Trader

Pedagang

Pedagang adalah seseorang yang membeli dan menjual aset-aset kewangan di dalam sebarang pasaran kewangan dengan matlamat hendak mendapatkan manfaat dari operasi-operasi dagangan. Seorang pedagang berbeza dari seorang pelabur dari segi ufuk masa kerana seorang pedagang memegang suatu aset untuk jangka masa pendek dan cenderung untuk mengambil kesempatan dari trend jangka pendek.

MENCERAKINKAN Pedagang

Para pedagang adalah, sama ada profesional yang berkerja dengan institusi kewangan atau sebuah badan korporat secara gaji atau bonus yang persetujui secara kontrak, atau individu yang berkerja sendiri. Mereka membeli dan menjual instrumen kewangan yang didagangkan di pasaran saham, pasaran derivatif dan pasaran komoditi, termasuklah di bursa saham, bursa derivatif dan bursa komoditi. Ramai pelabur yang baru dalam pasaran Forex dengan harapan untuk cepat kaya. Malangnya, sebahagian besar dari individu ini gagal untuk menghasilkan keuntungan signifikan dan malah kerugian kerana tidak mempunyai strategi perdagangan yang jelas untuk disuaikan dengan personaliti dan matlamat perdagangan mereka. Bagaimana pun peningkatan bilangan broker diskaun yang kompetetif menjadikan kos bukan lagi satu isu utama, dan platform perdagangan elektronik telah mengecilkan spread di pasaran tukaran matawang asing. Satu lagi halangan yang boleh merintangi perjalanan seorang pedagang menuju kejayaan adalah polisi percukaian yang berat ke atas laba modal di Amerika Syarikat.

Institusi vs. Akaun Sendiri

Pemain terbesar di pasaran Forex adalah insitusi-institusi, atau para pedagang institusi, dan para pelabur. Wang institusi membentuk majoriti dari perdagangan Forex, dianggarkan sekitar 94.5% dari volum pasaran. Institusi kewangan besar cenderung untuk menyediakan persekitaran perdagangan untuk para pedagang mereka membeli dan menjual pelbagai jenis produk bagi pihak syarikat. Setiap pedagang diberi secara kontrak suatu had bagi posisi yang mereka boleh ambil, tempoh matang maksimum posisi tersebut dan seberapa banyak kerugian semasa yang boleh ditanggung sebelum posisi itu mesti ditutup. Dalam kes ini, syarikat menanggung risiko yang ada dan mengambil sebahagian besar dari keuntungan, sementara pedagang pula menerima gaji dan bonus. Kebanyakan para pedagang individu mempunyai akaun sendiri dan berdagang dari pejabat rumah, menggunakan broker diskaun dan platform dagangan elektronik. Had mereka bergantung kepada tunai dan kredit mereka sendiri dan semua keuntungan masuk ke kantung sendiri.

Broker Diskaun

Sebuah broker saham, individu atau sebuah syarikat yang melaksanakan dagangan pada harga lebih rendah dari harga broker servis penuh tetapi tidak memberikan nasihat pelaburan dipanggil Broker Diskaun. Sebelum ini, bila internet tidak tersedia untuk semua orang, hanya pedagang-pedagang kaya mampu menggunakan perkhidmatan broker dan menyertai perdagangan matawang di pasaran saham. Bagaimana pun, berkerja menggunakan broker diskaun boleh memberikan akses pelaburan yang lebih murah. Ini boleh membawa kepada keputusan yang lebih baik dan untung yang lebih besar. Dalam masa yang sama, para pelabur tidak boleh mendapatkan perkhidmatan yang terperinci seperti yang boleh didapatkan dari broker perkhidmatan penuh. Banyak broker diskaun yang menawarkan akaun margin, yang membolehkan pelanggan menggunakan leveraj untuk pembelian sekuriti. Ini bermakna pemegang akaun boleh membuat pinjaman dari broker untuk membuat pelaburan.

Platform Perdagangan Matawang Asing Elektronik

Sebuah platform perdagangan, juga dikenali sebagai platform perdagangan atas talian, atau platform perdagangan elektronik, adalah program perisian komputer yang digunakan untuk memadankan pembeli dan penjual matawang pada waktu singkat dan melaksanakan transaksi di dalam pasaran kewangan. Platform Forex membolehkan para pedagang untuk mendaftar ke dunia perdagangan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan institusi-institusi kewangan. Perisian jenis sebegini membolehkan individu membuat pesanan untuk pelbagai pelaburan menerusi perantaraan kewangan seperti bank, broker atau bursa.

Cukai Laba Modal Jangka Pendek

Cukai laba modal jangka pendek mempunyai kekurangna besar kerana ia dicukai pada kadar cukai pendapatan biasa. Sementara laba modal jangka panjang untuk kebanyakan item adalah dicukai pada kadar 0%, 15% atau 20% tetapi memerlukan instrumen dipegang untuk tempoh minimum setahun.

Undur

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera