1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Kuasa Paper Trading: Pendekatan Simulasi Untuk Menguasai Pasaran
2023-09-08 • Dikemaskini

Kuasa Paper Trading: Pendekatan Simulasi Untuk Menguasai Pasaran

cover.png

Perdagangan di pasaran kewangan adalah sesuatu yang mencabar dan merumitkan. Anda perlu menguasai pelbagai alatan dan teknik. Pedagang yang kurang berpengalaman berkemungkinan menghadapi kesukaran semasa mula-mula bergiat dalam live trading, termasuk pelaksanaan urusniaga, pengurusan risiko, pembangunan strategi dan pengawalan emosi. Menangani isu-isu ini di bawah tekanan akibat pasaran yang sentiasa berubah semasa perdagangan nyata adalah sesuatu yang mahal dan meresahkan. Pedagang yang berpengalaman tidak terkecuali: mereka juga mengalami risiko kerugian yang tinggi semasa menguji idea baharu dengan akaun perdagangan sebenar.

Mujurnya terdapat satu penyelesaian yang menyediakan persekitaran bebas risiko kepada pedagang untuk menguji strategi dan meningkatkan kemahiran perdagangan mereka: "paper trading".

Artikel ini menerokai konsep perdagangan maya dan peranannya dalam dunia kewangan. Pedagang baharu mahupun profesional patut memahami tentang paper trading dan menggunakan mekanisme unik ini untuk meraih kejayaan.

Apakah itu Paper Trading?

Paper Trading ialah perdagangan simulasi yang membantu anda mempelajari selok-belok pasaran, menguji strategi perdagangan dan membina keyakinan tanpa merisikokan wang sebenar. Istilah "paper trading" merujuk pada pencatatan data di atas kertas sementara pedagang membina strategi dan mengasah kemahiran perdagangan mereka.

Tidak perlu untuk menyimpan rekod pelbagai karakteristik dan tindakan penting menggunakan pen dan kertas sebenar. Pada zaman ini, ramai broker menawarkan akaun paper trading kepada pelanggan mereka atau lebih dikenali sebagai akaun perdagangan demo untuk menguji idea-idea perdagangan mereka dalam persekitaran yang bebas risiko sebelum melangkah masuk ke pasaran sebenar dengan wang sebenar.

Paper trading sangat berkesan bagi kedua-dua pedagang newbie dan pedagang yang berpengalaman. Amalan berdagang secara olok-olok ini membolehkan anda mengkaji aset yang anda mahu dagangkan, platform perdagangan yang anda mahu gunakan dan strategi yang anda mahu laksanakan.

Mengapa saya patut menggunakan paper trading?

Pedagang dari setiap peringkat boleh meraih manfaat dengan mempertimbangkan perdagangan maya atas beberapa sebab:

Cara yang selamat untuk menguji strategi yang dipilih dan mempelajari mekanisme pelaksanaan urusniaga

Paper trading membolehkan pedagang bertindak tanpa perlu risau tentang liabiliti kewangan sekiranya berlaku kerugian semasa berdagang dengan wang maya. Oleh demikian, pedagang boleh memberi tumpuan pada prestasi perdagangan mereka, termasuk keberkesanan strategi dan mengabaikan faktor-faktor yang mengganggu perhatian seperti beban kerugian.

Membina keyakinan

Semakin banyak kesilapan yang anda buat, semakin banyak anda belajar dan ini pula menjadikan anda seorang pedagang yang lebih yakin dan berjaya. Perdagangan maya memberikan anda deposit maya yang membolehkan anda melaksanakan berbilang urusniaga dan memerhatikan keberkesanan strategi perdagangan pilihan anda. Apabila paper trading berjalan dengan lancar, ia berupaya meningkatkan keyakinan seorang pedagang. Keyakinan yang lebih tinggi mempunyai impak yang positif terhadap cara pedagang membuat keputusan serta prestasi perdagangan keseluruhan semasa beralih kepada perdagangan pasaran nyata.

Alat pembelajaran untuk menilai dan menambah baik pendekatan perdagangan anda

Perdagangan demo menyediakan peluang kritikal untuk menganalisa dagangan anda, mengenal pasti kelemahan dan kekuatan. Dengan perdagangan maya, anda dapat menilai pendekatan perdagangan anda secara menyeluruh dan membuat pelarasan yang perlu sebelum memasuki pasaran sebenar.

The Power of Paper Trading_3_1200x675_cover.png

Perbezaan antara paper trading dan live trading

Paper trading dan live trading adalah dua pendekatan perdagangan yang berbeza sama sekali: yang pertama membolehkan pedagang menerokai idea baharu dan menilai strategi perdagangan semasa dengan menggunakan wang maya dalam persekitaran bebas risiko, manakala yang kedua pula menyediakan peluang sebenar untuk menghasilkan wang dan membina kerjaya perdagangan yang menguntungkan. Mari kita lihat perbezaan antara kedua-duanya.

Matlamat

Paper trading direka bentuk untuk membantu pedagang dari setiap peringkat menerokai pasaran, menambah baik strategi mereka dan memudahkan proses membuat keputusan dalam persekitaran tanpa risiko. Live trading pula melibatkan usaha untuk menjana keuntungan.

Impak pasaran

Dalam pasaran nyata, pelaksanaan dagangan boleh menyebabkan naik turun harga yang tidak dapat dielakkan, terutamanya dalam pasaran kewangan yang lebih rendah kecairannya. Memandangkan paper trading tidak melibatkan pelaksanaan pesanan sebenar di pasaran nyata, ia tidak menghasilkan sebarang impak terhadap pasaran. Membuka atau menutup posisi dalam persekitaran paper trading tidak mempengaruhi pergerakan harga sebenar.

Faktor emosi

Semasa menggunakan akaun perdagangan demo, ia tidak melibatkan emosi kerana wang sebenar tidak digunakan, dan anda menerima risiko kerugian sepenuhnya tanpa berasa bimbang tentang kegagalan. Jika anda rugi, anda boleh mengisi semula akaun anda dengan mudah. Ini merendahkan skala emosi anda.

Bilangan urusniaga yang tak terbatas

Perdagangan maya membolehkan pedagang berdagang tanpa batasan bilangan urusniaga yang dilaksanakan. Pedagang tidak mempunyai sekatan PDT atau terkekang dengan kuasa pembelian mereka, mereka sentiasa bebas untuk berurusniaga dalam apa jua keadaan, walaupun terdapat kesilapan.

Pendekatan yang menyeluruh

Mengetahui bahawa anda berupaya membuka berbilang urusniaga membolehkan anda menilai pendekatan perdagangan keseluruhan anda dari perspektif yang holistik. Anda mempunyai peluang untuk berundur sejenak dan melihat gambaran menyeluruh semua urusniaga yang telah dilaksanakan jika anda sedang berada dalam zon hijau, atau jika nisbah risiko-ganjaran adalah praktikal. Sebaliknya, dengan bilangan urusniaga yang terhad pada akaun sebenar, anda berusaha sedaya upaya untuk memenangi setiap urusniaga dan terlalu taksub tentang hal ini. Ini menjadikannya sukar dan mengambil masa yang lebih lama untuk menilai keberkesanan sistem perdagangan anda.

Cara memanfaatkan sepenuhnya paper trading

Untuk menerima manfaat maksimum daripada perdagangan simulasi dan membawa semua aspek-aspeknya yang berharga ke pasaran sebenar, pedagang patut mempertimbangkan nasihat-nasihat berikut:

  1. Tetapkan matlamat yang realistik

    Tetapkan matlamat untuk perdagangan simulasi. Tentukan jika anda akan menguji strategi anda, mencuba alatan baharu, atau jika anda ingin memperhalusi kemahiran perdagangan anda dan menambah baik proses membuat keputusan anda. Apabila anda mempunyai matlamat yang sudah ditakrifkan dengan jelas, memberi tumpuan pada perkara tertentu semasa paper trading menjadi lebih mudah.

  2. Ambil serius perdagangan simulasi

    Menganggap paper trading seolah-olah live trading dan mengandaikan wang maya sebagai wang sebenar adalah kritikal. Pedagang patut membina mindset yang berdisiplin walaupun semasa berdagang dengan akaun demo. Oleh kerana paper trading tidak melibatkan emosi, pendekatan yang serius daripada anda akan membantu anda memahami dan mengalami keadaan pasaran dengan lebih baik.

  3. Simpan rekod urusniaga perdagangan anda

    Menjejak aktiviti perdagangan anda adalah penting kerana ia membolehkan pedagang menganalisa prestasi mereka secara komprehensif. Semasa mencatatkan butiran tentang perdagangan maya anda, catatkan sekali titik masuk dan keluar, tempoh urusniaga, saiz posisi dan keputusan, kumpul semua data yang perlu untuk menilai keberkesanan pendekatan perdagangan anda dan belajar daripada kesilapan. Pertimbangkan penggunaan spreadsheet atau jurnal perdagangan untuk menjejak urusniaga anda.

  4. Replikasi keadaan pasaran sebenar

    Semasa mengamalkan paper trading, adalah penting untuk mereplikasikan situasi sebenar pasaran sebaik yang mungkin. Pedagang wajar menggunakan saiz posisi yang sama dan menggunakan rangka masa seperti yang akan mereka pilih semasa beraksi di pasaran sebenar. Anda juga wajar mempertimbangkan faktor-faktor seperti kecairan pasaran, slippage (gelinciran), kemungkinan requote, fi komisen broker dan saiz spread. Mengenakan faktor-faktor ini memantapkan perdagangan simulasi dan membenarkan pedagang mengulang cabaran dan peluang yang mereka hadapi dalam perdagangan nyata.

  5. Cuba pelbagai strategi

    Tiada cara yang lebih baik untuk menguji strategi perdagangan baharu berbanding perdagangan maya. Jenis perdagangan ini membolehkan pengguna mencuba idea-idea mereka dalam persekitaran bebas risiko tanpa potensi tanggungjawab dan kerugian yang besar. Dengan menguji beberapa pendekatan yang berbeza, anda pelajari apa yang paling berkesan untuk anda dan gaya perdagangan anda dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap strategi.

  6. Pelajari bagaimana pelbagai jenis pesanan perdagangan berfungsi

    Paper trading menyediakan peluang yang bagus kepada pedagang untuk membiasakan diri dengan pelbagai pesanan perdagangan. Perdagangan seperti ini membolehkan anda melaksanakan pesanan di bawah keadaan pasaran yang berbeza-beza. Anda boleh memerhatikan bagaimana pelbagai jenis pesanan yang dilaksanakan berfungsi dan menerokai pengaruhnya ke atas urusniaga anda. Dengan meletakkan pesanan dalam perdagangan maya, anda boleh meningkatkan kaedah kemasukan pesanan anda sebelum merisikokan wang sebenar.

Kelemahan paper trading yang anda perlu tahu

Paper trading ternyata sejenis alat yang efisien dan rasional di mana kelebihannya jauh melebihi kelemahannya. Walaupun demikian, terdapat beberapa sekatan berkenaan paper trading yang perlu anda tahu:

  • Paper trading tidak mengalami kos tersembunyi yang dikaitkan dengan live trading, misalnya fi broker, kommisen dan perbelanjaan lain yang tidak dijangka yang boleh memberi kesan kepada keuntungan dan kerugian perdagangan sebenar.
  • Paper trading tidak menimbulkan emosi sebenar, menyukarkan kita untuk membina mindset yang berdisiplin. Senario perdagangan nyata adakalanya mencabar sekali, terutamanya apabila wang sebenar menjadi taruhan.
  • Perdagangan simulasi mungkin tidak mereplikasi sepenuhnya pengalaman pelaksanaan pesanan dari segi kelajuan dan ketepatan. Faktor-faktor seperti gelinciran, spread bid-ask dan kecairan pasaran, boleh memberi kesan kepada pelaksanaan urusniaga dalam kehidupan sebenar.
  • Kejayaan dalam paper trading boleh mewujudkan jangkaan yang tidak realistik apabila pedagang beralih kepada perdagangan nyata. Oleh demikian, pedagang patut mengambil kira bahawa keputusan perdagangan sebenar berkemungkinan tidak serupa dengan hasil perdagangan simulasi.

Kesimpulan

Bagi meringkaskan artikel ini, paper trading adalah cara yang unik dan selamat untuk pedagang dari setiap tahap pengalaman untuk mengasah kemahiran perdagangan mereka, meningkatkan strategi dan menguji idea baharu tanpa merisaukan kegagalan sebenar sebelum melaksanakannya dalam perdagangan nyata. Simulasi pasaran dalam bentuk paper trading membolehkan pedagang membina pengetahuan asas dan pengalaman yang kukuh, serta membina keyakinan sebelum melangkah masuk ke pasaran sebenar. Walau bagaimanapun, pedagang harus sentiasa mengingati beberapa kelemahan paper trading termasuk sedikitnya keterlibatan emosi, yang boleh mendatangkan akibat pada kemudian hari.

SOALAN LAZIM

Bolehkah saya menjana wang dengan paper trading?

Tidak, anda tidak boleh meraih wang sebenar melalui perdagangan seperti ini. Akaun perdagangan demo menyediakan simulasi realiti pasaran untuk menguji strategi perdagangan dan meningkatkan kemahiran perdagangan mereka. Menjana keuntungan sebenar atau mengalami kerugian sebenar adalah mustahil kerana perdagangan maya melibatkan dana maya yang direka khas untuk tujuan pembelajaran dan latihan.

Adakah pedagang pemula memerlukan paper trading?

Tidak dapat dinafikan, pedagang novis boleh mendapatkan pengalaman yang tidak ternilai daripada perdagangan simulasi. Latihan berdagang secara bebas risiko menawarkan peluang kepada pedagang untuk membiasakan diri dengan konsep perdagangan tanpa tekanan dan ketegangan. Anda boleh menerokai pasaran kewangan, memahami proses membuat keputusan, menjadi lebih yakin dan memperhalusi kemahiran perdagangan anda.

Adakah hasil paper trading sama seperti hasil live trading?

Paper trading ialah latihan simulasi di mana hasil dagangan yang dilaksanakan tidak membawa akibat sebenar. Oleh itu, pedagang tidak mengalami emosi yang sama seperti dalam live trading. Perdagangan dengan akaun sebenar boleh menyebabkan pelbagai isu psikologi yang tidak dapat dijangka dan sukar untuk diramal semasa perdagangan secara olok-olok. Selain itu, terdapat perbezaan antara pelaksanaan pesanan disebabkan kekurangan akses ke pasaran antara bank. Kesannya, keputusan perdagangan nyata boleh berbeza sama sekali.

  • 796

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera