Suatu masa dahulu, perdagangan saham atau indeks adalah perkara yang tersedia hanya untuk pelabur yang bermodal besar. Namun, sekarang, pasaran jauh lebih menarik dan memerlukan pelaburan awal yang lebih sedikit. Kenapa? Jawapannya ialah CFD.
Apakah itu CFD
CFD atau kontrak untuk perbezaan (contract for difference) membolehkan anda menukar perbezaan nilai aset tertentu dari saat anda membuka kontrak sehingga anda menutupnya. Secara mudahnya, anda mendapat keuntungan anda dari perbezaan harga aset-aset kewangan.
Dengan CFD, anda boleh memperdagangkan indeks, saham, niaga hadapan, komoditi, matawang — secara asasnya, apa sahaja. Harga CFD adalah harga aset, dan jika harga aset naik, begitu juga harga CFD. Ciri utama perdagangan CFD adalah betapa anda sebenarnya tidak memiliki aset yang berkenaan: jika anda berdagang emas atau minyak, anda tidak memilikinya secara fizikal.
Bagaimana perdagangan CFD berfungsi
Dengan CFD, anda memperdagangkan sejumlah unit. Anda mempunyai dua pilihan.
- Beli, atau "long". Dalam senario ini, anda menjangkakan harga aset akan meningkat pada masa akan datang. Sekiranya anda mahir membuat unjuran, anda boleh mendapat keuntungan yang serius walaupun perubahan harga tidak signifikan.
- Jual atau "short." Dalam kes ini, anda menjual aset sekiranya anda menjangkakan harganya akan turun. Anda boleh membeli semula aset yang sama selepas itu dengan harga yang lebih rendah.
Satu hal yang penting mengenai CFD ialah betapa ia adalah produk yang berleveraj. Leveraj adalah nisbah antara jumlah wang yang anda depositkan dan jumlah sebenar yang anda boleh gunakan dalam perdagangan. Katakanlah, jika leveraj adalah 1:100, ini bermakna anda boleh beroperasi dengan pesanan 100 kali lebih besar daripada deposit anda.
Dengan kata lain, dengan CFD anda perlu mendepositkan sebahagian kecil dari nilai sebenar aset — anda tidak perlu membeli sepenuhnya, contohnya, saham Facebook yang berharga ribuan dolar. Deposit permulaan yang anda gunakan untuk membuka posisi CFD dipanggil margin.
Oleh itu, apabila anda ingin membeli unit CFD suatu aset, anda hanya melaburkan sebahagian kecil daripada nilai total, tetapi keuntungan akan dikira dari harga total aset. Ini adalah kelebihan yang sangat baik jika anda tidak mempunyai modal awal yang besar untuk melabur dalam perdagangan. Namun, ingatlah — walaupun berdagang dengan leveraj dan margin meningkatkan potensi keuntungan anda, ia juga mendedahkan anda kepada lebih risiko yang lebih tinggi dan kerugian yang lebih signifikan.
Berapa kos perdagangan CFD
Selain dari margin — atau pelaburan awal — perdagangan CFD juga mempunyai beberapa perbelanjaan tambahan yang perlu anda ketahui. Ia termasuklah:
- Spread adalah jurang antara harga bid dan harga ask suatu aset. Sekiranya spreadnya tipis, ini bermaksud harga perlu bergerak hanya sedikit sahaja untuk mencatat keuntungan atau kerugian.
- Swap adalah jumlah wang yang anda terima atau bayar untuk mengekalkan pemilikan posisi semalaman. Ada swap long dan swap short, bergantung pada kedudukan yang anda buka.
- Komisen.Ia dicaj semasa anda membuka urusniaga di platform perdagangan.
Angkanya mungkin berbeza-beza. Anda boleh memeriksa spesifikasi kontrak untuk melihat syarat-syarat perdagangan CFD dengan FBS.
CFD vs Forex: apa perbezaannya
CFD dan Forex mempunyai beberapa persamaan. Dalam kedua-dua kes, anda tidak memiliki aset secara fizikal: sama ada ia adalah minyak atau dolar Australia, sebagai contoh. Kedua-dua Forex dan CFD adalah bersandarkan kepada perbezaan pada kadar pertukaran.
Tetapi perbezaan utama antara CFD dan Forex adalah pasarannya: CFD merangkumi semua jenis aset, termasuk minyak, indeks, logam.Forex, sebaliknya, hanya menyediakan tukaran matawang. Perdagangan CFD lebih fleksibel: anda mempunyai pilihan untuk memilih nilainya dengan mengoptimumkan jumlah unit. Forex hanya membenarkan perdagangan dengan saiz lot yang tetap.
CFD lebih banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor perniagaan yang tertentu, seperti penawaran dan permintaan terhadap aset yang diperdagangkan atau trend yang berkaitan dengan syarikat berkenaan. Ia lebih kurang seperti saham: harga saham Tesla jatuh pada selepas pengumuman data pengeluaran kenderaan yang mengecewakan. Forex juga didorong oleh penawaran dan permintaan tetapi sangat dipengaruhi oleh peristiwa global, perubahan politik, dan laporan ekonomi seperti NFP, perubahan kadar faedah bank pusat, perang dagang, dll.
Akhir kata
CFD adalah cara yang terbaik untuk memasuki pasaran tanpa pelaburan awal yang signifikan. Anda perlu ingat tentang perangkap yang terdapat pada leveraj yang besar, tetapi dengan pendekatan yang berhati-hati, CFD dapat menjadi batu loncatan besar bagi kewangan anda. Lihat senarai aset CFD yang tersedia di spesifikasi kontrak.
Undur
2020-05-19
• Dikemaskini