Bagaimana cara membuat wang sewaktu ekonomi meleset?

Bagaimana cara membuat wang sewaktu ekonomi meleset?

Bila pasaran jatuh, biasanya kebanyakan pelabur mula berfikir bagaimana mereka boleh membuat keuntungan darinya dan di mana mereka harus melaburkan wang mereka. Tentu sekali, kemelesetan meningkatkan perasaan negatif kerana ia sentiasa seiringan dengan masalah ekonomi seperti pengangguran yang tinggi, pemotongan gaji, dan kelembapan aktiviti ekonomi. Kesannya, harga kebanyakan aset jatuh dengan signifikan dan semua orang jadi keliru. Anda mungkin berfikir bahawa ia waktu paling buruk untuk pelaburan dan membuat kesilapan. Peluang untuk memilih yang baik-baik di pasaran sentiasa ada pada setiap masa.

Gunakan peluang-peluang baru.

Jangan lihat dunia dengan pandangan naif hitam dan putih. Kebenarannya: selepas setiap kemelesetan, pasti akan ada kebangkitan semula. Natijahnya, para pelabur yang bijak tahu sebarang kejatuhan pasaran mampu menawarkan peluang untuk mengembangkan modal. Pertama, anda perlukan modal yang mencukupi. Orang yang bijak sentiasa menyisihkan sedikit wang untuk pelaburan – dan melakukannya dengan kerap dan berkala untuk bersedia bertindak bila peluang memunculkan diri. Kedua, anda boleh beli aset yang terkurang nilai (underpriced) yang akan meningkatkan kadar pulangan anda dalam jangka masa panjang. Akhir sekali, anda boleh melabur pada aset-aset yang berpotensi tinggi. Sebagai contoh, saham-saham e-dagang, penghantaran, storan awan, dan farmaseutikal telah meningkat sewaktu krisis baru-baru ini disebabkan oleh perintah duduk di rumah. Semak berita terkini saham di mana kami ada membuat liputan tentang syarikat-syarikat paling berpotensi yang anda boleh dagangkan di FBS. Sebagai tambahan, pakar-pakar strategi telah membangunkan beberapa petua untuk meriah keuntungan ketika ekonomi merosot dan ia seperti yang berikut.

Berpegang teguh kepada Dollar-Cost Averaging (DCA)

Idea di sebalik konsep ini agak mudah: sama ada laburkan dana secara sistematik sebanyak suatu amaun malar atau dapatkan satu bilangan malar unit saham setiap suatu selang masa yang telah ditentukan awal-awal lagi. Dalam perkataan lain, anda membeli amaun-amaun kecil untuk tempoh masa yang panjang, bukannya meletakkan suatu jumlah yang besar pada satu masa. Ia amat membantu bagi para pelabur yang kurang berpengalaman kerana ia menghalang emosi mempengaruhi keputusan anda, justeru mengurangkan risiko. Pengurusan wang dan risiko semakin penting di waktu pasaran merudum. Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Putuskan seberapa banyak wang yang anda mampu laburkan secara konsisten bagi suatu tempoh masa yang lama.
  2. Pilih satu aset atau kumpulan aset yang anda mahu dagangkan untuk jangka masa panjang.
  3. Labur pada aset yang dipilih secara berkala.

Jelas sekali, pendekatan seperti ini memerlukan disiplin dan pengurusan diri yang baik. Anda perlu konsisten. Pastikan anda rangka sistem yang berkesan untuk anda: gunakan sistem peringatan automatik (automatic reminder) atau capai persetujuan dengan seorang rakan untuk saling mengingatkan.

Imbang semula portfolio anda

Walaupun pada satu ketika portfolio anda tampak sempurna, itu tidak bererti ia akan terus sempurna sepanjang masa. Pasaran berubah dan begitu juga dengan pelaburan anda. Jadi, ingatlah untuk imbang semula portfolio anda dari masa ke semasa. Proses ini melibatkan pembelian atau penjualan aset secara berkala untuk menjaga tahap agihan aset atau agihan risiko yang dimahukan. Cara terbaik untuk mengurangkan risiko dan dalam masa yang sama memaksimumkan pulangan adalah untuk mempelbagaikan (diversify) portfolio. Sebagai contoh, anda memutuskan bahawa portfolio anda akan mengandungi 50% saham dan 50% bon (pilihan yang bijak dan seimbang). Pemberat untuk saham boleh dikurangkan sewaktu kemelesetan.. Apa yang pelabur harus lakukan? Jual bond dan beli saham untuk kembali kepada agihan sasaran asal anda. Bila ekonomi mulai pulih, saham akan meningkatkan nilai portfolio anda.

Labur sebelum dan sewaktu kemelesetan

Sesungguhnya, ada banyak aset kewangan yang mempunyai karakteristik berbeza. Kombinasi aset-aset ini, jika dilakukan dengan bijak, akan membawa anda ke arah kejayaan. Ingat bahawa pasaran saham adalah mekanisme yang sentiasa memandang ke hadapan dan laporan ekonomi pula melihat ke belakang. Kesannya, saham biasanya jatuh sebelum kemelesetan dan pulih hampir setiap kalinya sebelum keadaan diumum pulih secara rasmi. Emas, sebaliknya pula, cenderung untuk meningkat di waktu ketidaktentuan pasaran dan jatuh sewaktu ekonomi berkembang baik. Matawang perlindungan juga cenderung untuk melompat bila sentimen di pasaran cuba mengelak risiko.

Jadi seorang pedagang

Pelaburan adalah mengenai masa depan Ia pastinya suatu aktiviti kewangan yang penting, tetapi ia bukan satu-satunya yang ada. Berdagang salah satu cara untuk meraih keuntungan dari gerakan jangka pendek pasaran dan ada banyak gerakan sebegitu sewaktu kemelesetan ekonomi. Bercakap tentang saham, perdagangan membolehkan keuntungan diraih dari kenaikan dan juga penurunan. Ada saham yang jatuh? CFD membolehkan anda meraih manfaat dari urusniaga jual. Berita baik atau berita buruk – tiada bezanya: analisa carta, baca laporan berita, dan teruskan. Manakala untuk pasangan matawang, bila suatu matawang menguat, matawang satu lagi akan menurun. Anda hanya perlu menentukan apakah trend yang sedang berlangsung – bullish atau bearish – dan sertainya. Kemelesetan ekonomi tidak menjadikan suatu masa itu tidak sesuai untuk menjadi seorang pedagang. Ia malah sebaliknya, ia mencipta peluang yang baik untuk membuat keuntungan.

BERDAGANG SEKARANG

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera