Leveraj dan Margin

Leveraj dan Margin

“Leveraj” dan “margin” adalah takrifan penting yang setiap pedagang harus tahu. 

Leveraj

Leveraj membolehkan anda berdagang dengan wang yang lebih banyak dari yang anda ada di akaun anda. Seberapa banyak? Setiap broker menawarkan saiz leveraj yang berbeza-beza. Anda boleh semak leveraj yang ditawarkan oleh FBS di seksyen “Perdagangan” di laman webnya.Sebagai contoh, jika anda ada leveraj 1:100, anda perlu menyediakan hanya 1% dari saiz dagangan yang anda mahukan dan baki 99% lagi akan ditambah oleh broker untuk membolehkan urusniaga tersebut. Jika anda memilih leveraj 1:50, anda akan perlu menyediakan 2% dari saiz dagangan (1/50 = 0.02). Mengapa broker memberikan leveraj kepada pedagang? Sila maklum bahawa saiz lot di Forex agak besar. Saiz posisi minimum adalah 0.01 lot. Untuk pasangan matawang EUR/USD itu bernilai 1,000 euro. Tidak semua orang akan mahu berdagang dengan sebanyak itu, terutamanya di peringkat permulaan. Justeru itu, broker menawarkan peluang kepada para pedagang untuk berdagang dengan hanya sejumlah kecil wang untuk membiayai urusniaga sebegitu. 

Contoh. Anda mahu dagangkan 1 lot USD/CAD. Situasi 1. Anda bekalkan $100,000 (1 lot standard) dan lakukan urusniaga anda. Anda tidak meminjam wang dari broker.Situasi 2. Anda sediakan hanya $100. Dalam kes ini, anda akan perlukan leveraj 1:1000. Dengan leveraj ini, broker anda akan bekalkan $99,900 untuk membantu anda buka posisi ini.   

Anda boleh pilih saiz leveraj yang anda mahu gunakan. Lebih besar leveraj, lebih banyak keuntungan yang anda akan dapat bagi setiap pip pergerakan pada harga dalam arah yang menyebelahi anda. Lantaran dari itu, para pedagang yang mahir menggunakan leveraj yang lebih besar untuk membuat keuntungan dengan lebih banyak dan pantas. Fikirkan leveraj seperti papan anjal yang membolehkan anda melompat lebih tinggi dan menghampiri kejayaan.Dalam masa yang sama, anda harus waspada bahawa risiko anda juga meningkat bersama leveraj. Jika anda buka dagangan beli tetapi harga turun, pergerakan setiap pip pada harga yang melawan arah anda akan membawakan kerugian yang lebih besar. Lebih besar leveraj yang anda gunakan, lebih besar kerugian anda. Kesannya, anda harus berhati-hati dan pilih saiz leveraj yang munasabah. Leveraj yang paling lazim di kalangan pedagang Forex adalah 1:100. 

Margin

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana broker mampu terus bertahan jika mereka membenarkan pedagang meminjam wang yang sangat banyak dari mereka. Jawapannya, broker terpelihara kerana margin. Margin adalah amaun wang yang anda perlu ada di akaun anda untuk membuka dan mengekalkan dagangan yang berleveraj.Bila kami jelaskan tentang leveraj, kami telah tunjukkan situasi di mana untuk mengawal $100,000 dengan $100 anda perlukan leveraj 1:1000. Dalam contoh ini, $100 adalah apa yang dipanggil sebagai "margin". Anda boleh lihat bahawa saiz margin bergantung kepada saiz dagangan yang anda mahukan (iaitu seberapa banyak lot yang anda mahu dagangkan) dan juga leveraj yang anda telah pilih (anda boleh tetapkan leveraj untuk akaun anda di laman peribadi anda di FBS). Kesimpulannya, lebih besar leveraj yang anda gunakan, lebih kecil margin yang anda perlukan untuk berdagang.Di tetingkap "Trade" terminal anda, anda boleh lihat kolum “Balance”, “Equity”, “Margin”, dan “Free margin”. Jadi margin adalah amaun wang yang anda sudah gunakan: jumlah ini membiayai urusniaga yang sedang aktif. Amaun wang yang anda masih boleh gunakan untuk urusniaga baru ditunjukkan sebagai "Free margin". "Free margin" (margin bebas) anda sentiasa bersamaan dengan "Equity" tolak "Margin". 

margin.png

Broker biasanya memberikan takrifan "margin call" mereka. Aras ini merujuk kepada peratusan tertentu margin. Jika anda mempunyai dagangan yang kerugian dan ekuiti anda jatuh ke paras tersebut, anda akan menerima amaran dari broker bahawa anda perlu tutup dagangan anda itu atau depositkan lebih banyak wang untuk memenuhi syarat margin minimum. Pelayan perdagangan (trading server) juga boleh membuat keputusan untuk menutup dagangan tersebut.Terdapat juga aras yang dipanggil "stop out". Ia muncul bila anda terus kerugian wang dek dagangan yang tidak berjaya. Jika kerugian anda menarik ekuiti anda ke paras tersebut, maka broker berhak untuk menutup posisi perdagangan anda tanpa sebarang amaran.Di FBS, "margin call" (panggilan margin) adalah 40% ke bawah. Ini bererti anda akan mendapat "margin call" jika ekuiti akaun anda jatuh menjadi 40% amaun margin atau lebih rendah lagi (dalam contoh kita, 40% dari $100 adalah $40). Stop out bersamaan dengan 20% di FBS, jadi dagangan anda akan ditutup secara automatik jika ekuiti anda jatuh jadi $20 (20% dari margin atau lebih rendah).Margin diperlukan untuk jaminan broker anda sekiranya pasaran bergerak melawan posisi anda. Sebagai pedagang, anda harus mengelakkan dari margin call. Jika anda berhati-hati dan mematuhi peraturan pengurusan risiko, anda akan mampu melakukannya dan berdagang dengan menguntungkan. 

Berita terkini

Data buruh Kanada: pengumuman menarik untuk perdagangan

Kanada akan mengumumkan perubahan bilangan penggajian dan kadar pengangguran pada 10 Julai, pukul 15:30 masa MT.

Analisis Harga WTI: Memudarkan momentum menaik melebihi $ 40.00

WTI terus tertekan setelah naik ke puncak dua minggu pada hari sebelumnya…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera