Financial Market

Pasaran Kewangan

Dalam ekonomi, pasaran kewangan adalah mekanisma yang membolehkan individu dan entiti untuk membeli dan menjual sekuriti kewangan yang antaranya termasuklah ekuiti, bon, matawang, derivatif dan komoditi serta lain-lain item-item sepiawai bernilai pada kos transaksi yang rendah dan harga yang mencerminkan bekalan dan penawaran. Kedua-dua pasaran am seperti Bursa Saham New York (NYSE) di mana banyak komoditi diperdagangkan, dan pasaran khusus seperti pasaran tukaran Forex, menyaksikan dagangan bernilai trilionan dolar sehari.

MENCERAKINKAN Pasaran Kewangan

Harga saham yang didagangkan di pasaran kewangan boleh berbeza dari nilai intrinsik sekuriti kerana faktor makroekonomi seperti percukaian, dsb. Lebihan lagi, ketelusan maklumat syarikat yang menerbitkannya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas harga sekuriti tersebut.

Pasaran Saham

Sebuah pasaran kewangan yang membolehkan para pelabur untuk membeli dan menjual saham syarikat yang sering didagangkan dipanggil pasaran saham. Perkataan 'saham' bermaksud ekuiti atau pemilikan di dalam sebuah perbadanan. Terdapat dua jenis pasaran saham: pasaran primer, di mana syarikat-syarikat menerbitkan saham untuk masyarakat umum menerusi terbitan awam, dan pasaran sekunder di mana sekuriti sedia ada dijual beli antara sesama para pelabur bergantung kepada berita dan fundamental syarikat yang tersenarai. Pasaran modal sangat cair dan kompleks berbanding lain-lain pasaran kewangan.

Pasaran Atas Kaunter

Pasaran Atas Kaunter (OTC, Over The Counter) adalah pasaran yang terpencar, tidak mempunyai lokasi pusat fizikal, di mana para peserta pasaran berdagang antara satu sama lain menerusi pelbagai modus komunikasi seperti telefon, emel dan sistem perdagangan elektronik persendirian, Pasaran atas kaunter (OTC) dan pasaran tukaran adalah dua cara asas pasaran kewangan diuruskan. Di pasaran OTC, peraih bertindak sebagai penggerak pasaran dengan memberikan sebutharga pada mana mereka akan membeli dan menjual suatu sekuriti atau matawang. Suatu dagangan boleh dilaksanakan antara dua peserta di dalam pasaran OTC tanpa pihak lain ketahui harga pada mana transaksi transaksi itu dilakukan. 

Pasaran Bon

Pasaran Bon adalah pasaran untuk semua jenis bon dan sebuah tempat di mana organisasi pergi untuk mendapatkan pinjaman yang besar. Secara amnya, bila harga saham meningkat, harga bon akan menurun. Terdapat pelbagai jenis bon, termasuk Bon Perbendaharaan, bon korporat, dan bon perbandaran. Satu contoh bon adalah debentur.

Pasaran Wang

Pasaran Wang merujuk kepada pasaran di mana instrumen kewangan yang mempunyai tempoh kematangan jangka pendek didagangkan. Pasaran ini membantu syarikat-syarikat dan juga kerajaan untuk mengatasi kesempitan dari masalah kecairan jangka pendek. Jika seseorang mempunyai lebihan kecairan dalam bentuk tunai maka beliau boleh membeli di pasaran wang dan diwaktu kecairan menghimpit dia boleh menjual sekuriti jangka pendek yang sedang tidak menghasilkan apa-apa kepada syarikat-syarikat dan kerajaan di pasaran wang. Bil perbendaharaan, kertas perdagangan, penerimaan jurubank, deposit, sijil deposit, bil pertukaran adalah sebahagian dari instrumen yang didagangkan di pasaran wang.

Pasaran Derivatif

Derivatif adalah instrumen kewangan yang mendapat nilainya dari nilai aset lain dan justeru nilainya bergantung kepada nilai aset pendasarnya. Derivatif adalah produk paling kompleks dan inovatif dan adalah sebab mengapa munculnya minat yang mencanak-canak terhadap derivatif dan volum transaksi harian pasaran derivatif telah melepasi trilionan dolar. Niaga hadapan, opsyen, swap adalah sebahagian contoh instrumen derivatif yang digunakan di pasaran derivatif.

Pasaran Forex

Pasaran tukaran matawang asing adalah pasaran kewangan terbesar di dunia. Kadar tukaran matawang-matawang diapungkan dan sentiasa didagangkan secara berpasangan. Beroperasi sepanjang hari, pasaran Forex mendagangkan jumlah wang yang amat besar, dijangka sebanyak 5.1 trilion dolar A.S. sehari. Forex adalah pasaran atas kaunter dan terpencar, di mana bisnes dijalankan menerusi telefon, komputer, telefon pintar dsb. Pemain besar pasaran seperti perbadanan, bank-bank komersil, pusat-pusat wang, dana pencen dan firma-firma bank pelaburan menyertai perdagangan Forex bersama-sama dengan para pedagang berpengalaman dan amatur.
Pelbagai pasaran kewangan memainkan pelbagai peranan berbeza dan justeru semuanya adalah penting untuk ekonomi dan negara yang berfungsi dengan lancar.

Undur

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera