Gerabak Manisan Elektrik Untuk Pemenang Dreams Come True
Perwakilan FBS telah bertemu dengan En. Safwan Alkayem untuk menceriakan beliau dengan hadiah yang istimewa – gerabak manisan elektrik, yang beliau menangi dalam promo “Dreams Come True” bulan Disember.
En. Alkayem ialah seorang bapa beranak tiga dan seorang jurujual – beliau menjual biskut dan gula-gula kapas untuk kanak-kanak di jalanan sejak beliau berhijrah ke Turki dari Syria sebagai pelarian. Beliau pernah membawa manisan beliau dengan gerabak tolak manual, yang mana ia satu pekerjaan yang berat dan membuatkan proses menjadi perlahan.
“Saya punyai satu impian – untuk mempunyai sebuah gerabak elektrik supaya mudah untuk saya berjualan di mana-mana, dan syukur kepada Tuhan, FBS telah menjadikan impian ini satu kenyataan dan memberikan saya sebuah gerabak elektrik," kata pemenang.
Kini, En. Safwan Alkayem tersenyum menikmati gerabak elektrik baru beliau, dan begitulah juga dengan kanak-kanak di kejiranan beliau.
Pemenang kita mengakui bahawa beliau sudah pun pernah mencuba Trade 100 Bonus dari FBS dan mahu teruskan berdagang selepas beliau dapat mengumpulkan modal yang mencukupi untuk dilaburkan. Tidak syak lagi, gerabak baru beliau yang laju ini akan membantu beliau mengumpulkan modal dengan cepat sekali.
Kami berharap agar masa depan akan menjadi cerah dan penuh harapan buat En. Alkayem dan keluarga beliau. Tahniah!