Strategi scalping yang mudah

Strategi scalping yang mudah

2023-05-09 • Dikemaskini

Scalping mungkin kelihatan seperti satu perkataan yang menakutkan bagi kebanyakan orang. Pedagang pula, menemui banyak peluang yang tersembunyi di sebalik maknanya. Dalam perdagangan, anda tidak perlu melakukan apa-apa dengan kulit kepala manusia. Sebaliknya, anda "memarut" beberapa poin dari perubahan-perubahan kecil pada harga. Dalam kesusasteraan, scalping ditakrifkan sebagai gaya perdagangan jangka pendek yang membantu mengambil kesempatan daripada perubahan kecil harga sekerap yang mungkin dalam sehari. Pakar mengkategorikan scalping sebagai pendekatan perdagangan yang berisiko, yang memerlukan anda memantau carta sepanjang hari. Oleh itu, seorang scalper mesti mempunyai jiwa yang kental dan mengikuti perkembangan pasaran dengan berhati-hati. Adalah penting untuk mengetahui petua tentang pengurusan risiko dan meletakkan aras kemasukan dan renti rugi dengan betul. Seorang pemula yang terlalu yakin dengan diri sendiri dalam scalping mungkin berakhir rugi jika beliau tidak mempunyai algoritma untuk memasuki pasaran. Hari ini, kami akan membantu anda dalam permasalahan ini dan berkongsi beberapa strategi scalping yang berkesan.

Kebergunaan strategi scalping

Sejauh manakah strategi scalping forex mampu membantu? Pertama sekali, kebanyakan daripadanya mempunyai peraturan masuk dan keluar yang ketat, peraturan pengurusan dana, instrumen perdagangan, dan rangka masa. Oleh itu, jika strategi sudah teruji dan pedagang mengikut algoritma dengan tepat, mereka mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya. Kedua, scalping membantu mendapatkan hasil yang cepat dalam tempoh yang singkat. Jika seorang pedagang merasakan mereka tidak cukup sabar untuk berdagang pada rangka masa yang lebih tinggi, scalping adalah padang permainan yang sesuai untuk mereka. Ketiga, scalping membantu meminimumkan risiko semalaman kerana semua urusniaga perdagangan harus ditutup dalam sehari. Akhirnya, scalping melatih kekentalan jiwa pedagang! Jika mereka mempunyai pengalaman dalam scalping, mereka akan belajar bagaimana untuk kekal fokus pada modal mereka. Dengan cara ini, mereka akan terus berdagang dengan kepala yang dingin walaupun ada sesuatu yang tidak kena.

Bagaimanakah scalping berfungsi dalam perdagangan?

Terdapat tiga elemen penting yang diperlukan oleh mana-mana strategi scalping. Ia adalah analisis teknikal, kelajuan perdagangan, dan perdagangan yang konsisten. Konsep asas dalam scalping adalah untuk dagangkan aset yang cair dengan spread yang tipis beberapa kali dalam sehari. Pedagang menumpukan perhatian sepenuhnya kepada carta dan menangkap pergerakan-pergerakan kecil dalam pasaran. Oleh kerana perubahan kecil harga berlaku secara kerap, scalper tidak pernah berehat dari membuat keputusan perdagangan mereka.

Para pedagang mempunyai pelbagai pendekatan yang berbeza untuk perdagangan scalping, bukan sekadar "beli rendah, jual tinggi." Salah satu yang paling terkenal dipanggil perdagangan impuls (impulse trading). Apabila pedagang mengikut suatu impuls, mereka menunggu pencetus menggerakkan aset. Ia boleh berbentuk berita politik atau ekonomi dan peristiwa-peristiwa lain yang boleh menggoncang pasaran. Scalper sentiasa memantau hal-hal yang berpotensi memacu pasaran dan menyemak kalendar ekonomi terlebih dahulu. Matlamat utama pedagang adalah untuk menangkap pergerakan yang signifikan dalam pasaran dan menutup posisi mereka selepas momentum memudar.

Jenis scalping yang kedua adalah berdasarkan kedalaman pasaran (market depth) yang menunjukkan ketidakseimbangan antara permintaan dan penawaran. Tidak seperti kaedah scalping yang lain, kaedah ini tidak memerlukan penggunaan carta atau indikator. Seorang scalper hanya perlu memantau harga bid dan ask dalam tetingkap kedalaman pasaran. Dengan menganalisis bilangan pesanan, mereka meramalkan kelajuan perubahan keseimbangan antara bekalan dan permintaan dan meramalkan arah harga. Perlu dinyatakan di sini bahawa gaya perdagangan ini sesuai untuk perdagangan saham, bukan Forex. Memandangkan pasaran Forex adalah sangat cair, hampir mustahil untuk mengumpulkan semua data tentang pesanan.

Kadangkala scalper menggabungkan perdagangan impuls dengan analisis kedalaman pasaran. Kelemahan sistem ini ialah ia lebih banyak memakan masa.

Perdagangan julat (range trading) ialah satu lagi pendekatan yang ada untuk scalping bila mana scalper menjejak harga dalam julat yang telah ditetapkan.

Terdapat juga pendekatan yang digunakan secara meluas di kalangan pedagang crypto. Ia dipanggil arbitraj. Pedagang mendapat manfaat daripada perbezaan harga dengan membeli dan menjual aset yang sama di pasaran yang berbeza.

Pelbagai sumber juga mengklasifikasikan scalping berdasarkan kelajuan berurusniaga. Terdapat scalping berfrekuensi tinggi, scalping jangka sederhana, dan scalping konservatif.

Scalping berfrekuensi tinggi biasanya dilaksanakan menerusi robot perdagangan atau expert advisor kerana posisi itu aktif (terbuka) tidak lebih daripada satu minit. Scalping jangka sederhana merujuk kepada strategi perdagangan aktif dengan 5-10 minit setiap urusniaga perdagangan, manakala scalping konservatif merujuk kepada 30 minit setiap perdagangan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, scalping adalah gaya perdagangan yang berisiko. Adakah ia lebih sukar daripada perdagangan intrahari? Mari kita bandingkan dua gaya perdagangan!

Scalping vs. strategi perdagangan intrahari

Scalping dan perdagangan intrahari berkongsi beberapa ciri. Kedua-dua gaya perdagangan memerlukan pedagang menutup posisi dalam satu hari yang sama. Walau bagaimanapun, pedagang intrahari biasanya berdagang pada rangka masa H1-H4 dengan kelajuan yang purata. Pedagang intrahari juga cuba mengikuti arah trend jangka panjang dan mengimbangi risiko mereka. Biasanya, pedagang intrahari hanya mempunyai bilangan urusniaga harian yang kecil.

Sebaliknya, scalper memberi tumpuan terutamanya pada rangka masa M1-M15 dan berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi dan saiz urusniaga yang lebih besar. Mereka boleh membuka puluhan atau ratusan urusniaga dalam masa sehari.

 

Scalping

Intrahari

Jenis Akaun

 ECN, Standard

 Standard, Micro, Cent

Rangka masa

 M1-M30

 H1-H4

Kelajuan

 10-100 urusniaga/hari

 1-5 urusniaga/hari

Risiko

 Tinggi

 Sederhana

Saiz urusniaga

 Besar

 Berlandaskan risiko

Untuk rangkuman, mari kita lihat senarai semak (checklist) untuk scalper.

Senarai semak scalper:

  • berdagang pada rangka masa kecil (M1, M5, M15);
  • suka risiko dan bersedia untuk menumpukan semua masa anda untuk berdagang;
  • berdagang semasa pasaran meruap-ruap/sibuk;
  • suka mempunyai saiz posisi yang besar untuk mendapatkan lebih banyak pulangan daripada urusniaga jangka pendek.

Jika anda menjawab "ya" kepada lebih daripada dua perkara di atas, anda adalah seorang scalper sejati! Bagi mereka yang menjawab "ya" cuma sekali sahaja – anda mungkin sedang mempertimbangkan pendekatan ini buat masa ini. Namun begitu, strategi perdagangan forex yang akan kami terangkan di bawah boleh diakses dan difahami. Kami percaya sesiapa sahaja dari kalangan anda boleh mencubanya dan melihat sejauh mana keberkesanannya.

1 strategi - Strategi Scalping 5 Minit

Elemen penting:

  • Rangka masa: H1, M5.
  • Pasangan matawang: yang cair dengan spread yang tipis (EURUSD, GBPUSD, USDCHF, USDJPY).
  • Indikator: EMA 8 dan 21.

Algoritma senario "beli".

  1. Pertama, kita perlu mengesahkan bahawa trend sedang naik. Untuk berbuat demikian, kita membuka carta H1 dan memasukkan EMA 8 dan 21. Untuk melakukan itu, buka Metatrader dan klik pada "Insert" – "Indicators" – "Trend" – "Moving Average."
  2. Untuk senario "beli", kita perlu melihat uptrend. Untuk mengesahkan trend ini, EMA 8 tempoh hendaklah berada di atas EMA 21 tempoh. Purata bergerak tidak boleh bersilang antara satu sama lain.
  3. Sekarang kita pergi ke M5.
  4. Kita tunggu sehingga candlestick menyentuh EMA 8 tempoh di bahagian bawahnya. Ini adalah pencetus (trigger) kita.
  5. Kita perlu mencari candlestick yang tertinggi di antara lima yang muncul sebelum bar pencetus (trigger bar).
  6. Pesanan beli diletakkan pada paras tertinggi candlestick ini. Renti rugi bersamaan dengan paras terendah bar pencetus.
  7. Kami meletakkan Ambilan Untung pertama pada jarak yang sama dengan jarak antara titik kemasukan dan Renti Rugi. Jika trend kekal kukuh di H1 dan kita cukup yakin, kita boleh menggandakan ganjaran kita dan menutup posisi pada jarak dua kali lebih besar daripada jarak antara kemasukan dan renti rugi.

Mari kita lihat carta USDJPY sebagai contoh. Pada carta H1, kita dapat melihat bahawa harga bergerak dalam uptrend. Purata bergerak eksponen (EMA) 8 tempoh bergerak di atas EMA 21 tempoh.

Сhart of USDJPY, H1 for buy scenario.png

Kita beralih ke carta M5 dan menunggu candlestick untuk menguji EMA 8 tempoh dengan bayang bawahnya. Apabila candlestick pencetus terbentuk, kita mengira lima candlestick daripada candlestick pencetus dan memilih candlestick yang mempunyai paras tinggi yang tertinggi. Kita membuka posisi beli di 150.286. Kami meletakkan pesanan "buy stop" pada paras tertinggi candlestick yang tertinggi. Renti rugi diletakkan pada paras rendah bar pencetus di 150.271, manakala aras ambilan untung diletakkan di:

149.783-149.748=0.035

TP1 = 149.783+0.035=149.818

TP2 = 149.818+0.035=149.853

 Сhart USDJPY, M5 untuk senario belian.png

Di carta di bawah, anda boleh melihat bagaimana kesudahan perdagangan ini.

Carta USDJPY, perdagangan beli lengkap.png

Algoritma senario "Jual".

Kini, mari kita lihat langkah-langkah untuk membuka posisi short.

  1. Di H1, EMA 8 tempoh hendaklah berada di bawah EMA 21 tempoh. Ia mengesahkan downtrend. Ingat, seperti dalam senario "beli" purata bergerak tidak boleh bersilang antara satu sama lain.
  2. Kita alihkan perhatian kita kepada carta M5.
  3. Kita nantikan sehingga bahagian tertinggi candlestick menyentuh EMA 8 tempoh. Ini adalah pencetus (trigger) kita.
  4. Kita perlu mencari candlestick yang terendah di antara lima yang muncul sebelum bar pencetus.
  5. Pesanan jual diletakkan pada paras terendah candlestick ini. Renti rugi ditetapkan pada bahagian atas bar pencetus.
  6. Ambilan untung pertama sama dengan saiz renti rugi kita. Yang kedua adalah dua kali lebih besar daripada jarak antara kemasukan dan renti rugi.

Pada carta H1 EURUSD, kami mendapati bahawa pasangan itu bergerak dalam downtrend. EMA 8 tempoh bergerak di bawah EMA 21 tempoh.

Сhart EURUSD, H1 untuk senario jualan.png

Kita buka carta M5 dan nantikan bar pencetus. Selepas ia muncul, kami mengira lima candlestick daripada candlestick pencetus dan memilih candlestick yang mempunyai harga rendah yang terendah. Ini adalah pesanan jual kita, yang terletak di 0.97525. Renti rugi diletakkan pada paras tertinggi bar pencetus di 0.97661. Tahap ambilan untung dikira seperti berikut:

0.97661-0.97525=0.00136

TP1 = 0.97661-0.00136=0.97389

TP2 = 0.97389-0.00136=0.97253

Сhart EURUSD, M5 untuk senario jualan.png

Mari kita tinjau urusniaga jual.

Сhart EURUSD, lengkapkan perdagangan jual.png

Semuanya berfungsi dengan sempurna!

2 strategi - Scalping Emas

Strategi yang kedua ini adalah untuk mereka yang suka berdagang emas dan ingin belajar cara-cara scalping dengan logam berharga. Perlu diingat bahawa ia menuntut perhatian penuh anda pada carta.

Elemen penting:

  • Rangka masa: M1
  • Aset: emas, perak
  • Indikator: Williams’ Percent Range: Fast (9) dan Slow (54) dengan tempoh 30 dan 70.

Algoritma senario "beli".

Anda perlu membeli apabila kedua-dua osilator pantas dan perlahan tembus ke atas melepasi -30. Tutup posisi anda apabila osilator pantas (9) meninggalkan zon tersebut. Renti rugi diletakkan beberapa poin di bawah aras sokongan berdekatan.

Algoritma senario "jual".

Apabila anda mempertimbangkan untuk membuka posisi jual, anda perlu menjual apabila kedua-dua osilator perlahan dan pantas tembus ke bawah melepasi -70 dan ditutup apabila yang osilator pantas meninggalkan zon tersebut. Renti rugi diletakkan beberapa poin di atas aras rintangan berdekatan.

Di bawah anda boleh melihat contoh pesanan long. Kami membuka posisi apabila kedua-dua osilator perlahan dan pantas berada di atas aras -30 di 1621.16 dan ditutup pada 1625.59, apabila osilator pantas melepasi aras -30 ke bahagian bawah. Aras 1619 adalah lokasi renti rugi kami.

Сhart XAUUSD, M1 untuk senario belian.png

Kebaikan dan keburukan scalping

Seperti mana-mana gaya perdagangan, scalping mempunyai kelebihan dan kekurangan. Itu bagus jika anda memahaminya: dengan cara ini, anda akan mengambil berat sepenuhnya tentang risiko yang mungkin anda hadapi.

Kebaikan scalping

  • Keberuntungan.
  • Peluang untuk mengambil kesempatan daripada perubahan kecil harga.
  • Fleksibiliti dalam membuat keputusan.
  • Risiko pasaran yang rendah.
  • Strategi tidak bergantung pada arah pasaran (non-directional)
  • Ia boleh diautomasikan dengan mudah.

Keburukan scalping

  • Kos transaksi yang tinggi.
  • Memerlukan leveraj yang besar.
  • Mengambil masa.
  • Perlu membuat banyak transaksi setiap hari.

 

Soalan Mengenai Scalping Dalam Perdagangan

Adakah Scalping Dibenarkan Dalam Perdagangan?

Scalping dalam perdagangan adalah dibenarkan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sesetengah broker mungkin tidak membenarkannya kerana meletakkan bilangan urusniaga yang tinggi dalam tempoh yang singkat boleh memberi tekanan ke atas sistem broker. Sesetengah jurisdiksi melarang scalping, jadi ini satu lagi perkara yang harus scalper berikan perhatian bila memilih broker. FBS menawarkan akses kepada platform ECN (Rangkaian Komunikasi Elektronik) menerusi akaun ECN. FBS mengalu-alukan scalper dan bersedia untuk memberikan kelajuan transaksi yang pantas, fi yang lebih rendah, tiada had maksimum bilangan urusniaga bagi posisi yang terbuka dan pesanan belum selesai, dan banyak pembekal kecairan. Mekanisme ECN adalah telus dan memberikan broker maklumat harga yang komprehensif, yang membantu mencegah manipulasi.

Adakah Perdagangan Scalping Menguntungkan?

Scalping boleh membawakan hasil yang baik jika pedagang mematuhi algoritma strategi perdagangan dengan ketat dan memastikan keuntungan anda dapat menyaingi kos-kos anda. Adalah penting untuk melakukan ujian silam (backtest) ke atas strategi perdagangan yang anda ingin gunakan untuk scalping sebelum mencubanya dalam persekitaran pasaran sebenar.

Bagaimana Cara Untuk Mula Mengamalkan Scalping Dalam Perdagangan?

Untuk mula berdagang dengan pendekatan scalping di FBS, seorang pedagang perlu melakukan empat langkah mudah. Pertama, mereka perlu memilih akaun. Untuk scalping, anda disyorkan untuk memilih akaun ECN yang tersedia di platform MT4. Selepas itu, pedagang perlu memilih strategi perdagangan scalping yang sesuai atau membina sistem perdagangan mereka sendiri. Strategi scalping 5 minit adalah bagus jika pedagang ingin menguji scalping. Dalam langkah ketiga, adalah penting untuk mengira saiz urusniaga. Akhir sekali, pedagang mesti memilih instrumen, menetapkan rangka masa dan menyemak berita, yang boleh mempengaruhi setup mereka. Semoga berjaya!

Baca lebih lanjut

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera