Pedagang Ke-15 Juta!
Kenali pedagang jubli ke-15 juta FBS yang bertuah – Wanchalerm Champan. Ini bukan kisah dongeng, namun beliau boleh minta apa sahaja dari kami! Dan kami telah menjadikan impian beliau satu kenyataan – beliau telah mendapat sebuah iPhone 11.
Pelanggan khas kami ini tinggal di Thailand dan bekerja di Fasco, syarikat yang menghasilkan motor untuk pasaran eksport. Beliau seorang jurutera QA yang bertanggungjawab untuk pemeriksaan kualiti. Pekerjaan ini stabil dan bergaji tetap, namun beliau mencari sumber pendapatan tambahan.
Sebagai orang yang bercita-cita tinggi, Wanchalerm Champan selalu mencari jalan lain untuk meraih pendapatan tambahan. Oleh itu, suatu hari dia melayari Facebook dan menemui laman FB kami yang akhirnya membawanya ke laman web kami.
Beliau sama sekali tidak tahu mengenai Forex tetapi banyak mendengar mengenai pelaburan dan peluang yang boleh ditawarkan oleh pasaran kewangan. Dan beliau langsung tidak menyangka bahawa beliau akan menjadi pelanggan kami yang ke-15 juta.
Kini Wanchalerm Champion adalah seorang pemula baru dalam dunia perdagangan. Beliau menanggapi permulaan baru ini dengan berhati-hati. Jadi, sebelum mula berdagang, dia akan belajar. Nasib baik, bahagian "Analitik & Pendidikan" memberikan maklumat yang mencukupi mengenai Forex, termasuk webinar, pelajaran video, tips untuk pedagang, buku panduan, dan blog dengan artikel-artikel yang membuatkan topik yang rumit menjadi mudah.
Terima kasih kerana memilih kami! Jalan perdagangan yang panjang terbentang di hadapan Wanchalerm Champan. Kami mendoakan kejayaan beliau!