Financing

Pembiayaan

Pembiayaan adalah proses yang terkait dengan aktiviti kewangan suatu subjek. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah pelaburan, pembelian sesuatu atau penyediaan dana untuk sesuatu tujuan. Fungsi utama pembiayaan adalah untuk membantu perniagaan atau konsumer mencapai tujuan mereka dengan modal tambahan.

Proses mencapai suatu keputusan kewangan memerlukan keberadaan institusi kewangan, juga dikenali sebagai institusi perbankan. Secara umumnya, institusi-institusi ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

  • Institusi Deposit, yang menguruskan deposit dan menyediakan pinjaman (bank, kesatuan kredit, syarikat amanah, syarikat pinjaman gadai janji);
  • Institusi kontrak (syarikat insuran, dan dana pencen);
  • Institusi pelaburan (bank pelaburan, penaja jamin, dan firma perbrokeran).

Secara amnya, institusi-institusi kewangan memberikan wang kepada perniagaan, konsumer dan pelabur.

Walaupun pembiayaan konsumer mudah difahami kerana anda mungkin menemui perkataan ini dalam kehidupan anda sehari-hari dalam bentuk pinjaman konsumer, pembiayaan perniagaan lebih kompleks kerana ia menggabungkan pelbagai sumber yang boleh diandalkan oleh sesebuah perniagaan. Jenis-jenis sumber kewangan bagi perniagan boleh dibahagi-bahagikan berdasarkan kepada tempoh, pemilikan dan sumber perolehan.

Kita boleh bezakan antara tiga kumpulan sumber kewangan ini berdasarkan kepada tempoh di mana wang ini diperlukan. Sumber dana jangka panjang adalah ekuiti (saham ekuiti), bon (debentur), pinjaman jangka panjang dari institusi kewangan dan kerajaan, dana teroka dan pembiayaan antarabangsa (terbitan euro, pinjaman matawang asing, ADR). Sumber jangka sederhana termasuklah pinjaman jangka sederhana dan pembiayaan pajakan. Sumber jangka pendek adalah pinjaman jangka pendek seperti kredit.

Sumber-sumber pembiayaan boleh dibahagi kepada dua kumpulan berdasarkan pemilikan dan kawalan. Berdasarkan kepada karakteristik ini, ada modal jenis milikan (ekuiti) dan pinjaman (hutang). Selain dari itu, kita juga boleh mengkategorikan sumber-sumber pembiayaan berdasarkan sumber perolehan kepada dalaman dan luaran. Pembiayaan dalaman diperolehi dari dalam perniagaan. Ia termasuklah, sebagai contoh, keuntungan terkumpul dan penjualan aset. Sumber-sumber luaran pula diperolehi dari luar perniagaan.

Berikut kami sediakan penjelasan terperinci sumber-sumber pembiayaan yang paling sering digunakan.

Pembiayaan ekuiti

Pembiayaan ekuiti dilakukan dengan menarik wang masuk ke dalam perniagaan, yang melibatkan penjualan saham syarikat dan melepaskan sebahagian pemilikan syarikat untuk mendapatkan tunai sebagai balasan. Jumlah pembiayaan ekuiti bergantung kepada saiz pelaburan pemilik.

Pembiayaan hutang

Hutang adalah pembiayaan yang perlu dibayar kembali. Isu lain yang berkaitan dengan sumber modal jenis ini adalah pemberi pinjam menetapkan kadar faedah perlu dibayar jika mahukan wang mereka.

Pembiayaan pajakan

Dalam pembiayaan jenis ini, pemilik aset (pemberi pajak) memberikan suatu orang lain (pemajak) hak untuk menggunakan aset untuk suatu bayaran yang berkala, sebagai contoh, secara bulanan. Boleh dikatakan bahawa kenderaan, peralatan, dan perisian adalah aset-aset yang sering dibiayai secara pajakan.

Kerajaan juga terlibat secara mendalam dengan proses pembiayaan dengan menstrukturkan semula bajet kerajaan. Struktur kerajaan sering menangani situasi di mana mereka membelanjakan lebih banyak wang dari yang diterima sebagai hasil dengan meminjam dana baru. Situasi ini dipanggil pembiayaan defisit.

Undur

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera