Bekalan Persekolahan Untuk Kanak-kanak Laos

Bekalan Persekolahan Untuk Kanak-kanak Laos

FBS amat prihatin tentang pancaroba kehidupan di dunia ini. Kami melaburkan sumber dan dana pada misi sosial kami dan bersyukur berpeluang untuk merubah keadaan hidup insan-insan kurang bernasib baik menjadi lebih baik lagi. 

Sekolah Rendah Nongpor terletak di sebuah kota pedalaman yang indah di wilayah Vientiane, Laos. Ia satu-satunya prasarana pendidikan untuk kanak-kanak tempatan. Walaupun ia sudah dibincangkan secara hebat oleh kerajaan, pendidikan di Laos masih jauh ketinggalan di kalangan negara-negara ASEAN. 

Sekolah di Vientiane ini berhadapan dengan masalah yang besar. Ia kekurangan serba-serbi, mulai dari pembiayaan kewangan sehinggalah kepada keperluan asas seperti buku, pen, buku tulis, pensil, dan kertas. Selain dari itu lokasi sekolah juga bermasalah, kanak-kanak perlu berjalan jauh dari desa mereka untuk ke sekolah. Bila musim tengkujuh tiba – perjalanan ke sekolah bukan sahaja mencabar fizikal tetapi ia juga merbahaya. Bila banjir melanda seperti di bulan September, kanak-kanak ini langsung tidak dapat bersekolah! 

Pada bulan Oktober, pasukan FBS melawat tempat ini. Kami amat kagum sekali betapa terbuka dan intrik minda pelajar-pelajar cilik ini. Kami telah bermula dari yang sekecil-kecilnya. FBS telah menaja bekalan kelengkapan persekolahan seperti buku-buku, alatulis, uniform yang kemas, dan alat-alat sukan. Kami tidak dapat menahan diri dari membelanja mereka jajan dan manisan. Kami seterusnya meluangkan masa berseronok bermain bersama mereka. Senyuman dan semangat yang kami terima dari personaliti-personaliti kecil ini tidak ternilai sama sekali!

Walaupun trip ini sangat menginspirasikan, kami faham bahawa jutaan orang di seluruh dunia masih lagi berjuang untuk hak asasi, makanan, pendidikan, dan tempat tinggal. FBS akan meneruskan kerja-kerja kebajikan untuk membantu, meniupkan semangat, dan memberikan harapan!  

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera