proses ini secara aktif.

Perdagangan Forex menawarkan potensi pulangan pelaburan yang tinggi.

Pasaran Forex adalah pasaran kewangan yang terbesar dan paling cair di dunia, dengan jumlah dagangan harian lebih $6 trilion. Tahap kecairan yang tinggi menawarkan banyak peluang untuk meraih keuntungan daripada pergerakan-pergerakan harga yang kecil. Pedagang yang mahir boleh menjana pulangan yang signifikan daripada pelaburan mereka.

Perdagangan Forex boleh dilakukan di mana-mana sahaja di dunia.

Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah komputer atau peranti mudah alih dengan sambungan Internet, menjadikannya pilihan yang fleksibel bagi mereka yang ingin meraih pendapatan pasif semasa mengembara atau bekerja dari rumah. Kebolehcapaian ini membolehkan pedagang memanfaatkan peluang dalam pelbagai zon masa dan pasaran, meningkatkan potensi keuntungan.

Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari, lima hari seminggu.

Sifat pasaran Forex ini bermakna pedagang boleh membina sistem perdagangan automatik atau menggunakan algoritma perdagangan untuk melaksanakan urusniaga bagi pihak mereka, seterusnya memperhebatkan lagi aspek pasif perdagangan Forex.

Perdagangan Forex mampu diceburi oleh semua.

Leveraj membolehkan pedagang mengawal posisi yang lebih besar dengan modal yang sedikit, meningkatkan potensi pulangan. Halangan kemasukan (entry barrier) yang rendah ini menjadikan perdagangan Forex pilihan yang menarik bagi mereka yang ingin menjana pendapatan pasif tanpa pelaburan pendahuluan yang signifikan.

Cara menjana pendapatan pasif daripada Forex

Forex, atau pertukaran asing, secara tradisinya dikaitkan dengan perdagangan aktif tanpa henti dan taktik kewangan yang rumit. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa Forex juga boleh digunakan untuk menjana pendapatan pasif tanpa pengawasan berterusan atau kepakaran perdagangan yang ekstensif.

Hari ini, Forex menawarkan beberapa pendekatan pendapatan pasif, termasuk:

  • Copy trading & perkhidmatan copy trading
  • Sistem Perdagangan Automatik (EA) & pembangunan EA
  • Pelaburan jangka panjang dengan kepelbagaian
  • Kadar faedah carry-trade
  • Pengurusan akaun Forex
  • Pemasaran affiliate Forex
  • Kursus dan pendidikan perdagangan Forex

Copy trading adalah pilihan yang sempurna untuk mengenali perdagangan Forex. Ia seperti mengikuti pemuzik kegemaran anda di media sosial: anda memilih pedagang berpengalaman dengan strategi perdagangan yang andal (reliable) dan rekod prestasi yang kukuh, dan dengan hanya beberapa klik, anda melanggan signal perdagangan mereka.

1.png

Setelah itu, setiap kali pedagang pakar tersebut meraih keuntungan, anda juga akan untung sekali! Ia seperti mempunyai seorang mentor kewangan yang mengawasi pelaburan anda dari jauh. Selain itu, semuanya berlaku secara automatik, jadi anda boleh duduk dan biarkan pakar bekerja sambil tatkala sambil menjana pendapatan pasif untuk anda.

Apabila anda semakin berpengalaman dalam perdagangan, anda akan membina reputasi sebagai seorang pedagang yang cekap. Portfolio perdagangan anda yang menguntungkan akan menarik pedagang lain untuk mencontohi urusniaga anda. Itulah cara anda boleh menawarkan perkhidmatan copy trading.

Sistem Perdagangan Automatik, atau Expert Advisor (EA), adalah penting bagi mereka yang bergiat dalam perdagangan untuk pendapatan pasif.

2.png

Anda boleh mencipta atau membeli EA yang boleh dipercayai yang sejajar dengan pendekatan perdagangan pilihan anda. Dengan EA, anda mendapat pembantu yang tidak reti penat dan lelah, sentiasa mencari peluang urusniaga yang menguntungkan.

Uji EA anda, dan jika anda berpuas hati dengannya, biarkan ia membuka dan menutup urusniaga berdasarkan kriteria anda - anda hanya perlu memantau hasilnya.

Bagi mereka yang mempunyai kemahiran pengaturcaraan yang baik, membangunkan EA anda sendiri adalah satu lagi cara untuk menjana wang tambahan daripada Forex. Anda boleh mencipta Expert Advisor untuk strategi tertentu dan memasarkannya kepada komuniti perdagangan Forex.

Pelaburan jangka panjang yang direncamkan (diversified) sesuai untuk mereka yang mencari kaedah perdagangan yang lebih pasif. Pendek kata, pendekatan ini melibatkan pelaburan dalam pelbagai aset untuk merencamkan portfolio anda, iaitu, menyebarkan risiko dan mengurangkan keperluan untuk mengurus perdagangan secara aktif.

Kadar faedah carry-trade adalah satu lagi strategi menjana pendapatan Forex yang mudah. Anda hanya perlu membeli matawang yang kadar faedahnya tinggi dan menjual matawang yang kadar faedahnya lebih rendah. Keuntungan anda adalah perbezaan antara dua kadar faedah ini.

Jika anda berasa cukup yakin dan anda mempunyai pengalaman Forex yang benar-benar kukuh, anda boleh menjana wang dengan menguruskan akaun Forex pedagang lain. Pelanggan anda memberikan anda modal untuk berdagang bagi pihak mereka. Sekian peratusan daripada keuntungan mereka akan menjadi pendapatan anda, seperti yuran operasi.

Pemasaran affiliate Forex adalah kerja yang bersifat promosi. Anda mempromosikan broker Forex dan produk dan perkhidmatan yang berkaitan kepada pedagang. Dalam kes ini, keuntungan anda datang daripada langganan dan pembelian melalui referral anda.

Akhir sekali, ada juga kursus dan pendidikan perdagangan Forex. Jika anda mempunyai pengetahuan untuk dikongsi dan bersemangat untuk mengajar, mengapa tidak membuat kursus perdagangan? Kongsikan tinjauan dan pandangan, serta tips mengenai Forex kepada para pedagang baru. Anda boleh menyampaikannya dengan pelbagai cara yang anda suka: kursus dalam talian, webinar, e-book, konsultasi 1:1, dll.

Risiko yang wujud dalam perdagangan Forex

3.png

Salah satu risiko utama perdagangan Forex ialah ketidaktentuan pasaran. Pasaran pertukaran asing sangat sensitif dengan peristiwa geopolitik, siaran data ekonomi, dan faktor luaran lain, yang mengakibatkan pergerakan harga yang rancak dan sukar diramalkan. Kemeruapan ini boleh menghasilkan keuntungan yang besar tetapi ia juga meningkatkan potensi kerugian yang besar jika perdagangan tidak diuruskan dengan teliti.

Risiko lain yang perlu dipertimbangkan ialah leveraj. Walaupun alat ini boleh meningkatkan potensi keuntungan, ia juga boleh meningkatkan potensi kerugian. Pedagang yang menggunakan leveraj meminjam dana daripada broker mereka untuk meningkatkan saiz posisi mereka. Jika pasaran bergerak menentang mereka, mereka boleh mengalami kerugian yang lebih besar berbanding pelaburan awal mereka. Oleh itu, memahami cara menguruskan leveraj dan risiko yang berkaitan adalah penting untuk pedagang Forex.

Pergerakan kadar pertukaran boleh menjejaskan keuntungan perdagangan secara dramatik. Pasaran Forex mudah terdedah kepada risiko kecairan, terutamanya ketika volum rendah atau berlaku gangguan terhadap pasaran, yang boleh menyebabkan spread dan gelinciran (slippage) yang lebih besar.

Akhir sekali, perdagangan pertukaran asing tertakluk kepada risiko operasi dan risiko rakan niaga (counterparty risk). Risiko operasi termasuk masalah teknikal, kegagalan platform, dan isu sambungan yang boleh menjejaskan pelaksanaan perdagangan. Risiko rakan niaga timbul daripada kebarangkalian suatu broker atau institusi kewangan gagal memenuhi kewajipannya, yang berpotensi mengakibatkan kerugian kewangan kepada pedagang.

Mengelakkan risiko dalam Forex

Mengurangkan risiko perdagangan Forex memerlukan gabungan strategi pengurusan risiko, penyelidikan menyeluruh, dan amalan perdagangan yang berdisiplin. Berikut beberapa langkah penting untuk mengurangkan risiko perdagangan forex sambil menjana pendapatan pasif:

Pendidikan dan penyelidikan

Sebelum melibatkan diri dalam perdagangan forex, adalah penting untuk melaburkan masa mempelajari tentang pasaran forex, strategi perdagangan, dan teknik pengurusan risiko. Memahami dinamik pasaran, indikator ekonomi, dan peristiwa geopolitik boleh membantu anda membuat keputusan perdagangan yang tepat.

FBS menawarkan banyak maklumat berguna tentang pasaran, termasuk pendidikan percuma, berita, dan alat seperti Kalendar Ekonomi yang menjadikan perdagangan lebih lancar dan mudah.

Pengurusan risiko

Menerapkan amalan pengurusan risiko yang berkesan adalah kritikal. Ini termasuk menetapkan pesanan renti rugi (stop loss) untuk mengehadkan potensi kerugian pada perdagangan, menggunakan saiz posisi yang betul untuk mengawal jumlah modal dirisikokan, dan mengelak daripada menggunakan leveraj yang terlalu besar. Di samping itu, mempelbagaikan portfolio perdagangan anda agar ia merangkumi pelbagai pasangan matawang yang berbeza boleh membantu mengurangkan risiko.

Penggunaan leveraj

Walaupun leveraj boleh meningkatkan potensi keuntungan, ia juga meningkatkan risiko kerugian yang besar. Pertimbangkan untuk menggunakan leveraj dengan kadar yang konservatif dan elakkan daripada mendedahkan akaun perdagangan anda kepada leveraj yang berlebihan.

Perspektif jangka panjang

Daripada memberi tumpuan kepada keuntungan jangka pendek, pertimbangkan untuk mengambil pendekatan jangka panjang apabila berdagang forex untuk pendapatan pasif. Pendekatan ini dapat mengurangkan kesan kemeruapan pasaran jangka pendek dan membolehkan keputusan yang lebih strategik.

Sistem perdagangan automatik

Sistem perdagangan automatik atau algoritma boleh mengurangkan keputusan beremosi dan menyediakan pendekatan yang lebih berdisiplin. Sistem ini boleh diprogramkan dengan parameter risiko tertentu dan peraturan pengurusan perdagangan.

Kepelbagaian (Diversification)

Mempelbagaikan pelaburan anda merentasi pelbagai kelas aset dan aliran pendapatan boleh membantu mengurangkan risiko portfolio keseluruhan. Pertimbangkan untuk menggabugnkan aliran pendapatan pasif lain seperti saham dividen, pelaburan hartanah, atau instrumen kewangan lain sebagai tambahan kepada perdagangan forex.

Pemantauan Yang Kerap

Pantau posisi perdagangan anda dan laraskan strategi anda berdasarkan keadaan pasaran yang berubah-ubah. Sentiasa ikuti maklumat terkini mengenai berita ekonomi, dasar bank pusat, dan peristiwa global yang boleh menjejaskan pasaran matawang.

Nasihat Profesional

Pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat daripada pedagang Forex yang berpengalaman atau penasihat kewangan yang boleh memberikan pandangan tentang strategi pengurusan risiko dan membantu anda membangunkan pendekatan yang menyeluruh terhadap pendapatan perdagangan Forex.

Kesimpulan

Pendapatan pasif daripada Forex adalah satu medan yang memberikan peluang menjana wang yang luas yang melibatkan pelbagai pendekatan yang berkaitan. Ia masih lagi relevan sebagai salah satu cara yang paling popular untuk menjana wang tambahan, dan bilangan peminat Forex semakin meningkat.

Walau bagaimanapun, seseorang mesti menyedari risiko kewangan yang terlibat dalam perdagangan Forex dan mempelajari alat dan teknik untuk mengelakkan kesilapan.

Soalan Lazim

Bolehkah perdagangan Forex dijadikan sumber pendapatan pasif?

Jawapan ringkasnya ialah ya, anda boleh menjana wang tambahan dengan berdagang Forex. Walau bagaimanapun, pendapatan pasif Forex tidak bermaksud hanya berdagang – anda juga boleh membangunkan EA, mempromosikan broker, produk dan perkhidmatan yang berkaitan, dan mengajar Forex kepada pedagang lain.

Apakah cara terpantas untuk menjana wang dalam Forex?

Pendapatan perdagangan Forex yang cekap memerlukan pemahaman tentang potensi pertumbuhan kompaun. Sebagai contoh, mensasarkan pulangan tahunan 50% daripada perdagangan anda boleh membawa akaun permulaan bernilai $20,000 menjadi lebih $1 juta dalam masa kurang daripada satu dekad.

Apakah pendapatan pasif yang terbaik untuk pemula?

Pendapatan pasif Forex adalah salah satu peluang pendapatan pasif yang terbaik untuk pemula. Ia berpatutan, memerlukan peralatan yang minimum, dan tidak mengambil masa yang lama. Walau bagaimanapun, kunci untuk menceburi Forex adalah pengetahuan. Pendidikan kendiri yang betul, kursus yang disediakan oleh broker, atau pelajaran daripada pedagang terkenal akan menjadikan langkah pertama anda dalam perdagangan Forex lebih mudah dan mengurangkan bilangan kesilapan pemula semasa anda meneroka pasaran.

Apakah bentuk pendapatan pasif yang paling mudah?

Pendapatan Forex boleh menjadi salah satu cara paling mudah untuk menjana wang tambahan. Boleh diakses dan berpatutan, perdagangan Forex semakin popular di seluruh dunia sebagai sumber pendapatan moden. Anda boleh memilih daripada beberapa strategi yang sesuai dengan gaya hidup anda, jumlah masa yang anda boleh curahkan untuk berdagang, dan bajet anda. Selain itu, Forex menawarkan ruang yang cukup untuk pertumbuhan profesional - anda boleh menjadi pakar perdagangan dan mengajar orang lain, membangunkan penasihat pakar, mempromosikan broker, produk atau perkhidmatan mereka, dan banyak lagi.

  • 969

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera