Volatility

Kemeruapan

Apabila memperdagangkan matawang atau aset-aset lain, anda sering menemui istilah kemeruapan. Kemeruapan adalah salah satu istilah teras dalam perdagangan kerana ia adalah faktor yang paling utama dalam memilih aset untuk didagangkan.

Apakah itu kemeruapan

"Kemeruapan adalah tahap kerencaman siri harga perdagangan dari masa ke masa, seperti yang diukur oleh sisihan piawai logaritma" (sumber dipetik dari Wikipedia). Dalam bahasa yang mudah, kemeruapan merujuk kepada kecenderungan harga suatu aset untuk berubah. Ia menunjukkan jika harga berubah dengan pantas, kerap, dan secara signifikan, atau sebaliknya.

Kemeruapan adalah satu indikator yang kompleks yang dikira menggunakan varians dan sisihan piawai. Namun, sebagai pedagang, anda tidak semestinya perlu mengira kemeruapan setiap aset sebelum anda mula memperdagangkannya.

Kemeruapan dalam perdagangan

Secara umumnya, kemeruapan dalam perdagangan digunakan untuk menilai risiko setiap matawang atau aset tertentu yang bakal menjadi wadah pelaburan sang pedagang. Sekiranya kadar harga matawang berkenaan cenderung melakukan swing yang besar, itu bermakna matawang itu mempunyai kemeruapan yang tinggi. Semakin besar swing, walau ke mana pun arahnya, semakin tinggi kemeruapannya.

Sebilangan besar matawang di dalam segmen Eksotik Forex dihimpunkan di situ kerana kemeruapannya yang tinggi. Mereka agak tidak stabil dan mengalami swing harga yang kuat. Perkara yang sama berlaku di perdagangan minyak: pasaran minyak diketahui sangat tidak stabil dan biasa dengan pergerakan harian yang besar di kedua-dua arah. Itulah sebabnya mengapa BRENT dan WTI memerlukan pendekatan perdagangan yang sedikit berbeza — baca lebih lanjut mengenainya di dalam artikel "Cara-cara untuk berjaya di pasaran minyak"

Kemeruapan sejarah dan kemeruapan tersirat

Kemeruapan tersirat lebih banyak seputar masa depan. Seperti yang boleh dilihat dari namanya, ia membantu pedagang untuk meramalkan betapa tidak stabilnya pasaran dalam masa-masa terdekat. Walau bagaimanapun, kemeruapan tersirat bukan ukuran yang dikira secara tepat dan harus ditafsirkan tidak lebih daripada sekadar sebagai ramalan anggaran.

Kemeruapan sejarah atau kemeruapan statistik, sebaliknya pula, adalah berdasarkan kepada perubahan data dan swing aset di waktu silam dalam jangka masa yang tertentu. Kemeruapan yang ini, tidak seperti kemeruapan tersirat, adalah lebih andal. Sekiranya kemeruapan sejarah meningkat, ini bermakna aset lebih aktif daripada biasanya. Sebaliknya, jika turun naik sejarah sedang melenyap atau mereda, aset sedang kembali ke keadaan stabil.

Kemeruapan tinggi: bagus atau tidak?

Kemeruapan yang tinggi menarik minat pelabur kerana potensi keuntungannya yang besar. Oleh kerana keuntungan dari perdagangan pasangan matawang terletak pada perbezaan di antara harga beli dan jual, adalah logik untuk menganggap bahawa semakin besar jurang dua harga tersebut, semakin besar keuntungannya. Apabila dibuka dan ditutup pada waktu yang tepat, pesanan pasangan matawang yang sangat tidak stabil mampu menjadi amat menguntungkan — baca tentang pasangan matawang TOP 3 yang boleh menjadikan anda kaya raya.

Namun, ingat — kemeruapan yang tinggi juga membawa risiko yang lebih tinggi! Berhati-hatilah ketika melabur dalam aset yang sangat meruap, dan sentiasa gunakan instrumen pengurusan risiko untuk mengelakkan kerugian yang tidak mampu anda tanggung.

Undur

2020-07-27 • Dikemaskini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera