Precious metals

Logam-logam berharga

Emas, perak dan platinum, yang dikenali sebagai logam berharga, adalah perkakas yang cekap untuk mempelbagaikan perdagangan anda untuk mengurangkan risiko. Lebih-lebih lagi, logam-logam ini, terutamanya emas, adalah aset perlindungan yang selamat dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi. Sebagai petua, harga logam berharga meningkat jika berlaku kemelesetan, dan ia jatuh sekiranya keadaan ekonomi bertambah baik. Walau bagaimanapun, kenyataannya lebih rumit daripada itu, jadi kita perlu bergantung bukan hanya pada siaran berita dan siaran ekonomi, tetapi juga pada carta harga dan analisis teknikal.

Mari kita mulakan dengan emas atau XAU (akronim perdagangan). Berikut adalah beberapa strategi kemenangan untuk anda.

Pertama, ada satu konsep yang mudah: anda harus berpegang pada arah trend jangka panjang. Sebagai contoh, pada carta di bawah anda dapat melihat bahawa walaupun terdapat beberapa pembetulan ke arah bawah, iaitu penurunan, harga masih mengikuti arah trend menaik. Sekiranya anda melihat ada pola penyongsangan bullish berhampiran dengan garis sokongan, pertimbangkan untuk membuka urusniaga beli.

Kedua, lihat dengan teliti penembusan di aras-aras utama. Sekiranya XAU/USD menerobos garisan rintangan, ia akan terus naik dengan agresif. Nah, sertai gerakan ini! Sekiranya bullish, anda boleh letakkan renti rugi di aras harga terendah kebelakangan ini dan mengambil untung pada harga tertinggi kebelakangan ini untuk melindungi diri anda.

44.jpg

Akhir sekali, urus risiko anda dengan betul. Pastikan saiz lot anda sesuai dengan saiz akaun anda. Ini akan membantu anda mengekalkan modal perdagangan anda untuk terus berdagang untuk jangka masa panjang. Pelaburan yang sukses dengan logam berharga adalah salah satu skop yang harus diberi tumpuan oleh para pedagang.

Mari kita bincangkan mengenai perak. Ia tidak begitu berharga, tidak seperti emas. Juga, perak tidak hanya dianggap sebagai simpanan nilai, tetapi juga sebagai logam industri. Itulah sebabnya, turun naik harga di pasaran perak lebih tidak stabil berbanding dengan harga emas. Walau bagaimanapun, jika kita bandingkan carta perak dan emas, kita pasti akan melihat bahawa kedua-duanya didagangkan agak sejajar.

Bezanya, perak dipengaruhi bukan sahaja oleh permintaan pelaburan, tetapi juga oleh permintaan atau penawaran industri. Ia digunakan secara besar-besaran dalam industri fotografi, elektronik dan perubatan.

Logam paling langka di antara ketiga-tiga logam berharga ini adalah platinum. Seperti perak, platinum adalah logam industri. Ia digunakan terutamanya untuk industri automotif dan perhiasan. Industri kimia dan komputer menggunakan selebihnya. Afrika dan Rusia adalah pengeluar utama platinum. Ini mewujudkan potensi yang lebih besar untuk tindakan ala-kartel yang akan menyokong atau bahkan menaikkan harga platinum secara artifisial. Itulah sebabnya ia logam berharga paling meruap, tetapi anda boleh gunakan kemeruapan logam berharga untuk meraih keuntungan.

Pasukan FBS ada menyediakan analisis pasaran dan strategi perdagangan mingguan untuk emas untuk memberi maklumat kepada pedagang mengenai peluang perdagangan yang paling berpotensi.

Undur

2020-07-24 • Dikemaskini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera