-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
Dealer
Peraih (dealer)
Siapakah itu peraih (dealer)?
Peraih (dealer) adalah individu atau syarikat yang menjual dan membeli sekuriti untuk akaun peribadi mereka. Seperti para pedagang yang lain juga, mereka membeli sekuriti pada harga bid yang lebih rendah dan menjualnya pada harga ask yang lebih tinggi. Namun, untuk para peraih ini adalah sebahagian daripada perniagaan mereka yang biasa. Mereka menetapkan harga ini sendiri walaupun harga pasaran sebenar aset mungkin agak berbeza. Peraih adalah penting untuk pasaran perdagangan kerana mereka menggalakkan kecairannya dan mengekalkan spread antara harga bid dan harga ask agar ia sentiasa terkawal.
Pengawal seliaan Peraih (Dealer)
Disebabkan oleh sifat aktiviti urusniaga, terdapat kemungkinan bahawa sesetengah peraih akan mengambil kesempatan terhadap pedagang dengan menaikkan harga permintaan. Jadi untuk mengelakkan ini daripada berlaku, kebanyakan negara mempunyai agensi pengawal selia peraih, seperti di A.S. Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC).
Peraih vs Broker
Anda boleh menggunakan perkhidmatan kedua-dua pihak untuk membeli atau menjual aset di pasaran perdagangan. Perbezaannya ialah broker tidak membeli sekuriti untuk akaun peribadi mereka. Mereka menguruskan tawaran antara penjual dan pembeli dan mendapat komisen daripada tawaran tersebut.
Peraih, sebaliknya, memperdagangkan sekuriti yang mereka miliki. Mereka meraih keuntungan daripada perbezaan di antara harga bid dan ask. Ini bermakna matlamat mereka ialah menjual sekuriti pada harga yang tinggi. Walaupun begitu, perkhidmatan mereka berguna apabila anda perlu menjual atau membeli sekuriti secepat mungkin.
2022-09-19 • Dikemaskini